Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan aku ain & jdt blogger. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan aku ain & jdt blogger. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

My Inspiration To Blog


My Inspiration To Blog 

Kisah 52 Hari ni sudah sampai ke tajuk hari yang ke 32 . Tenggelam timbul nampak nya yer kau Ain! Hari ni membawa tajuk my inspiration to blog . Kalau nak cakap siapa yang aku inspire gila dah tentu la Maria Elena dan Vivy Yusof . I love their story telling ! 

Tapi , yang sebenar-benar buat aku terinspirasi untuk ada blog ni ialah daripada kawan-kawan sendiri je! Aku dah ada kenal dunia blog ni semenjak dari sekolah. At first aku selalu spent time dekat rumah kawan aku ni . Nama dia Maizatul Akmal . Dia yang ajar aku tentang blog. Rumah dia dengan rumah aku dekat la juga cuma kena lintas jalan besar . Sanggup betul aku dulu melintas jalan sebab rumah dia dapat internet dulu . Tak macam zaman sekarang semuanya mudah . Dia yang ajak aku buat blog . Bukan tu je , dia juga yang ajar aku cara photoshop , main game dekat komputer , myspace dan sampai ke Facebook. Dia la sent ke email aku untuk sign up Facebook. Hahaha . Nampak kan dia la yang influence aku dari segi teknologi . 

Lepastu aku just rasa blog ni biasa je , sampai lah aku belajar dekat Kedah dan duduk rumah sewa . Wow , yang ni lagi dasyat.. Housemate aku semua ada blog weh. Kau rasa gila tak gila ?. Hahaha . Diorang yang buat aku aktif kembali ber blog dengan cara join contest , segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger- blogger malaysia. Sampaikan diorang ni siap ingatkan lagi " Ain...kau dah join ke contest tuu?" Hahahaha . Kelakar sangat bila diingat kembali. 

Nampak kan sebenarnya the great inspiration ialah from my friends actually! 

Sampailah pada tahun 2018 . 

One of my housemate iaitu Syiera .. Dia yang encourage aku lagi untuk aktif berblog.. Zaman ni dah mula start buat review. Dari situ la aku baru faham ape benda la review -review ni . Dia cakap lagi , " Aku rasa hang kena ada group komuniti blogger lah.. hang try cari la kot ada group- group Blogger johor". Tadaaa..

Maka , aku pun terjumpa dengan group JDT Blogger . Here the journey begins.. It change my life 360 darjah! Aku akui daripada group ni la aku lagi kenal banyak PR & marketing people , geng-geng digital media dan mainstream media . Bukan itu sahaja , JDT Blogger juga yang banyak membuka peluang- peluang rezeki kepada diri ini.

All above all .. They are actually my Inspiration ! Tanpa mereka siapalah pemilik blog AkuAinKauSiapa ni . Terima kasih seikhlas nya dari hati yang kecil ini buat korang semua . ❤️

AKU AIN & JDT BLOGGER -4

jdt blogger
Nona yang comel. Budak suka selfie.

AKU AIN & JDT BLOGGER -4

Selepas aku mengenali Kak Mia Liana di Pulai Springs Resort , kami mendapat jemputan pula di Swiss Inn Hotel. Siapakah blogger seterusnya yang aku kenal?

Dia lah Si Nona manis. Pemilik blog nonasani.blogspot.com . Seorang yang easy going cuma blur dia boleh tahan jugak. Ceh, aku pun blur jugak ngata orang pulak kan. Nona ni jenis macam tak kisah pun jalan sorang-sorang , makan sorang-sorang. Hahaha. Aku tengok dia ni banyak dengan dunia dia yang tersendiri je.

