Santai Santai Petang Di Hutan Bandar Johor Bahru Bersama Blogger Byfarahh
Selepas balik dari surprise FaraDidi Dengan Belon tu , Huda ajak lepak lagi . Taknak pergi kedai makan sebab dah kenyang sangat , fikir punya fikir kitorang terus ke Hutan Bandar . Hutan Bandar ni baru je ditambah fasiliti dan kemudahan . Jadi nya , kitorang pun pergi la ke situ .
Macam biasa , kalau spent time together dengan orang suka ambil gambar dan cari content mesti sekepala dan faham "ape yang kita nak" . Tangkap gambar , buat video , ootd selagi boleh . Hahaha .
Seronok pula tengok Huda happy waktu tu . Eh lupa nak kabo , Huda ni la penulis blog Byfarahh.com . Sebelum ni , sebelum sebelum ni lagi ain dah pernah singgah blog dia . Tak sangka rupanya kami dalam satu group JDT Blogger . Lagi kelakar , rupanya dia junior sama sekolah menengah dengan Ain . Hahaha . What a small world kan .
Masuk je Hutan Bandar kerja masing-masing ambil gambar ikut shoot and angle mana yang berkenan . Jujur cakap kalau stress nak rasa berjalan , datang la ke sini . Free Je ! Tak kena bayar pun . Pergi menikmati alam semulajadi . Gituw !
Menyempat la juga kitorang pergi sampai ke tempat fasiliti baru tu . Banyak dah aktiviti boleh dilakukan dekat sini .
Blog Huda : Byfarahh.com
Baca lagi kisah dan tempat best di Johor .. Klik SINI...SAYA DI JOHOR~~