12/366 : DIARY OF THE DAY -12 JAN 2016





Assalamualaikum dan hello kepada semua  . Terima kasih kerana sudi membaca blog ain yang tak seberapa ini . Insyallah , hari demi hari , ain akan lebih berusaha untuk memajukan lagi blog ain ini . Hehehe . Untuk hari kedua belas kita dalam tahun 2016 , ini apa yang ain nak kongsi pada uolls semua :

  • Pizza Comel RM 5 Giant

Hari ini aku dengan family shopping barang dapur dan selalunya kitorang akan shopping dekat Giant sebab dekat dengan kawasan rumah . Lepas dah nak ke kaunter bayar , tetiba nampak pekerja Giant itu macam open table lah . Rupanya jual pizza comel ini sekotak RM5 . Peh , murah kot dan padai gila strategi marketing dia . Dengan menggunakan tagline "Fresh From Oven" , ianya dapat meyakinkan orang untuk singgah sekejap sebelum pergi ke kaunter bayaran . 



ini kotak pizza nya. comelkan ?

Yang bagusnya , kita hanya perlu tunggu lebih kurang 5 minit untuk dapatkan pizza yang kita order itu . Sebabnya , crust pizza tuh dah half cook , tinggal bakar dalam oven je . Sempat lah tadi aku berbual dengan pekerja yang jaga tempat jual pizza tu . Pada aku , strategi ini sangat bagus untuk meningkatkan hasil jualan Giant . Sebab majoriti aku nengok termasuk aku dan keluarga mesti order 2 kotak .Hahaha . Dia ada 4 perisa iaitu Chicken frost , original ,rendang , satay . Aku tak tahu la dekat Giant korang ade ke tak .hehehe.



 ini pizza chicken frost

ini pizza perisa original



  • Teringin nak kenal dengan BLOGGER JOHOR

Sebenarnya dah lama hasrat ini ain nak suarakan yang ain teringin nak berkenalan dengan blogger blogger dari johor .Terutamanya dari Johor Bahru . Sebab ain asal dari JB . Mana lah tahu kalau kita boleh buat perjumpaan sesama blogger dan lakukan aktiviti . Dari situ , bukan sahaja kita kenal di dalam dunia blog tetapi juga secara secara face to face . Kalau anda blogger johor atau anda kenal blogger dari johor ajak masuk blog ain dan komen dekat sini ye .hehehe. 


Erm , itu sahaja lah entri untuk hari ini . Jumpa lagi esok yer ! :)
Assalamualaikum tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! HAHAHA.

11/366 : DIARY OF THE DAY -11 JAN 2016



Assalamualaikum dan helllo kepada semua  . Hari ini dah 11 hari bulan , yang mana hari ini merupakan hari jadi Datuk Siti Nurhaliza  dan hari jadi adik aku . Hehehe . Diam tak diam , dah seminggu lebih kita dalam tahun 2016 kan . Sekejap je rasa . Jadi , diary of the day aku pada hari ini ialah :


  • Lemak berkurang 0.3 Kg
Sebenarnya , lebih kurang seminggu lebih aku tak workout , aku demam teruk , batuk batuk . Tapi , aku dah janji aku nak kurus . Itu impian aku , aku tak nak sia siakannya . Aku dah mulakan makan segenggam nasi , banyakkan minum air masak dan juga mengemas rumah untuk mengeluarkan peluh sebagai ganti aku tidak pergi bersukan . Tak sangka , dengan izin ALLAH , aku beranikan diri tadi timbang lepas aku workout tadi . Alhamdulilah , lemak aku dah berkurang sebanyak 0.3kg . Ya , bukan 3 kg . Walaupun , nampak sedikit je penurunan , tapi ada penurunan . Itu satu langkah kejayaan (small sucess) pada diri ain . Bukan itu sahaja , itu membuatkan aku jadi lebih bersemangat nak teruskan langkah mencapai impian . Doakan aku yer .


  • Followers bertambah hasil blogwalking & join giveaway/segmen
Alhamdulilah , untuk 11 hari dalam tahun 2016 ini , dah banyak juga giveaway / segmen yang aku join dan ada satu giveaway itu aku menang novel (sini ) . Itu yang buat aku jadi lebih bersemangat untuk update entri selalu dan aktif dalam dunia blog ini . Bukan itu sahaja , malah followers jugak semakin bertambah dari hari ke hari . Oh , nanti ada blogger yang buat giveaway perlukan sponsor , bagitahu ye . Aku nak sponsor ,tapi hadiah belum gempak gempak lagi . hehehe .  Komen je dekat sini okay .

Hmm , itu saja dua benda aku nak cerita untuk hari ini . Aku doakan semoga kita semua menjadi blogger yang mendapat keberkatan dari ALLAH serta dipermudahkan untuk semua urusan . Bye ! 



10/366 : DIARY OF THE DAY -10 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 10 hari kita berada  dalam tahun 2016 . Ini apa yang aku nak update untuk diary of the day :


  • Berhenti merungut , cari peluang !

Aku sangat terinspirasi dengan kata kata dari pengasas Alibaba.com iaitu Jack Ma . OMG !  aku rasa macam , weyh setiap hari nak dengar speech dari dia . Kata kata dia buat aku tersedar yang , kita orang muda ini selalu sangat merungut atau bahasa omputih nya COMPLAINING ! . Boleh tengok kan dekat social media bersepah sepah orang disekeliling kita hari hari kerjanya asyik merungut . Itu tak kena , ini tak kena . Untuk berjaya , stop complaining  , seek for opportunities . Itu apa yang Jack Ma cakap . Jadi , untuk kita berjaya , cari seberapa banyak peluang yang mendorong kita untuk mencapai kejayaan daripada kita merungut serta salah menyalahkan orang disekelililing kita atas kegagalan kita untuk mencapai impian .


  • Misi Kurus 

Rata rata semua orang cakap yang dia nak kurus tapi tak kurus kurus jugak . Tunjuk diri sendiri . Aku lah manusia yang macam gitu . Jujurnya , aku dah penat bagi berjuta alasan kenapa aku tak boleh kurus tak boleh fit . Padahal , aku ini jenis lasak suka kan aktiviti berpeluh . Jadi , aku tanya diri aku kenapa aku gagal lagi? . Jawapannya , aku banyak merungut . Aku tak lihat apa pencapaian yang aku dah berjaya sepanjang misi aku ini . Alhamdulilah , aku dah boleh lari atas treadmill ,jika dibandingkan ada orang yang tak mampu langsung nak berlari atas treadmill . Bukan itu sahaja , ada je orang yang kurus tapi langsung tak fit , bila bersukan je atau workout terus muntah . Jika dibandingkan dengan aku ,alhamdulilah ALLAH bagi aku kemampuan untuk join macam workout workout dekat gym itu . Konklusinya , 


"STOP COMPLAINING , SEEK OPPORTUNITIES"


Satu je aku minta pada uolls semua , 
KOMEN KATA KATA SEMANGAT UNTUK MENJAYAKAN MISI AKU INI SEHINGGA SELESAI .

Boleh kan ? . Okay , jumpa lagi nanti . Assalamualaikum dan bye ! 

9/366 : DIARY OF THE DAY -9 JAN 2016




Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk anda semua . Alhamdulilah , malam baru sempat tengok blog comel kita ini . Ahaks !. Mohon maaf hari ini aku tak berkesempatan nak blogwalking .

 Okay straight to the point , apa yang aku nak share dalam diary of the day aku ini ialah :


  • Dapat Fortune Cookies

Seperti apa yang aku letak gambar dekat atas dan dekat Instagram aku (@farahainzfa) boleh lah follow dan like semua gambar aku nanti yer , hahaha . Hari ini aku dapat fortune cookies of course lah dari chinese person kan . Pada aku , kita hormat menghormati kepercayaan mereka , yang pecahkan fortune cookies ni lepastu baca lah apa yang ada dalam itu . Ini apa yang aku dapat :
  1. "Sucess , it is not the position where you are standing , but which direction you are going"
  2. "When you practice gratefulness , there is a sense of respect toward others"

Kalau apa yang kita dapat itu mampu menaikkan semangat kita , dan kita semakin berfikiran positif itu suatu perkara yang bagus kan . Lagipun , untuk kita kosisten bersemangat dalam menjalani kehidupan kita berhari hari  , ianya memerlukan perkara perkara yang positif disekeliling kita . Lagipun , chinese new year tahun ini jatuh pada hari jadi aku . Ahaks ! Adakah itu memberi 'ong' pada aku ? hahaha .


