Resepi Ayam Goreng Seringgit


AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat

7 Tanda Kita Bahagia


Assalamualaikum .buat semua pembaca .. Datang sini sebab apa tu ?. Mesti hati tengah resah gelisah kan ? . Kebiasannya , orang yang tengah menghadapi perasaan yang macam gini akan mencari apa yanh terbuku di hati . 

Disini ain senaraikan 7 tanda hati kita sedang bahagia  :

❤️Miskin tapi rasa cukup
❤️Lapar tapi makan berpada -pada 
❤️ Di uji tapi berbaik sangka
❤️ Sentap tapi mudah menerima
❤️ Sedih tapi mudah tersenyum
❤️ Marah tapi boleh dikawal
❤️ Benci tapi cuba menyayang 

Kalau kita tak bahagia , cari la kebahagiaan di atas . Walau cuma sedikit , walau cuma satu dua kerana hati .. merupakan tempat segala rasa terkumpul .  Love yourself 😘

Sebelum ni , ain pernah post tentang topik "ramai orang sebenarnya mengaku tidak bahagia ..." klik sini okay !  .


Wanita Haid Mendapat Pahala di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum . Tertanya -tanya juga kan , kalau wanita yang Allah Bagi Cuti (ABC) ni ketika berpuasa , nak buat apa ?. Memang la kita boleh makan , tak boleh solat . Tapi bulan Ramadhan kan bulan yang mulia .. Pasti ramai wanita tertanya -tanya . Tak nak la kita mensia -siakan bulan Ramadhan itu . 

Terjumpa sumber bacaan nya di Facebook , jadi ain kongsi kan disini . 

12 Amalan Yang boleh dilakukan oleh wanita yang haid pada bulan Ramadhan 

💛Berzikir
💛Berselawat
💛Bersedekah
💛Senyum
💛Memohon keampunan Allah
💛Mendengar bacaan Al Quran
💛Mendengar tazkirah atau ceramah
💛Memberi peringatan kepada orang lain
💛Memberi makan kepada orang yang berpuasa
💛Membantu orang
💛Memberi makan haiwan
💛Menyiram tanaman

Semoga info ini bermanfaat kepada pembaca ! untuk bacaan info berkaitan dengan bulan Ramadhan , boleh klik di sini okay

Mee Sizling Masak Dekat Rumah Je Yang Penting Kenyang !

Assalamualaikum . dasyat tajuk kita pada hari ini yer . Kihkihkih . Kisah nya ain dengan ain abang ain jenis hantu mee sizling . Kalau pergi ke food court Giant mesti akan order mee sizling . Padahal nak makan nya memerlukan kesabaran sebab panas . Silap haribulan boleh melecur lidah . Hahahaha . Tapi tu lah dah memang favourite kan . 
Cerita kejadian ni boleh berlaku sebab jiran bagi yee mee ni . Dia cakap goreng sedap . Aku pula terasa nak mencuba buat sendiri mee sizling walaupun tak ada pan panas tu . Guna je la apa yang ada . Terkial -kial juga nak buat mula - mula. 

Lalu ain pun mencedok resepi dari blog kak Seri .  Link nya disini . Resepi Mee Sizling . Cuma nya ain kurang bahan Kah! Spesis Ain ni jenis tak cukup bahan tak pe , janji masak ! Giteww . Maka terhasil lah mee sizling hasil air tangan sendiri . 
Rasa bangga juga la sebab ni first time buat . Alhamdulilah , kenyang perut berbuka tadi . Masak kan sekali jemput - jemput dan sos pencicah buat sendiri (letak lemon) je dan buah epal . Cukup la juadah berbuka tu! Yang penting bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi . Diberi kesempatan masa dan tenaga untuk memasak pun dah bersyukur. 

Itu sahaja kisah memasak saya pada hari ini ! Wah ! Nak tahu lebih banyak lagi tentang kisah masakan?. Klik sini .. Awak Makan Ape

Tauhu Begedil Simple Asal Boleh Telan Je !

