Kenangan Mengundi di Dun Larkin PRN Johor 2022
Kenangan Mengundi di Dun Larkin PRN Johor 2022
12 Mac 2022 , merupakan satu tarikh utama dan heboh diperkatakan hampir di seluruh negeri Johor . Tup tup tup , ku sangka kan hanya PRN Melaka je yang dibuat , eh PRN Johor pun turut di laksanakan . Ain ni bukan la orang yang layak untuk membicarakan soal politik memandangkan isu politik antara isu paling sensasi dan panas malah boleh menimbulkan sentimen sensitiviti pada masyarakat . Nak tak nak , sebagai pemegang kad pengenalan 01 yang berasal dari negeri Johor mesti la menunaikan kewajiban sebagai pengundi pada PRN Johor 2022 .
Dun Larkin N44 menjadi kawasan dimana tempat ain perlu membuang undi . Untuk pengetahuan , ini merupakan kali kedua ain mengundi sebelumnya pada PRU 2018 . Bezanya kali ini hanya satu kertas yang perlu kita pangkah . Kalau PRU ( Pilihan raya umum) memang kita akan dapat dua kertas yang mana satu kertas untuk Dun dan satu lagi untuk Parlimen .
Baca juga : Ole ole di johor
Untuk PRN Johor 2022 ( pilihan raya negeri ) kali ini , memang sangat la kecoh dan meriah memandangkan kawasan dun Larkin antara kawasan yang paling hot dan popular di perkatakan di social media . Apa tak nya , calon yang bertanding sampai 6 orang . Kita pun naik pening nak pangkah yang mana kan .
Pada hari tersebut , ikutkan ain nak datang lewat lewat sikit memandangkan waktu dicadangkan untuk mengundi ialah pada jam 12 - 2 petang tapi ain saing ( gerak sekali ) dengan ayah dan abang ain . Jadinya kami berjemaah la pergi mengundi pada jam 9 pagi . Seperti sebelumnya , ain memang mengundi di Sekolah Agama Bandar Baru Uda Johor Bahru . Melangkah kan kaki di pintu pagar masuk , perkara pertama ialah mereka akan melihat status MySejahtera terlebih dahulu dan mintak kita untuk scan masuk .
sempat ootd dulu ! |
Seterusnya , mereka akan bertanyakan tentang saluran berapa kita untuk mengundi dan ain sama saluran dengan abang ain memandangkan kami ni umur pun beza dua tahun je . Hahaha . Mestila sama saluran . Bezanya mengundi pada pandemik Covid 19 dari sebelumnya ( pada PRU 2018) , ialah disediakan ruang menunggu . Dulu beratur luar bilik dan tak ada langsung ruang menunggu dan tidak ada penjarakkan sosial . Tapi , untuk PRN Johor 2022 pula terdapat ruang menunggu di bilik sebelah dan penjarakkan sosial oleh setiap pengundi .
Baca juga : Pengalaman aku ke Stadium JDT
Bukan itu sahaja , terdapat juga polis yang akan memberi isyarat seterusnya untuk kita ke ruang mengundi . Untuk masuk ke ruangan mengundi , diminta mengeluarkan kad pengenalan serta dimaklumkan nombor bilangan . *Tak lupa juga disuruh dulu sanitize .
Melangkah kan kaki ke tempat mengundi , rasa berdebar juga. Sebabnya banyak mata yang memerhati . Automatik kita rasa nervous ! HAHAHHAA . Padahal tak buat salah apa pun kan . Disebutnya nama kita sekuat tidak , HAHAHAHA . Lagi la kita macam nervous kan . Seterusnya ambil kertas dan DICELUP NYA JARI KITA NI , KITA NI PUNYA LAH MASUK KAN SIKIT TUP TUP TUP DI SURUHNYA JARI NI KEDALAM . DIA INGAT JARI KITA NI SOTONG CELUP TEPUNG KE APE . HAHAHAHAA .
Cumanya , memang sangat tak selesa bila jari dah celup sebelum mengundi . Rasa tak selesa sangat . Bayangkan kalau kekotoran terkena pada kertas undi . Adakah undi tersebut masih diterima ? Sumpah tak selesa sangat bila celup celup tu dah terkena pada jari .
Baca juga : Santai Petang di Hutan Bandar Johor Bahru
Selesai je mengundi , ain pun keluar dan alhamdulilah mudah je dan tak menunggu lama sangat . Hehehe . *Psst , ain terbaca di ruangan twitter , pengundi yang masih muda terutama berumur 18 - 20 tahun ) , ada yang ingat celup jari tu untuk di cop pada kertas . Jadinya undi tersebut mesti la rosak kan .
*Selepas dari mengundi , ain terus ikut ayah balik kampung ~
Nasib bawak laptop , dan ada internet dibahagian atas ni .. Dapatlah menunggu keputusan PRN Johor di kampung . |
Baca artikel lain yang berkaitan :