  • Makan dim sum

Oh , alhamdulilah , hari ini dapat merasa makan dim sum . Tapi makan sikit je . Sebab dia hidangkan pada minum pagi , so makan light light je lah kan . Teringin juga nak explore makanan cina sebab diorang punya makanan kan kebanyakkannya rebus rebus , tidak la macam kita yag berkuah dan berminyak .hahaha . Oh , orang melayu tak makan nasi , tak makan benda bersantan memang tak sah lah kan . 



Itu sahaja la apa yang aku nak kongsi dengan uolls . Aku tengah bersemangat nak kemas ruang ala ala mini office rumah aku ini . Dah berserabut sangat haih ! Sakit mata kita . Jumpa esok ye ! :)



8/366 DAYS -8 JAN 2016


Assalamualaikum dan hai kepada semua . Diam tak diam dah 8 hari bulan dah kan . Dah seminggu kita berada dalam tahun 2016 . Alhamdulilah , ALLAH masih lagi berikan kita peluang untuk terus hidup dan menikmati rezeki rezeki daripadaNya . Okay , ini apa yang aku nak update untuk diary of the day aku :


  • Sebulan lagi birthday aku
Iya , betul , hari ini dah 8hb . sebulan lagi hari jadi aku . Ya ALLAH ,tak sangka aku dah nak masuk 25 tahun . Ada yang diusia aku dah kahwin , dah ada yang ada anak . Aku masih memegang status bujang . Jujurnya , kahwin bukan keperluan aku sekarang .(Apa kelakar sangat ayat keperluan tu) hahaha. Ya , aku masih nak kan ruang dan masa yang banyak untuk aku kongsi bersama dengan keluarga yang tersayang serta orang disekeliling aku . Sebenarnya , point dekat sini bukan aku nak sembang status bujang aku . Tapi nak ingatkan yang hari jadi aku nanti 8 februari ye . Diulang 8 februari . Hahaha . Teringin juga nak dapat banyak hadiah macam masa zaman sekolah dulu . 


Teringat dulu masa zaman kecik dulu , ayah dengan arwah ibu akan buatkan party untuk aku dan abang aku . Sebab hari jadi kitorang dekat dekat . Abang aku punya birthday 11 februari . Selang beberapa hari je harijadi aku . So , kitorang akan tiup kek sama sama lah . Seronok bila diingatkan kembali . Jadi , lagi sekali diingatkan 8 februari ini hari jadi aku ya ! . hahaha.


  • Tonton Cerita Papadom 2
Semalam kiranya hari ini punya cerita lah kan  sebab kalendar dah tunjuk 8hb , Aku tidur lambat dalam pukul 3 pagi . Terdetik dihati nak layan movie cari je dekat internet .hahaha. Aku layan cerita Papadom 2 . Ya ALLAH , sebak dan sedih aku rasa . Sebab aku dapat merasakan ianya berkait dalam kehidupan aku . Yelah , ibu aku kan dah meninggal . Sekarang ini , aku hanya ada ayah je . Aku teringat kembali macam mana ayah dengan ibu struggle besar kan kitorang adik beradik . Lepastu , macam mana ayah masih kuat dan bersemangat teruskan kehidupan sekarang tanpa ibu . Macam mana ayah kuat , macam itu juga aku nak lalui kehidupan untuk masa hadapan . Insyallah .

Kadang kita rasa annoying nya , mak ayah kita sibuk nak ambil tahu dengan siapa kita kawan , dengan siapa kita bercinta (hahaha) . Tapi , itu sebenarnya bukan annoying . Itu namanya mereka sayangkan kita . Mungkin kita rasa itu privasi peribadi yang mana ianya tidak perlu diketahui oleh mereka , hakikatnya , mereka concern dan mereka faham itu tanggungjawab mereka . Jadi , tak salah kita sebagai anak jadikan ibu ayah kita macam kawan kawan kita yang mana kita boleh juga kongsi kisah peribadi kita . Ya ALLAH ,teringat dulu masa ain belajar jauh dekat Kedah , arwah ibu setiap hari akan call ain , just untuk tanya hari ini makan apa ? , kelas okay , tengah buat apa ? . Itu sahaja hari hari . Pada aku itu tak annoying , perkara macam gitu lah yang akan buat kita lebih rapat dengan mereka . Betapa aku rindu sebenarnya panggilan dari ibu , suara ibu . Tapi , semua tu dah tinggal kenangan.


  • Lauk Air Tangan Ibu
Selalunya malam hari Jumaat ini , kawasan perumahan aku akan buat majlis yassin yang penyertaannya makcik makcik je . Ikut kan aku sebenarnya segan dan malu nak join kumpulan makcik makcik . Tapi , aku kuatkan hati aku , aku buat ini sebagai wakil kepada arwah ibu . Yelah , makcik makcik itu semua kenal arwah ibu . Takkan aku tak boleh nak join sekejap . So lepas yassin , mestilah ada program makan makan kan .  Haaa , waktu gini lah kau nak tengok makcik makcik sembang resepi masakan kuih muih masing masing . hahaha. Aku tukang dengar dan tukang gelak je lah . HAHAHA.


Ternyata aku sebenarnya rindu lauk masakan dari air tangan ibu . Fuhh , sedap macam mana sekali pun dekat kedai makan tak kan boleh lawan air tangans seorang ibu . Ikut kan nafsu food lover aku ini , nak ja tambah . Tapi , aku ingatkan pada diri aku untuk kawal makan . Sedap weh lauk tadi . Nasi putih , sambal belacan , telur dadar timun , lauk lemak nangka , ikan kembung (ikan termenung orang utara panggil ) goreng berlada , ayam blackpaper , acar nenas . Kau rasa ? Gila tak sedap .. Sedap yang amat . Rasa nak tapau je . Tapi sekali lagi aku muhasabah diri aku . Ingat kawal pemakanan. hahaha.


Okay , itu sahaja kisah yang aku nak kongsikan dengan uolls semua . Jumpa esok ye ! Selamat berhujung minggu . :)

7/366 DAYS -7 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH tak sangka , hari ini dah hari ketujuh aku kosisten untuk menulis diari yang tak seberapa ini . Alhamdulilah . Ini merupakan suatu permulaan perjalanan yang bagus . Doakan semoga aku semakin kosisten ya dalam dunia blog ini . 

Jujurnya , setiap hari aku macam terfikir , apa kebenda yang aku nak update ni haa ? Tapi , kalau kita asyik dengan melayan alasan dan persoalan maka tak jalan lah kerja atau tugasan yang kita hendak lakukan . Sebabnya sesuatu perkara baru untuk kita membiasakannya dalam kehidupan harian kita , kita mesti lakukannya dengan kosisten tanpa berhenti sekurang kurangnya dua minggu ke .Hahaha .Betul ke fakta aku  ini ? Senang cerita , kena lebih dari tiga hari lah kot .hahaha.

Sebabnya , bila kita dah kosisten melakukannya , ia akan menjadi satu habit atau tabiat harian kita . Makanya , aku nak kongsi apa perkara yang aku belum pernah lakukan dulu tapi Alhamdulilah ,dah menjadi tabiat kebiasaan .

  • Minum air suam /panas
Dulu , nak minum air panas ialah bukan kegemaran aku . Tapi , aku ada baca sebab nak kurus punya pasal . Hahaha . Aku belajar juga , aku paksa juga kalau pergi mana mana kalau di kedai , order air suam atau air yang berasaskan minuman panas . Ada aku pernah baca kalau nak kurus jangan minum ais . Tapi tak tahu lah betul ke tidak . Yang pasti , minum ais kan memang tak berapa elok kan . Rasanya , bermula tahun 2014 aku membiasakan diri order air panas . Alhamdulilah , aku jadi suka minum air panas . Bukan itu sahaja , minum air panas ini mengajar kita untuk jadi seorang yang penyabar . Dulunya , aku ni paling anti kalau orang hidang air panas . Hahaha . Tapi , sebab gelojoh malas nak tunggu air tu sampai sejuk  , dan sebab itu lah aku jadi tak suka air panas .