Assalamualaikum . Hari ni dah masuk 14 Ramadhan . Dah 2 minggu kita berpuasa. Ya Allah sungguh cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah dua minggu . Hari ni rancangnya nak buat mee sizling dah siap beli bahan tapi rezeki awal muncul apabila jiran memberi lauk kari ayam dan keow teow . Allah nak bagi aku relax sikit kot tapi tak relax sangat la. Masak nasi untuk dimakan dengan lauk tu serta terasa nak buat tauhu begedil . Habiskan stok tauhu pok tek yang cuma tinggal berapa ketul je tu . Tauhu begedil ni pula memang kegemaran ain ! sangat favourite! 

Buat ikut resepi sendiri je , kalau ikut orang yang meniaga macam-macam bahan diletaknya tapi seketul Farahain memang tak cukup bahan takpe , janji masak ! Aaaaa giteww.. Hahaha . Maka terhasil lah tauhu begedil dan buatkan juga begedil untuk makan tambahan abang aku sebab dia tak makan tauhu begedil . 

Ni la gambarnya tauhu begedil pesyen ain . Janji boleh telan . Sedap tu ikut tekak sendiri , asal boleh telan sedap la tu. Hehehehe . Korang berbuka apa tu ? 

Nasi Goreng Telur Mata Accident !

Ni la juadah berbuka semalam . Konon nak hias ala -ala makan dekat restoran la , siap nak letak telur mata atas nasi tu . Mula -mula elok je kejadian , sekali nampak letak senget . Dalam hati dah cakap "ade kang meleleh jap lagi" Kah! betul sangkaan ain . Hahaha . 

Terjadi la nasi goreng telur mata Accident! Tak berlanggar dengan sesiapa pun . Hahaha . Selalu dalam 15-10 minit nak berbuka baru ain akan sempat nak ambil gambar . Boleh tengok sendiri kejadian accident nya . Sambil ambil gambar , sambil tergelak seorang! *mudah terhibur betul kan kau Ain! 

Nak tahu lebih banyak cerita makanan di blog ni ?. Klik sini okay geng.. awak makan ape ?

Dapat Hadiah Blender *kemain banyak woi*

 Dapat Hadiah Blender *kemain banyak woi*

Assalamulaikum . Bulan puasa ni ain dapat hadiah dari mama . Tetiba dia cakap ,"nah Ain hadiah blender". Bila ain bukak kotak nya , banyaknya isi . Banyak - banyak ni nak buat apa . Hahaha . Blender satu je dah cukup .

Terfikir juga sebab ain selalu guna blender yang dah sedia ada je . Tapi dah orang bagi hadiah . Kita terima sahaja la . Hehehe . Ada yang pernah guna ke blender banyak - banyak gini ? 

blender amazing bullet

blender amazing bullet

blender amazing bullet

nak masak ape yer guna blender ni ? boleh la tengok resepi yang dah tersedia dalam blog ni .. huhuhu .. klik je disini  > resepi

Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Pakai Kurta , Setiap Hari Pun Boleh Pakai

 Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Pakai Kurta  , Setiap Hari Pun Boleh Pakai 

Antara pakaian lelaki dan perempuan ,  mana yang susah nak pilih? Sebenarnya pakaian perempuan lagi susah nak pilih kerana perempuan jenis kalau ada 3 pilihan , ketiga – tiga nya akan dia pilih dan rasa cantik . Berbanding dengan lelaki yang jenis senang buat keputusan .  Fesyen pakaian lelaki ni jenis straightforward jika dibandingkan dengan fesyen wanita yang mempunyai pelbagai corak dan jenis design. Kalau baju lelaki ni banyak bermain dengan warna sahaja dan terpulang juga kepada lelaki tersebut nak menggayakannya . 

Kisahnya , orang lelaki ni kalau beli baju raya selalu akan pakai sekali dua je . Mahal -mahal beli pastu pakai sekejap je ! Rugi je . Kenapa ? Sebab yang pertama baju melayu lelaki selalu nya kain panas , dengan cuaca di Malaysia ni mak oi panas kemain . Rata - rata , pakai pagi raya lepastu solat raya dan bergambar . Akhirnya , sebelum zuhur dah tukar tshirt . Betul kan?