Tapi , bila aku cuba untuk membiasakan benda yang aku tak pernah biasa , Alhamdulilah , benda benda kecil macam gini pun mengajar kita untuk menjadi penyabar . Nampak kan kadang benda yang kecil macam minum air suam ni je ialah satu perubahan yang kita berjaya lakukannya , kita patut rasa diri kita hebat apatah lagi melakukan perubahan perkara yang besar besar .

  • Gila shopping 
Dulu , memang muka aku ini lah gila shopping . Banyak wei barang yang kadang sekali dua pakai je tapi beli . Membazir kan . Ini sifat memang aku boleh katakan perempuan sangat gila meroyan . Ya ALLAH , kalau tudung tu , 20 helai sanggup dia beli . Tapi , tidak pada aku sekarang . Aku rasa lepas aku habis belajar dan lepas arwah ibu meninggal aku jadi anti shopping . Jujurnya , aku hanya beli benda yang aku rasa perlu dan yang hanya aku akan pakai selalu . Apa apa pun , ini atas diri sendiri . Kita mampu ubah tabiat buruk kita itu . Biasanya ain memang akan buat list , siap bajet apa nak dibeli . Jadi secara tidak langsung , aku jadi tahu menilai mana yang wajib beli atau mana yang harus kita say no ! hahaha . 

Sebabnya , aku selalu mind set benda ini dalam kepala otak aku "Alah , is just a piece of THINGS je" . Lagi sekali aku ulang , ini atas diri sendiri .Hanya diri sendiri yang boleh buang jauh jauh tabiat ini , Alhamdulilah , semoga yang ini terus kosisten hilang . Hahaha, Lagi satu , kita mesti menjadi pengguna yang bijak . Is not what you spent it , is how you spent it . ahaks !



Cukup dua perkara yang aku dapat kongsi untuk entri diary of the day aku hari ini . Boleh ain tahu , apa tabiat korang yang dah berubah kearah kebaikan ? Kita share bersama bersama ye . Hahaha . Komen lah dekat ruang komen itu . Ruang komen itu bukan hanya sekadar untuk perhiasan sahaja ye.
Hahaha. Ok, jumpa lagi !

Oh ! "You Are Stronger Than What You Think !"

6/366 DAYS - 6 JAN 2016

diari akuainkausiapa 6 jan 2016



Assalamualaikum dan alhamdulilah , hari ini dah 6 hari kita berada di dalam tahun 2016 . Cepatnya masa berlalu kan . Dok rasa macam baru je dengar orang buat lawak , "Wei , jangan masuk tandas hari ini  esok keluar dah tahun baru" . Okay , ini lawak . Hahaha . Kita throwback hari ini * apa yang aku lakukan , antaranya ialah :


  • Edit Blog
Dah beberapa hari ini tangguh sikit nak edit yang saki baki celah celah tepi tepi itu , Insyallah siap lah nanti . Lagipun , aku bukannya profesional sangat lepastu mabuk pening pening kot tengok coding html tu .Hahaha . Kenapa aku tak upah orang ? . Jawapannya ialah , aku ini agak cerewet sedikit terutamanya dari segi kerja  . Kalau dari segi perkara perkara lain , aku tak cerewet langsung .hahaha. Terutamanya , bab MAKANAN . hahaha. *Ops !

  • Idea Design Rumah
Okay , aku sekarang lebih suka tengok gambar gambar macam mana nak hias rumah , nak letak perabot dekat mana . Sebab dari situ , kita akan dapat lebih banyak idea macam mana kita nak aplikasikannya dekat rumah sendiri . Sebenarnya kan , nak hias rumah bukannya perlukan material yang mahal ke , tetapi idea macam mana kita yang mendekorasikannya . Cehwah . Contohnya , macam hari tu aku kemas ruang solat , aku dapatkan dulu design macam mana yang aku nak . Lepastu kan , aku visualize dulu , sesuai ke tidak nak letak perabot tu dekat situ , then baru proceed dengan kerja sengseng lengan , perah tenaga dan make it happen lah . Hahaha . In fact that , kau boleh save duit dari hire interior design .

Makanya , itu sahaja lah apa yang aku nak kongsi dengan korang untuk diary of the day aku. Jumpa esok . ! 

5/366 DAYS - 5 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Sekejap je kan dah nak masuk 5 hari kita dalam tahun baru . Rasanya macam baru je dengar bunyi mercun eh silap (hahaha) bunga api , ora akar untuk sambut new year . Bersyukur sangat kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ALLAH yang penuh dengan rezeki nya . Hari ini nak update apa eh ? Memandangkan cerita "stalker anak jiran " aku tu telah membuat billionzzz (baca mesti bunyi zzz dia tu banyak sikit ) hahaha . Ramai yang kata kelakar . Actually tak ada lah ramai sangat . Jangan nak tipu sangat ayat kau ain ! . Ramai lah dari tak ada langsung yang sudi komen .


Apa apa pun , terima kasih kerana sudi komen , sudi follow . Alhamdulilah , follower ain dah bertambah sedikit sedikit . Insyallah , kalau lebih kosisten dalam berblogging ini , mesti billionzzzz followers iolls . Hahaha . Jadi , nak cerita apa ehk dekat blog ini ? Sumpah , rasa macam erm , krik krik krik krik . hahaha . Apa yang dilakukan hari ini ialah :

  • Blogwalking 
Sebenarnya , di ruang kesempatan yang ada ini , aku melatih dan merajinkan diri blogwalking dari satu blog ke satu blog . Secara tak langsung , kita dapat kenal lebih ramai lagi blogger dekat muka bumi ALLAH ini . Mana la tau , sekali jiran jiran pun ada jadi blogger ,boleh paksa diorang follow , komen blog aku .hahaha . Bestnya bila blogwalking dapat tengok orang cerita pasal percutian , pasal makanan , pasal MAKANAN , MAKANAN , MAKANAN , MAKANAN . OMG ! aku terlampau obses sangat pasal makanan ini . hahaha . Eleh , aku rasa semua orang suka makanan apa . Its a common thing in our life lah kan kan . 


  • Tengok episod dato vida (program terlajak puteh nampak)
Jujurnya , aku sangat terinspirasi dengan dato seri vida ini . Bukan mengampu ke , bukan membodek ke . Tapi hakikatnya , setiap patah perkataan dia sangat buat aku bermotivasi . Kadang pada orang nampak , dia ni nak menunjuk itu ini , tapi tidak pada aku . She is super amazing . Masa dia nangis cerita pasal anak dia tu , ya ALLAH , dulu aku macam gitu lah . Mesti sebak sangat bila orang tanya pasal arwah ibu . Ya ALLAH , bukan mudah untuk kita stand strong di hadapan orang ramai bila orang yang kita sayang dah meninggal . BUKAN MUDAH .



Ianya makan masa untuk kita bina semula kekuatan untuk berkata dihadapan orang ramai "Aku kuat!" . Tapi , semuanya adalah bersebab dari perancangan ALLAH . Sesungguhnya , Dia kan Maha Mengetahui Segalanya . Aku akui ,lepas ibu pergi , aku banyak kembalikan diri aku kepada Dia . Benarlah , Dia kan sebaik sebaik perancang , Dia juga yang ubat hati aku . Dia juga berikan aku kekuatan . Alhamdulilah , sekarang ini aku dah mula rasa kuat untuk stand strong dihadapan orang ramai . Insyallah . Semuanya diatas keizinan daripada Dia Yang Maha Esa .


  • Stalker Blogger Femes
Haa , yang ini aku buat hari ini . Semalam aku stalker anak jiran , tapi hari ini aku stalk blogger blogger yang femes . Iya lah , nak jadi femes , kena lah intai intai dan tiru apa yang mereka dah berjaya lakukan . Insyallah ,semoga Ain menjadi blogger femes nanti  . Amin . hahaha. 



Itu saja la apa yang aku nak share dengan uolls . Uolls , kalau rajin komen la , lepastu habaq mai dekat blogger lain , hat mana yang tak follow blog kami lagi ni .hahhaa. Buat tau . 
Ok , Bye !

4/366 DAYS - 4 JAN 2016


Assalamualaikum dan hai 4 Januari 2016 . Oh , hari ini sebenarnya tak tahu nak update apa . Tapi , is a must thing i should doing it . Bak kata orang melayu , wajib tak ada nya nak makruh makruh . hahaha . Sebab sesuatu perkara yang baru , kita mesti kosisten buat dan buat kerana ia nak bagi sebati dalam kehidupan kita . Omputih kata is a habit . Orang melayu kata tabiat . hahaha. Kau dah kenapa ain ? OMG ! . Straight to the point , antara cerita harian aku hari ini ialah :

  • Stalker anak jiran
Like seriously , aku memang suka intai intai anak jiran sebelah . hahaha . anak anak jiran tu tahun ini 3 ketul masuk sekolah rendah . The best part is , sekolah rendah dekat rumah aku ini tak tahu la semua sekolah dekat johor bahru ke atau sekolah berprestasi tinggi (cehwah ,sekolah rendah aku dulu tu ) , dia macam dah standardize kan darjah 1-6 semua waktu pagi . Yang kesiannya , orang gaji diorang lah . kitorang panggil dia "Kak Tina" , Macam mana la nak gendung 3 beg sekali gus  jalan kaki pula tu . hahaha . Kadang kadang dulu petang petang aku teman juga kakak tina pergi ambil diorang . Untuk tahun ini belum lagi . Nanti nanti la . Awal lagi kan .


Lepastu , sekolah agama pula diorang naik van . pukul 4 petang baru balik . Kan aku dah cakap , aku stalker diorang .Sebab budak 3 ketul tu , yang paling bongsu baru masuk darjah 1 , so the way dia sembang macam dah besar sangat kan . hahaha. Cerita kelakar nya , diorang lambat balik sekolah agama . Sepatutnya , pukul 4 petang dah dengar dah "assalamualaikum kakak !" . Tapi tak kedengaran pula .


Kebetulan aku tengah jengah tingkap , eh nampak van diorang kenapa van tu tak berhenti ? . Rupanya , diorang tertinggal van . hahaha. Pukul 4.30 petang gitu baru van tu pusing sekolah balik ambil diorang . hahaha . Baru hari kedua sekolah dah buat cerita kelakar . hahaha. 


  • Makan Nasi Ayam Penyet
Hari ini , aku makan nasi sekali je , nasi ayam penyet la . Beli dekat port biasa . hahaha . Woi , nasi ayam penyet dia sedap tak terkata . hahaha . Tapi , sekarang kan tengah proses untuk kecil kan badan aku ini . So , segenggam nasi je selamat masuk perut aku dan selebihnya aku bagi pada abang aku . Ayah aku pula dia tak suka makan salad dia . Salad dia cicah dengan sambal belacan sedapppp nak mati rasanya . Dapat tak bayangkan kesedapannya macam mana ? hahaha . SEDAP SEDAP SEDAP ! . Aku pun ambil lah semua salad ayah aku itu . Cicah sambal belacan dia . OMG ! *PENGSAN* hahaha.


Kes itu la aku letak qoute makanan . " People Who Love To Eat Are Always The Best People " . Walaubagaimanapun , aku selalu teringat akan kata kata ini "YOU ARE WHAT YOU EAT" . Aku dah tak nak lagi main hentam  , main sumbat je makan . Makan untuk kenyang , bukan makan untuk gemuk .Hahaha .


Itu sahaja la dua cerita yang aku dapat kongsi pada hari ini . Jumpa esok ! 

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

3/366 DAYS - 3 JAN 2016



Assalamualaikum dan selamat hari ketiga dalam tahun baru 2016 . Alhamdulilah , diberi peluang oleh ALLAH untuk menulis serba sedikit aktivi harian pada hari ini . Untuk pengetahuan , hari ini aku masih lagi demam , selsema , bersin memang kedengaran la satuh rumah . Hahaha . Perangai aku ini jenis , tak suka manjakan diri bila tengah sakit . Sebabnya kalau kita lembik kan sangat ,haaa lagi la semakin tidak bersemangat . Jadi nya , untuk hari ini :

  • Kemas bilik solat 
Aku dah beberapa hari dok perhati macam tak kena je , macam semak je , macam tak cantik je , macam tak sedap mata memandang melihat susun atur perabot dekat bilik solat rumah aku ini  . Walaupun , aku tak berapa sihat , aku rasa kalau kemas ini sekurangnya dapat berpeluh dan aktifkan badan aku . Mula mula , aku rancang dulu mana nak letak , mana nak ubah suai perabot supaya senang nanti bila dah mula aktiviti angkat , tolak  , tarik perabot .


Yang paling bestnya , aku buat semuanya sendiri . Haa , kuasa tenaga yang ALLAH yang beri kepada hambanya kan . Alhamdulilah , settle dalam lebih kurang 3 jam gitu . Siap vacuum , sapu semua . Selesai dah . Insyallah , nanti aku ubah suai pula dapur dan mini office dekat rumah ini . Jaga jaga . Sebenarnya , aku ni bukannya cerewet ,cuma aku cepat rimas dengan benda bersepah . Aku bukannya jenis perfectionist ,tapi kan seronok melihat rumah bersih , cantik ,dan tersusun kemas .

  • Makan bubur & hot chocolate
Untuk menu makan malam , aku beli je dekat luar sebab tak larat kes kemas tadi . hahaha . Jadi , aku beli je bubur nasi RM 5 . Dekat JB ini ada bubur yang popular nama dia Bubur Sentosa . Tapi aku beli dekat cawangan dia di Bandar Baru UDA ,dekat Chamek Kopitiam . Rasanya sama sahaja . Sebab bubur ini memang ikut selera tekak aku . Lepastu , abang aku pula dia nak hot chocolate . Aku pun bagi cadangan dekat dia . suruh beli di Cool Blog , sebab dekat kawasan rumah aku memang ada cawangan Cool Blog . Makanya pergi la beli .


Alhamdulilah , kenyang perut untuk malam ini . Insyallah , semoga ALLAH sembuhkan kesihatan aku dan abang aku juga .Sebab dia pun turut demam terjangkit sekali . hahaha.


Okay , bye ! Jumpa esok diary of the day !

2/366 DAYS - 2 JAN 2016



diari akuainkausiapa 2 jan 2016


Assalamualaikum . Alhamdulilah , hari ini sudah hari kedua kita berada dalam tahun 2016 . Hari ini aku bangun je terus rasa macam nak demam . Oh ,tak payah nak rasa rasa sangat sebab memang demam pun . Mungkin sebab aku terlampau overdose tidur lewat semalam . HAHAHA. Semuanya sebab aku terfokus dan ter rajin edit blog . Pukul 3 pagi lebih baru tidur .  Itu pun tak habis edit lagi . Biasa la , benda benda macam gini makan masa sedikit sebab semua ini diluar bidang kuasa serta kepakaran aku . But , at least , I try ! Short to the story of the day , acah acah macam #ootd pula kan . HAHAHA. 

Ini apa yang aku lakukan hari ini :

  • Join seberapa banyak giveaway / contest / segmen
Walaupun aku demam sekali dengan batuk batuk serta selsema , aku gagahkan diri juga . Kononnya dah bertekad hendak menaikkan lagi follower di blog ini . Cehwah ! Azam dia kemain bersemangat kau . hahaha. Sebabnya hari ini kan hari minggu , hari rilek rilek kan diri jadi apalagi , buka la laptop , dan join seberapa banyak giveaway , contest dan segmen yang blogger blogger lain buat. Maaf ya , aku spam banyak entri berkaitan ini semua . hahaha.

  • Pergi kedai RM 2 & pasar
Kebetulan stok buah buahan dekat rumah aku dah habis , makanya lepas pergi kenduri kahwin terus la bergerak ke pasar dulu . Dengan pakai baju kurung , sebab sifat aku yang jenis slumber je , ala just nice kan . hahaha . Oh , yang sebenarnya alhamdulilah , kami sekeluarga dah mengamalkan sentiasa makan buah buahan dan sayur sayuran . Lagipun , memang bagus dan elok kan untuk kesihatan . Jujurnya , aku sebenarnya sangat obses pada warna buah buahan lagi lagi buah yang berasaskan berry seperti strawberi , blueberry , rapsberry . Sedap woi . 