Kan membazir beli mahal -mahal tapi pakai beberapa jam je . Lepastu dah habis raya , terus simpan dalam almari . Jadi , ini la kisah  abang Ain . Ain perati je setiap kali hari raya mesti jadi macam gini . Dalam hati dah terdetik , “Tak boleh lagi jadi macam gini , dah tahun 2021 kan” . Kita mesti nak beli pakaian yang kita selesa dan akan sentiasa pakai selalu.

kurta lelaki kurta kacax kurta

*pelbagai pilihan dan warna yang sesuai untuk lelaki


"Beli baju melayu mahal - mahal tapi pakai sekejap je ! Tak Berbaloi" . Masalah kepada penyelesaian ini ialah dengan Kurta KACAX . Kenapa Kurta KACAX ?.

Semenjak tahu tentang jenama KACAX ni boleh dikatakan abang Ain selalu sangat kerap pakai. Satu sebabnya ialah kerana selesa , tak mudah berpeluh dan boleh digayakan pada mana-mana event . Sesuai je nak pakai bila -bila masa , bukan hanya hari raya . Malah koleksi kurta KACAX ni sesuai juga untuk aktiviti-aktiviti formal , ke pejabat (kalau yang membenarkan untuk semi formal ) serta warna design boleh senang nak mix and match. Boleh tengok koleksi gambar-gambar yang digayakan oleh abang Ain .


kurta lelaki kurta kacax kurta

*abang ain menggayakan kurta KACAX


kurta lelaki kurta kacax kurta

*gambar kenangan tahun 2019 beraya bersama KACAX



Bukan itu sahaja , masa hari raya tahun 2019 rupanya hampir semua sepupu lelaki pakai baju dari jenama KACAX. Lepastu tak ada pun yang mengadu tak selesa , boleh dikatakan diorang steady je pakai baju KACAX dari pagi sampai ke petang . Semuanya kerana material yang digunakan untuk pakaian nya dari material yang ringan dan kain sejuk .

Sebelum – sebelum ni , Ain pernah cerita kisah "tension sebab susah nak cari baju sedondon..adik beradik semua lelaki" , koleksi KACAX ni pun boleh sedondon dengan anak lelaki dan ayah . Jadinya , yang ada adik beradik lelaki , korang boleh terus suruh pergi ke sini dulu. Hahaha . Oh ya ,boleh dikatakan koleksi koleksi yang terkini tak mudah renyuk dan senang iron . Tapi , jenis perangai lelaki bukan lelaki je , perempuan pun sama seperti Ain , hehehe . sangat tak suka gosok baju ! Jadinya , setiap kali pilih kurta kat sini , abang Ain memang tak ada nak mintak tolong gosok baju sebab tak nampak renyuk pon baju nya ! *ini yang kita mahukan !



kurta lelaki kurta kacax kurta

*bermacam warna serta sesuai untuk matching dengan keluarga


kurta lelaki kurta kacax kurta

kurta lelaki kurta kacax kurta

Set Kemeja ni smart dengan 20 pilihan corak yang sedondon dengan anak lelaki.


kurta lelaki kurta kacax kurta
Kurta PIRO



kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta CIEZA



kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta ROKU




kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta HUESCA


kurta lelaki kurta kacax kurta


kurta lelaki kurta kacax kurta
*bukan di butik sahaja , tetapi di booth berlainan tingkat di Plaza Angsana



kurta lelaki kurta kacax kurta

Booth Level 3 - Berdekatan Kiosk Jamu


kurta lelaki kurta kacax kurta

kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta selain ianya bersaiz labuh, ada juga kurta moden yang agak pendek selalunya dipadankan dengan jeans atau seluar slack. Kalau perasan , trend sekarang ramai anak muda suka menggayakan kurta bersama dengan jeans atau slack . Konklusinya , jadikan Kurta KACAX sebagai pilihan baju yang hari – hari boleh pakai dan senang di mix and match kan sebagai ootd (outfit of the day ) .