Oh lepas aku pergi ke pasar , aku terus singgah ke kedai RM 2 . Mesti dekat tempat korang pun ada juga kan . Ala ,yang kedai barang yang dia jual RM 2 . Fuh , kalau pergi singgah kedai ini waktu waktu peak hour macam hari cuti , memang beratur panjang . Aku tak nafikan memang kedai RM2 ini sangat bijak meletakkan lokasi kedai mereka yang mana target pelanggannya sangat tepat . Jujurnya , ikut hati nak je pergi bolot jajan banyak banyak . Tapi , aku dah bertekad (satu lagi azam aku tahun 2016 , nak kurang kan makan makanan yang kurang berkhasiat . Makan sekali sekala tak apa , tapi jangan jadikan ianya satu tabiat (habit) . Amboi ,gaya sembang macam pakar nutrisi pemakanan kau jah ! .hahaha.

  • Tetap gagah walau demam
Haa , last ini berkaitan la dengan qoute yang aku letak itu . "Ajar diri sendiri untuk kuat ,bangun sendiri bila jatuh "  . Ia , sebenarnya ,walaupun aku demam , aku tak nak jadi lembik walaupun hakikatnya kita kan hamba ALLAH yang kerdil . yang lemah lagi tidak berdaya . Namun , alhamdulilah , aku minta dengan ALLAH , untuk berikan aku sedikit daya tenaga .Ternyata memang benar la , Dia Maha Mendengar . Dia Maha Mengetahui Segalanya . 

Itu sahaja la nampak nya diary of the day untuk hari kedua tahun 2016 ini . Insyallah ,doakan semoga kita semua terus kosisten menjadi hambaNya yang taat kepada ALLAH . Amin .

1/366 DAYS - 1 JAN 2016

diari akuainkausiapa 1 jan 2016


Hari ini dah tahun baru . Tahun 2016 . Semua atau majoriti nya semua dah buat list apa yang nak dicapai , senang cerita azam tahun 2016 . Apa apa pun , Alhamdulilah dan terima kasih ALLAH kerana masih memberikan kesempatan kepada kita semua untuk terus hidup di muka buminya . 


Tahun 2015 nampak sangat sikap pemalas aku nak update blog , boleh kira berapa kali sangat aku update . Jawapan dia PEMALAS . Itu sahaja ! . Tutup cerita tahun 2015 , sekarang dah pun 2016 lah uolls .


Untuk tahun 2016 ini , aku telah bertekad (cewah , ayat nak gampang sangat) . Aku nak hidup kan semula diary of my life yang aku sendiri buat dulu masa zaman sekolah . (ala , kantoi pulak ) . Iya , zaman sekolah dulu aku suka tulis diari misalnya macam kena marah dengan ibu lepastu merajuk sorok dalam bilik , waktu makan baru ibu masuk bilik pujuk kita  dan macam macam lagi . hahaha . Lepas dah habis SPM , rasa macam semak bilik terus buang dan terkubur dah kenangan semua itu . 


Bukan itu sahaja , sebenarnya aku bukannya pandai menulis sangat . Aku lebih suka bercakap tapi masa sekolah teknik , cikgu bahasa melayu aku cakap "awak tak layak masuk pertandingan debat" . Nak je waktu tu aku cakap , " cikgu ,saya memang suka bercakap , tapi saya tak suka berdebat . tak semestinya orang yang suka bercakap itu suka berdebat !" . hahaha. 


Sebenarnya , jiwa menulis itu aku sendiri mahu rasa kerana ibu dulu suka menulis . Ibu juga teringin nak jadi penulis novel tapi dihalang oleh atuk . Aku pernah baca karya karya ibu . Sumpah , menusuk jiwa. hahaha .


Jadi , insyallah , aku nak belajar kosisten untuk menulis dengan ada jiwa , menulis dengan ada rasa supaya aku dapat berkongsi perkara yang positif kepada orang ramai hanya dengan penulisan . Oh , aku mulakan tahun 2016 ini dengan :

  • Update blog
Alhamdulilah , aku paksa juga nak update blog , ubah template , ubah design . Maaf ya , blog sedang di update. Hahaha. Makanya , agak serabut sedikit. Insyallah , beberapa hari nanti sedapla mata memandang .

  • Masak roti telur hotdog & ayam kukus
Untuk breakfast , aku sempat sediakan roti telur hotdog (ala , roti telur pastu gulung kan je dengan hotdog tu )  untuk keluarga dan jiran . Kesnya , roti gardenia dah nak expired makanya kenalah habiskan semuanya . Lepastu pula , jiran rumah sebelah aku ini memang selalu bagi makanan , segan woi rasanya , misalnya , diorang hulur nasi ayam siap cantik decoration , aku kasi roti telur hotdog je. hahaha. Rasa bersalah biarkan pinggan mangkuk jiran sebelah lama lama dekat dalam dapur kita. hahaha.

Seterusnya , ayam kukus pula ada beli masa dekat Giant , ayam tu dah siap marinate ,  nak masuk dalam microwave macam dah selalu . Makanya kita buat kukus je ! Lagi lembut dan sedap .

  • Baca azam & ucapan tahun 2016
Biasala , awal tahun awal hari kan , seronok melihat bersemangatnya hamba hamba ALLAH menceritakan azam azam mereka . Ada makcik jiran siap whatsapp aku lagi , terharu sangat rasanya. hahaha. Yela ,kita kan dah takde ibu . ( Ibu , ain tengah belajar menulis ibu)

Makanya , itu sahaja la apa yang mahu aku kongsikan kepada uolls . Sebab aku nak sambung edit blog. Serabut tengok html coding kebabomm tu haih. 


Ikhlas ,
-Seorang perempuan yang dah nak berumur doplolima tahun-

MASA


Takkala ramai para bloggers seronok mengira berapa banyak entri yang telah ditulis , aku masih terhegeh hegeh terfikir tak tahu nak update apa . Kesian sangat kan pada aku . Sepanjang tahun 2015 ini , aku pun tak tahu apa sebenarnya yang mahu ditonjolkan dalam blog ini . Sebab mungkin aku tak tahu dan tak kenal diri sendiri.


Sepanjang tahun ini sebenarnya aku lebih banyak mencari diri aku yang dulu . Diri aku yang sebelum ini , sebelum arwah ibu pergi .


Orang boleh senang cakap , "Weh , aku tengok kau sama je ain macam dulu!"
Tapi , semakin hari , aku kutip semula identiti aku. Siapa aku! HAHAHA. 
Kau ingat barang ke apa , main kutip kutip lepastu cantum semula.


Sebab itu , aku jadi macam celaru , kadang ada masa aku suka senyap . aku diam sampai aku akan rasa annoying kepada sesiapa yang memekak di depan aku.


Alhamdulilah , ALLAH berikan aku ruang . ALLAH berikan aku masa . ALLAH didik hati aku . Baikkan Dia . Kenapa kita bila sedih je cari Dia ? . Sepanjang aku mencari kembali diri aku , aku selalu cari Dia . Sebab Dia mampu mengubat hati aku . Sebab Dia Maha Mendengar.


Terima Kasih ALLAH , untuk setiap detik masa yang kau berikan kepada kami.


Insyallah , aku sedia untuk terima dan harungi tahun 2016.


Oh ya , aku terlupa nak kredit kata kata dari The Faiz Ibrahim .
Kata kata dia banyak kembalikan diri aku.
Terima Kasih daun keladi . HAHAHA.

Entri Pertama Untuk Tahun 2015

Ya ALLAH , orang dah beratus , beribu entri . Tahun 2015 pun dah sampai bulan ogos .
Tapi , aku masih terhegeh nak buat entri pertama.
.
Okey , this is funny and freaking funny yeah !
.
Aku kembali aktif semula , atas beberapa sebab.
.
Sebab nya nak jadi femes macam HANIS ZALIKHA.. OKBAII..hahahha.
.
Selepas hampir beberapa tahun aku ada blog ni barulah aku dapat idea dan konsep apa yang aku nak ketengah kan melalui blog akuainkausiapa ni haa.
.
Insyallah , idea tu akan aku laksanakan mana tahu mulut masin femes seperti HANISZALIKHA.OKBAIII. hahahhaa.
.
First thing first , bagi aku ruang untuk aku ingat dan refresh semula , apa blogger blogger selalunya buat.
.
1)BLOGWALKING
2)KEEP UPDATE ENTRI
3)RAJIN RAJIN KOMEN ENTRI BLOGGER LAIN
4)KOSISTEN
5)JANGANNNNNNN TAK MUNCUL SAMPAI TAHUN 2016 PLAK YE!HAHAHA.
.
OKBAI.
NAK BLOGWALKINGGGGGGG..

Ni gambar raya!hahaha. 
nak tengok gambar kiteww yang the very latest :
pegi FOLLOW IG KITEWW. : TEKAN SINI @farahainzfa

Review : Rahsia Mengaji Semudah A.E.I.O.U




Rahsia Mengaji Semudah A.E.I.O.U :  Situasi berbual face to face sudah kurang kerana kini , masyarakat begitu seronok berborak di alam maya.Kita boleh lihat generasi yang kini celik pandai mencari maklumat hanya menggoggle sahaja . Kita juga nampak kanak kanak zaman kini kehidupannya sudah kurang untuk bermain diluar rumah kerana masa mereka dihabiskan dengan bermain game , dan bermain tab , ipad dan melayari sosial network. Sehinggakan ibu nak panggil anak untuk turun  makan pun terpaksa whatsapp. Begitu teknologi kini memberikan impak yang sangat besar kepada msyarakat kita. Itu senario kini.

Teringat zaman kita kanak kanak dulu , mak ayah mesti hantar anak pergi mengaji. Siapa ponteng mengaji mesti kena rotan. Tapi sekarang , ada juga yang ibu bapa masih menghantar ke tempat tempat mengaji. Cuma , kata orang didikan yang terbaik ialah bermula dari rumah .Bukan itu sahaja , ada juga dikalangan ibu ayah sendiri tidak tahu mengaji .Takpe , jangan malu dan jangan rasa kerdil. Dalam kehidupan kita juga kan dituntut untuk sentiasa menuntut ilmu dan mendalami ilmu agama dengan lebih dalam lagi . Dengan adanya dvd "kini mengaji semudah A.E.I.O.U" , ibu ayah bersama anak anak nya boleh sama sama belajar mengaji hanya melalui dvd. Yer ! dengan dvd je. Luangkan masa sekurangnya 1jam sehari bersama anak anak untuk belajar mengaji hanya dengan melalui dvd sahaja.

Disamping itu juga , secara tidak langsung  dvd "kini mengaji semudah A.E.I.O.U" ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan orang di sekeliling kita. Dvd ini mampu memperbaiki mutu bacaan mengaji dan sebagai ibu bapa mampu mengajar anak anak mereka hanya dari rumah. Hanya perlu laburkan sedikit wang untuk pembelian dvd mampu memberi contoh terbaik mendidik anak anak mereka.



Antara isi kandungan dvd Teknik Al-Fateh "Kini mengaji semudah A.E.I.O.U" ialah :

  • Pengenalan asas
  • 1: Kenali baris dan sebutannya
  • 2: Kenali baris bawah  dan sebutannya
  • 3: Kenali baris hadapn dan sebutannya
  • 4 : Kenali huruf yang bersambung
  • 5 : Kenali tanda bacaan yang panjang
  • 6: Kenali tanda baca dan bacaan bertanwin
  • 7: Kenali bacaan huruf yang mati
  • 8: Kenali bacaan huruf yang bersabdu
  • 9: Kenali bacaan Alif Lam
  • 10 : Kenali hukum bacaan lafaz Al-Jalalah
  • 11: Kenali cara membaca Hamzah Wasol
  • 12: Kenali cara berhentikan bacaan
  • 13: Membaca surah Al-Fatihah
  • 14: Kenali cara bacaan huruf Hijaiyyah
  • 15: Kenali tanda asas Tajwid Rasm Uthmani
  • 16: Kenali tanda-tanda berhenti (Waqqaf)
  • 17: Membaca surah Al-Baqoroh (Ayat 1-19)

Terdapat 7 Ciri-Ciri Istimewa Teknik Al-Fateh di dalam dvd ini iaitu :

  1. Video Interaktif : Teknik Al-Fateh diajar melalui video tutorial yang berkualiti dan disusun mengikut peringkat secara terperinci
  2. Mudah Difahami : Formula dan teknik yang dikongsikan telah dirakam dengan baik dengan gaya bahasa yang santai dan mudah untuk difahami.
  3. Ilmu yang Padat : Siri dalam video ini bermula pada peringkat asas ,kaedah sebutan huruf , mengenali cara bacaan bagi kalimah-kalimah tertentu,asas tajwid dan mula membaca Al-Quran
  4. Lebih Fleksibel : Boleh di pelajari di mana sahaja dan emngikut kesesuaian masa anda.
  5. Lebih Efektif : Boleh diulangi dan dipelajari sebelum melangkah ke bab seterusnya.
  6. Langkah Demi Langkah ; Dibimbing langkah demi langkah untuk mempelajari Al-Quran
  7. Group Sokongan : Bersama-sama mereka disekeliling anda untuk sama sama belajar mengaji semudah A.E.I.O.U


Ini merupakan kata kata mereka yang telah membeli dvd ini :  Testimoni Teknik Al-Fateh

Haa , bukan itu je .Siapa yang nak join program affiliate , agen pemasaran untuk dvd ini  , digalakkan mendaftar di sini  Form Affiliate & Agen Pemasaran



Jadi , apa tunggu lagi. Kini anda dapat mengaji semudah A.E.I.O.U hanya dengan sekeping dvd sahaja


Facebook : Zamir Aizat
Twitter : @Teknik Fateh
Instagram : @teknikfateh

Blogger ! Jangan Bikin Panas



Bila orang tanya , kita jawab kita 'blogger' ,
kebanyakkannya orang menilai 'kaki gosip'  , penyebar berita sensasi.

Sebagai blogger sendiri , ain nampak perkara ini satu benda yang sangat negatif .
Ramai blogger nak kejar pageviews naik mencanak , buat kerja senang . copy paste cerita artis , copy paste gambar instagram artis lepastu publish. Senang nya hidup kau !

Lepastu marah orang tegur cara kau . Padahal kau memang tak beretika langsung.
Salah siapa ? salahkan diri sendiri.

Itu belum cerita yang copy paste berita terkini . Contohnya masa kes MH370 . Semua nak naikkan pageviews buat entri pasal cerita itu . Macam macam propaganda dan agenda dia letak dalam blog dia. Salah siapa ?

Berikutan dari entri di blog , Hasrul Hassan . Maka ain rasa bertanggungjawab untuk memberikan pandangan peribadi.

Sebenarnya kehidupan kita ini sangat mudah tetapi yang menyebabkan ia nampak susah itulah datangnya dari manusia sendiri. Percayalah , sekali kita mencari kesalahan orang dan membuka aib seseorang , pasti kita akan meneriman COD ( Cash On Delivery ) terhadap apa yang kita lakukan.

Senario ini mudah , ada orang jual jual depan rumah  kita. Kita lupa nak tutup pagar . Dia masuk tanpa beri salam . Kita mesti marah bukan sebab orang masuk rumah kita tanpa protokol. Sama lah juga dalam situasi untuk jadi blogger yang beretika.

Tolong ! Stop jadi penyebar keaiban orang konon nya dikatakan 'fresh from oven' . Kalau rasa tak ada idea nak menulis apa , kita semua dikurniakan akal yang sempurna . Jadi , gunakan lah sebaik mungkin bukan untuk buat benda benda tak elok macam gitu.

Mohon jangan jadi manusia bersifat 'attention seeker' yang sering nakkan perhatian. Banyak cara lagi yang boleh kita lakukan untuk mendapat perhatian manusia. Orang yang awak sedang ceritakan itu punya maruah juga .

"Penulisan kita itu mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.. Kalau rasa seronok menjaja kisah hidup orang dengan cara sebegitu .. mohon bersedia untuk dapatkan khidmat COD dari tuhan.."

Oh ya ! nak tau 6 Sikap Blogger Yang Tidak Bermaruah .

Harap isu ini semakin dapat diatasi supaya kredibiliti blogger dipandang tinggi oleh masyarakat.



Penangan Bola : JDT VS PAHANG

1 nov 2014 : Di Bukit Jalil  akan berlangsungnya perlawanan akhir antara JDT vs Pahang.
Bila ada bola , lagi lagi final kan majoriti mengambil peluang untuk meniaga.
Tengok di facebook Hot Burger milik artis Fizo Omar  , mereka sedang bertungkus lumus menyediakan persiapan kerana menjadi penaja bagi perlawanan akhir  itu nanti. jelaslah disini betap bijaknya mengambil peluang untuk menaikkan lagi branding burger empat segi nya itu.