kurta lelaki kurta kacax kurta


Untuk walk in ke Butik KACAX boleh lah singgah ke :
L3 .41 , Aras 3 , Angsana JB Mall ,
81200 , Johor Bahru ,
Johor




Ya Allah ! Cantik nya awan di petang Jumaat

 Ya Allah ! Cantik nya awan di petang Jumaat  Assalamualaikum . kalau yang tak tahu , ain ni memang sejenis suka tengok langit dan awan . Mendongak ke langit bukan bermakna kita ego dan sombong , tetapi ianya tanda kita sedar yang kita ni hanya lah manusia yang biasa . Betapa jauhnya langit dengan kita yang berasal dari ' tanah' . 

Tapi kalau perasan , sifat manusia itu mendabik kalah - kalah seperti Tuhan . Ain suka tengok langit , kalau nampak kapal terbang lagi ain suka . Sebab itu lah impian ain , untuk 'terbang' lebih jauh dari apa yang ain fikirkan . 
awan cantik bergumpal langit biru


Boleh tengok entri sebelum - sebelum ini yang bertajuk Seronoknya!!Bila tengok kapal terbang dan juga Bukannya nampak pun , tapi aku sibuk melambai -lambai . Betapa suka nya seketul Farahain memandang ke langit.

awan cantik bergumpal langit biru

awan cantik bergumpal langit biru


Teringat pulak haritu ke bandar raya Johor Bahru , nampak juga awan bergumpal . Ya Allah cantik sangat rasanya ! Cerita nya disini : Sepetang Di Bandar Johor Bahru

nak tahu lagi banyak cerita dan kisah tentang negeri Johor ? Boleh klik link disini 

Koleksi Lagu - Lagu Raya

Koleksi Lagu - Lagu Raya

Hari raya hari yang paling dinantikan oleh umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Setiap kali hari raya , pasti ada kisah sedih , gembira pahit dan duka yang tersimpan dalam setiap cerita memori hari raya kita semua. Kemeriahan hari raya paling seronok kalau dapat dengar lagu raya. Sekarang ni pula , baru beberapa hari puasa pun dah kedengaran orang memutar lagu - lagu raya . 
Jadi , ain nak senaraikan seberapa banyak lagu raya dari zaman mak ayah kita sehingga terkini . Check it out ~~







Hael Husaini - Bersyukur Seadanya

Bersama - sama - Erul dan Ema

 Lagu Raya - Alif Satar and The Locos


Menanti Di Aidilfitri - Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah, Wan Azlyn 

Syukur Lebaran - Aina Abdul


Raya Nusantara [Lebaran] - Rizky Febian, Fatin Shidqia, Siti Nordiana, Ismail Izzani, Sufi Rashid

Wany, Ernie, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem - Lebaran Terindah

iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya

korang suka lagu yang mana ? cuba komen ... Selamat Hari Raya ! Gitteww . 

8 Doa Harian Yang Baik Di Jadikan Amalan

 8 Doa Harian Yang Baik Di Jadikan Amalan

Assalamualaikum , berikut merupakan 8 doa harian yang baik yang boleh kita amalkan dan lakukan . Ain terjumpa di Facebook dan rasanya elok jika dikongsi kan di blog ini . Semoga memberi manfaat kepada pembaca . Insyallah 

Terdapat 8 doa iaitu :
  1. Doa untuk akhlak yang baik
  2. Doa untuk kebaikan dunia dan akhirat
  3. Doan ketika mengalami kesulitan
  4. Doa untuk kedua ibu - bapa
  5. Doa ketika sedih
  6. Doa agar amalan diterima
  7. Doa sebelum tidur
  8. Doa masuk rumah
doa kebaikan dunia dan akhirat doa harian

doa ibu bapa doa hadapi kesulitan

doa ketika sedih doa diterima amalan

doa sebelum tidur doa masuk rumah

**klik sini lagi untuk lebih banyak info islamik

Kisah Kelakar Ustazah Asma Harun Kenal Dengan Suami

 Kisah Kelakar Ustazah Asma Harun Kenal Dengan Suami

Assalamualaikum . hari ini hari Jumaat hari yang paling memberi makna untuk ummat Islam . Entah macam mana hati ini tadi tergerak untuk buka Youtube dan ternampak satu video ini . Kebiasaannya Ain mengaku lah memang jarang nak tengok video - video ceramah yang berbentuk keagamaan ni . Tapi , mungkin benarlah yang menjaga hati kita ini Allah SWT . Ain pun tontonlah video ini sampai habis. 