Tambahan pula , tadi ain teman abang pergi beli tiket bas (Larkin , JB). Abang nak ke KL. Biasa orang pekik , "KL KL KL KL KL ..Mana bang , nak turun TBS ke Pudu? .

Tapi , fenomena bola punya hal. jadi benda lain pula.

"BUKIT JALIL BUKIT JALIL BUKIT JALIL..."
.
.
Pandai kan dorang amek peluang jadikan bisnes dan marketing kannya supaya bisnes dorang mencanak naik.
.
.
Dekat group whatsapp & telegram geng geng bisnes ain pun ada yang meniaga esok dekat stadium.


Marketing Game Air Asia



Menggunakan tagline , "Now Everyone Can Fly" membuktikan sememangnya Air Asia memberi rasa 'terbang' di udara itu kepada semua orang . Dulu , bila sembang tentang kapal terbang hanya orang ada ada saja yang layak ke atas. Orang orang kebanyakkan layak di laut dan darat.  Katanya nak naik burung besi ni mahal .

Tapi , perbezaan idealogi ini ditolak mentah mentah bila adanya Air Asia . Tak perlu disangkal lagi marketing nya sudah sangat kuat yang mampu buat semua orang naik ke udara. Dahulu nya , aku terbang  dengan Air Asia dari Johor Bahru ke Penang  sewaktu belajar di UiTM Kedah. Bila mana short semester yang rasa kerugian bila memandu , pilihan terbaik cepat sampai ialah dengan Air Asia. Perjalanannya sekitar 45 minit jika ditambah prosedur cecah lah juga ke 1 jam.


Tambahan lagi , aku baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu-Johor Bahru mengambil masa lebih kurang 2 jam gitu. Iya , Air Asia pilihan aku. Kalau MAS kena transit KL. Itu membuktikan Air Asia  sudah menang! Menang marketing nya dari segi kecepatan masa .Hey ! Orang pilih untuk terbang sebab mahu cepat , bukan nya perlu transit dan tunggu.  Seterusnya , aku terkejut di Kota Kinabalu ada dua airport. Iya ,  ada dua tempat pendaratannya. Jika terbang dengan Air Asia akan terbang dan mendarat di KKIA 2 . Ala ala KLIA2 . Bukan itu saja , bukti marketing menang Air Asia lagi ialah KKIA2 ini khusus untuk semua penerbangan Air Asia. Patut aku rasa hairan , sewaktu pulang , aku melihat di skrin pintu mana yang aku harus pergi. Rupanya , dah masuk ke dalam baru tahu pintu mana kerana SEMUANYA penerbangan Air Asia. Hanya nampak 2 3 biji helikopter yang mendarat mahu ke pelantar dan sebagainya.




 Fuh! Jelas disini kemenangannya banyak berpihak di Air Asia. Di dalam kapal , masih sempat berurus niaga jualan makanan bahkan ada juga jualan cenderahati , buku , dan sebagainya. Ini juga merupakan marketing duit kocek buat Air Asia.  Jelas disini , permainan marketing Air Asia sangat cantik dan bijak! Orang terbang dengan kapal terbangnya , kalau mahu tidur boleh menginap di Tune Hotel , lepastu sudah ada Tune Insurance untuk tujuan keselamatan dan perlindungan tambah lagi berkait dengan komunikasi bila kewujudan Tune Talk. Nampak disitu kebijaksanaan Tony Fernandes dalam melakukan product expansion serta market expansion nya. Satu lagi , dulu waktu dia mula mula buat Air Asia , ramai orang kritik. Sekarang , ramai orang suka dan pilih terbang dengan produknya. Jelas disini , kalau kita nak buat sesuatu yang gila dari apa orang biasa fikir , kita teruskan buat gila itu kerana tak lama lepastu pasti akan ada orang yang menggilai apa kerja gila kita sudah buat.

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Orang Kita Suka Bercerita

"Orang kita ni suka bercerita". Buktinya, pagi pagi lagi kita sudah dengar radio bercerita tentang trafik lalu lintas di seluruh Malaysia terutama di sekitar bandar KL. Lepas itu, akan ada topik yang akan diceritakan yang membuatkan pendengar akan call dan bercerita.

Itu senario yang pertama. Kedua, kita akan "scroll" Facebook ,Twitter , Instagram untuk tau apa yang trending , apa yang kengkawan kita punya status. Nampak disitu orang kita suka bercerita dan nak tahu cerita!

Sebagai blogger sendiri , maaf tapi ini realiti ! Dunia blogger ini jelas nampak , siapa yang nak pageviews tinggi , naik mencanak mesti harus ada cerita yang best. Disitu lah berlaku lambakan 'wartawan tidak berbayar' yang hanya tahu copy paste cerita terkini lagi lagi cerita retis yang tengah hot. Kenapa?

Orang Kita Suka Bercerita!
Cakap lah banyak mana situasi sekali pun , orang kita suka bercerita.

Bagusnya tabiat ini bila diaplikasi kan dalam bisnes. Sebab itu wujudnya Marketing!.Aceceeyh..
Haruslah saling berkait rapat. Dalam bisnes sebenarnya tak perlu fikirkan ratusan ribu marketing yang harus dibuat untuk buat orang tahu tentang bisnes kita.

Bisnes itu sendiri harus pandai bercerita dan menceritakan tentang perjalanan bisnes itu. Jangan syok sendiri.
Sebabnya "Orang kita suka bercerita".

Lagi sekali ,
Cuba jadi pencerita yang terbaik. tapi jangan sampai desperate membuat membuat cerita untuk jadikan cerita itu terbaik. kata orang tambah perasa nak kasi lagi best.

Akhir cerita , harus perlu ingat.!
"Orang Kita Suka Bercerita"
Noktah.

Cara Tarik Rezeki Dengan Muka



Saya suka subscribe e-mail dari mereka yang selalu berikan tips , dan cara mereka buat sales dengan produk / perkhidamatan melalui marketing yang cantik dimana ia mampu buat pembeli membeli.

Tertarik pada satu e-mail yang ditulis oleh Tuan Aqif Azizan , Founder Write to Wealth menghantar cara untuk menarik rezeki dengan memek muka saja.
Kata Tuan Aqif ,

Belajar trik psikologi dan minda bermaksud
belajar bagaimana untuk memahami diri
kita sendiri.

Blog Pansy Panda baru-baru ini berkongsi
5 trik menggodam minda bagi keperluan
tertentu.

Nombor 3 biasanya akan buat hidup
kita lebih tenang.

===
#1 - Psikologi gelak bersama.
===

Apabila kita melepak berkumpulan dan
ketawa bersama, biasanya muka kita
akan beralih kepada teman yang kita
selesa.

Atau ke arah muka individu yang
kita mahu berkenalan.

===
#2 - Cara cepat hilangkan perasaan
gementar.
===

Apabila kita rasa gementar, cepat-cepat
makan gula-gula getah.

Ia dapat membantu menghilangkan
emosi takut, gementar atau gemuruh.

Minda kita akan memberi isyarat bahawa
kita selamat apabila kita sedang
makan sesuatu.

===
#3 - Rahsia ketenangan jiwa.
===

Jika ada orang marah kepada kita,
dan kita pula kekal bertenang, mereka
akan jadi lebih menyirap.

Malah mereka akan marah lebih ganas.

Tetapi, selepas itu mereka akan rasa
sangat malu pada diri sendiri.

===
#4 - Ekspresi mewujudkan emosi.
===

Ekspresi wajah kita akan menentukan
emosi.

Jika kita mahu wujudkan perasaan
gembira, senyum selebar mungkin.

Perasaan gembira melajukan magnet
tarikan rezeki.

===
#5 - Jangan tulis 3 perkataan ini!
===

Jangan sebut atau tulis perkataan
ini:

+ Aku rasa...

+ Aku percaya...

+ Aku yakin...

Ia menunjukkan bahawa kita tidak
mempunyai tahap keyakinan yang
tinggi


Okay lepas ni memang nak senyum , gembira , tenang dan gelak sekuat yang mungkin ! hahahaha.
Tapi , orang selalu 'sound' kita sebab suka gelak kuat kuat. Salah ke kita gelak kuat kuat. Itu kan tabiat kita, HAHAHHA,

3 Perangai Berbeza Di Sosial Network

Tiga social network yang mahu diceritakan iaitu mengenai tingkah laku di :

Facebook , Twitter dan Instagram.

Iya , harus diakui. perangai ain dalam tiga social network ini punya perbezaan. Please don't hate me and please don't judge me as being hypocrite towards social network. Meh, makcik nak cerita.ahaks!




Satu , tentang Facebook.

 Dulu , my Facebook is just a Facebook who i did not know at all what can i get by scrolling that.*macam teruk sangat english kau makcik* .Yelah , Facebook lah yang paling banyak kontroversi rasanya dari start aktif masa matrik until my degree life. Itu dulu. Let the past be the past and it still the past.Kau ubah macam mana sekali pun ia tetap di eja 'past' dan bukannya 'present' or 'future'.

My Facebook now is totally different. Dah kenapa nak kena speaking sangat?.Iya , sangat berbeza.Since i realized that i have to let it go all past things and move on. Jujurnya, proses transformasi itu rasanya masa aku sedar yang "nur farahain , please change yourself to a better person..enough being an ego , panas baran , bajet semua kau yang betul and banyak lah negative part of mylife". Rasanya few month sebelum ibu pergi. Niat itu tetiba datang dalam diri mungkin sebab hambanya ini terpilih untuk menerima hidayah dari nya. Keinsafan itu timbul bila ada banyak perkara yang berlaku serentak dalam hidup dimana aku rasa aku perlu ubah untuk jadi lebih baik. Susah? Benda baru banyak banyak kali cakap susah memang jadi susah la. Cuma benda baru itu cakap senang.Ianya akan menjadi senang setenang air sungai yang mengalir*aceceyh ayat novel keluar*

Sekarang , Facebook saya ramai yang dari kalangan mereka orang orang hebat dan mereka berbisnes.Kawan kawan lama yang selalu posting status yang merepek , dengan ringan jari ain menekan unfollow tapi masih tidak kejam menekan unfriend.*oh, i still remember pernah block and remove orang.That old of me.I'm new now. Please don't scared at me.*Benci ada perasaan berlagak speaking ini. Okay , Facebook kita sekarang banyak tentang pengalaman , tips, rutin harian  atau posting yang sangat positif oleh mereka yang dari kalangan orang berbisnes. Bila kita dekatkan diri kita walaupun hanya melalui Social Network , aura positif itu sangat terasa kuat. Tak percaya? Buat dulu. Tapis dulu kengkawan yang selalu menyemak di news feed kita. klik je "i dont want to see  this" or unfollow. Settle! Kejam? No! Setiap hari kita akan check Facebook, then hari hari kalau asyik baca dan lihat sesuatu yang merepek , benda tu akan immune dalam jiwa kau. Kalau nak jiwa kau bersih , pembersihan news feed itu perlu.

Penutup kepada cerita Facebook yang pertama ialah kengkawan pesbuk saya kebanyakkannya mereka yang berbisnes.Makanya ,ayat saya agak skema dan agak berprotokol. Yelah , kita dikelilingi mereka yang jauh lebih matang dan punya pengalaman yang banyak , takkan lah kita nak tunjuk perangai kurang matang kita? Faham. Sekian. Pesan lagi , please dont hate me at all. Kita berada pada satu tempat yang culture nya sebegitu rupa A , lalu kita perlu menjadi sebegitu A bukan macam Z. Lagipun , tak salah kan berubah to be a positive people and i do love what i did that.




Dua , Twitter.

Rasanya mula aktif bertweet since 2012. Rasanya lah. Okay , di Twitter ini lebih kepada menjadi diri sendiri. Luahan perasaan banyak juga. Selalunya , di Twitter la tempat berlakunya interaksi dengan kawan kawan yang sebaya seuniversiti sematrik sesekolah sesetadika dan se semua lah. Tapi bila mana proses transformasi *rasa nak nyanyi lagu UTC..pusat trasnformasi bandar pulak bila menyebut perkataan transfromasi ini.hahahaha. Tapi bila mana proses perubahan itu berlaku , ain lebih banyak retweet , favorite something yang rasa nya boleh di kongsi untuk pembacaan followers. I don't like being 'klise'. Klise disini bermaksud bila sesuatu 'trending' berlaku , maka akan ramai yang retweet memenuhi timeline which honestly i don't like it. Maaf, bukan tidak bersikap open minded cuma, entah.Kurang gemar membaca benda yang diri sendiri dah tahu dan ianya membuang masa membaca benda yang sama.Hanya ayat dan tatabahasa nya berubah.Main point nya tetap sama.Boring!

Twitter selalunya di lihat waktu malam. Hahaha. Tapi pagi pagi pun selalu juga scroll timeline.Main point cerita kedua Twitter ini ialah untuk mendapat cerita yang ringkas , dan tahu tentang trending , scroll lah Twitter. Dah faham malas nak scroll. Ianya memang seronok bila kita dapat menjadi diri sendiri , tapi diri sendiri pun perangai entah apa apa,kau rasa orang nak ke kawan tahap bff dengan engkau? Sebab itu Prof Muhaya selalu ingat kan kita untuk sentiasa audit diri kita. Jangan rasa diri kita serba bagus hingga bila dikritik , kita tidak boleh terima langsung.

Penutp cerita kedua, Twitter ini best sebab bila tersengaja tweet kepada artis artis yang ain minat.Lepastu bila retis tu retweet , memang akan print screen , belagak dengan kawan kawan yang lain.Mengada sangat ayat*.


Instagram

Ketiga , Instagram.

Dekat entri ini ; #muahciked ada cerita kenapa akaun ini diwujudkan. Di sini , lain sangat tingkah lakunya. Disini kena banyak bermain emoji. *muahciked* *senyum comel banyak kali*. Yelah , this is my instashop. Kalau tak layan customer politely , serupa membuat taik di halaman rumah sendiri la kan. Di Social Network yang ketiga ini , kita kena pandai menggunakan ayat kesopanan dan kewanitaan seperti "Hye dear .. Hai! sis.. Uolls , Iolls..XOXO.. Thanks dear.." How sweet I am. Rasa geli geli pun ada. Tapi , sama macam situasi di Facebook , kita berada di situasi B,maka tingkah laku harus culturenya seperti B.Lagi sekali mahu ditekankan , I 'am not so being hypocrite. I know how to deal with it.

Penutup cerita ketiga , dengan hanya gambar mampu buat orang suka kepada kita. Iya hanya sekeping gambar yang di edit 360 nya sehingga ramai orang sanggup filter itu ini , adjust sana sini untuk dapatkan sekeping gambar,bila dilihat manusia ianya sempurna. Adakah itu hipokrit? *Krik krik krik*. Semua ini dilakukan kerana untuk mendapat perhatian dari sang pelihat. Jadi , adakah salah untuk jadi suwit suwit di Instagram semata mata untuk melayan pelanggan atau target customer secara berhemah?.


Tamat tiga cerita Social Network ;;

Semua cerita yang di kongsi ini ada sebab kenapa ya. Ingat membazir masa menaip je ke. Kesemua cerita ini berkait rapat dengan Marketing ! Yes , my dear.. *aceceyh,dia keluar ayat insta dia*

Dalam bahasa Marketing nya , dipanggil "Public Relation" (PR).
Situasi nya , artis di interview oleh wartawan yang bertanya kan tentang soal peribadi.Artis itu merasakan ianya tidak perlu dikongsi tetapi kerana mahu menjaga nama nya sendiri , artis itu terpaksa menjawab soalan dari wartawan itu.

Semua cerita yang diatas ialah disebabkan oleh PR. Percayalah , dalam apa jua keadaan ,PR ini sebenarnya membantu kita. Kalau orang kata ini Hipokrit. Betul , memang persamaan nya seperti talam dua muka , tapi tak salah kalau itu membawa kepada sesuatu perkara yang positif. Nak jadi blogger femes amos pun kena pandai main PR. kan kan kan.

Ingat , belajar untuk lebih  mmenjaga hubungan sesama manusia which so call ''PR" bukan kerana hipokrit , ianya secara tidak sedar buat lebih ramai orang suka berurusan dengan kita. Kalau kita kata kita tidak pandai menalam dua tiga muka , jangan bohong ! Macam lah dulu tak pernah bohong mak ayah ponteng sekolah kan. Kbai.