Masa ni , rasa macam tersenyum -senyum seorang diri sebab cara Ustazah Asma Harun ni sama tegas dengan Ain . Jenis perempuan yang tegas dengan pendirian . Sebab tu masa dengar ceramah ni terasa macam kena dengan diri sendiri. Hahaha . Maklumlah , diri sendiri pun belum berjumpa jodoh . Jadi , bila banyak kisah pertemuan jodoh ni ain memang rasa interesting untuk lebih tahu. KIHKIHKIH . 

Sebelum tu , ain selitkan sekali biodata Ustazah Asma Harun ni : (hasil carian di Facebook ) link nya disini

ustazah asma harun

Biodata Ustazah Asma Harun

36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.

Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.

Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.

Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.

SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.

Sedikit info ringkas mengenai video Youtube ini :

Kisah permulaan perkenalan diantara Ustazah Asma Harun bersama dengan Encik Suami , macam mana berhubung pada permulaan nya . Ustazah meletakkan 3 syarat yang wajib dipatuhi oleh encik Suami pada ketika itu . Perkenalan hanya la melalui soal jawab perkongsian melalui email . Pada satu ketika , suami Ustazah tidak lagi mengirimkan email . Ustazah pun merasa pelik dan satu hari suami nya mengirimkan SMS dan nak berhubung . Lepastu suaminya pun berkata yang dia telah melanggar syarat yang ketiga . 

Apa kah syarat tersebut ? Korang dijemput untuk menonton sendiri di youtube ini . Semoga yang sedang mencari jodoh (seperti ain) dipertemukan Jodoh yang terbaik dari Allah kepada kita semua . Insyallah . 




Surah Surah Pendek Al Quran

Surah Surah Pendek Al Quran

Assalamualaikum . semalam selepas menunaikan solat terawih ain macam terfikir apa kata letak surah surah pendek di blog aku ain kau siapa ni kan . Maklumlah , kita sendiri pemilik blog akan refer semula dan baca semula . Jadi untuk rujukan bersama , ain letak di sini okay ke . Kita sama-sama perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik. 

  • Surah An - Nas

surah an nas


  • Surah Al - Falaq
surah al falaq


  • Surah Al-Ikhlas
surah al ikhlas


  • Surah Al - Lahab atau Al - Masad
surah al lahab al masad


  • Surah An - Nashr
surah an nasr


  • Surah Al - Kafirun
surah al kafirun


  • Surah Al - Kautsar
surah al kautsar


  • Surah Al - Maun
surah al maun


  • Surah Quraisy
surah quraisy


  • Surah Al -Fil
surah al fil


  • Surah Al - Humazah
surah al humazah


  • Surah Al - Asr
surah al asr
  • Surah At - Takasu
surah at takasur


  • Surah Al - Qariah
surah al qariah


  • Surah Al - Adiyat
surah al adiyat


  • Surah Al - Zalzalah
surah al zalzalah


  • Surah Al Bayyinah
surah al bayyinah


  • Surah Al - Qadr
surah al qadr


  • Surah Al - Alaq


  • Surah At - Tin
surah at tin


  • Surah Al - Insyirah
surah al insyirah


  • Surah Ad - Duha
surah ad duha


  • Surah Al - Lail
surah al lail


  • Surah Asy- syams
surah as syam


  • Surah Al - Balad
surah al balad



Boleh jugak dengar di Youtube , semoga bermanfaat kepada semua.

klik sini untuk lebih banyak info