Macam mana aku boleh kenal dia? Masa dekat Swiss Inn Hotel tu, aku first time la nampak dan jumpa dia. Sebabnya masa dekat dua pertemuan sebelum nya, dia tak ada. So, masa dekat Swiss Inn tu aku ingat dia sebab dia tegur aku masa dekat surau. Macam biasa la, perempuan kalau time solat mesti tunggu giliran nak pakai telekung.Masa tu la kitorang berborak.
jdt blogger
Nona tu yang dekat belakang berdiri di tengah-tengah.
Nona tanya macam mana nak pergi next event kitorang dekat Pontian. Aku dalam hati "peramah jugak budak ni". Aku ni mati-mati ingat dia lagi tua dari aku. Sorry Nona! Tapi bila aku dah baca blog dia baru ler aku tahu yang dia muda dua tahun dari aku. Lepas borak-borak tu nyempat dia tanya "kau nak sambung makan lagi ke pasni?" Hahaha. Aku pun jawab sambil gelak "Haah sambung ler sampai kenyang!". Hahaha.

Itu la first time aku kenal Nona! Korang dah tengok blog dia? Cepat tengok sekarang..Kalau yang terlepas episod cerita Aku Ain & JDT Blogger ni.. Boleh tekan sini ..Dah episod empat dah ni.. Persoalannya, bila tahun aku kenal dengan Sis Lin dan Kak Sunah ? Hahahaha.. Nantikan

sorry Nona , gambar kau tak banyak pulak dalam laptop aku. Hahaha.

AKU AIN & JDT BLOGGER - 3

jdt blogger
ain & kak Mia . tq Sis Lin tukang amekkan gambo

AKU AIN & JDT BLOGGER- 3

Selepas daripada review dekat The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru, seterusnya rezeki JDT Blogger mendapat review di Pulai Spring Resorts. Kali ni aku duduk semeja dengan seorang blogger yang aku teringin sangat nak jumpa. Bukan teringin saja nak jumpa, tapi bila aku dapat tau yang dia ada dalam team JDT Blogger, lagi kemain aku excited betul la. (Cuma cover line je tak nak tunjuk) ๐Ÿ™ˆJeng jeng siapakah dia ?

Dia ialah kak Mia Liana. Kenapa aku teringin sangat nak jumpa dia ? Sebab aku selalu join segmen dia, and dia mempunyai lebih daripada 10,000  followers di blog. Gila tak teringin nak jumpa. Kiranya kak Mia ni blog-blog otai la.
jdt blogger
Masa ni event CSR dekat Puteri Pacific
Bukan itu sahaja, aku kagum dengan Kak Mia sebab dia ada je masa update blog. So, bila berkesempatan dapat duduk semeja dengan dia , aku banyak la soalan yang aku tanya. Sempat juga melayan kerenah anak kak Mia  si Sofea tu.

Kak Mia ni lama-lama bila dah kenal kelakar juga orangnya. Pernah masa potluck JDT Blogger , dapat gelaran “makcik cendol dengan makcik kantin”๐Ÿ˜‚ Kak Mia juga share dekat Ain ,”Ain kena juga rajin update blog”, “selalu update baru la google senang nak jumpa kita” .
jdt blogger
Kak Mia & Sofea...Makcik cendol dan makcik kantin.Hahaha

Bila dah dapat kata-kata semangat daripada kak Mia, sebab tu kita comeback dengan gigihnya. Terima kasih kak Mia sudi berkongsi tips dan pengalaman sebagai blogger otai. Oh , kak Mia ni pulak rumah dekat je dengan aku tapi tak pernah jumpa. Nampak kan, JDT Blogger yang pertemukan kita berdua.

By the way, Kak Mia sekarang tengah buat Giveaway gais! Jom ler join. Klik sini.. Okay, siapakah geng JDT Blogger seterusnya yang aku kenal? Nantikan...Oh , kalau yang terlepas bahagian 1 dan 2...sila klik disini... 

AKU AIN & JDT BLOGGER -2

AKU AIN & JDT BLOGGER -2

jdt blogger
Kak Mar bergambar betul-betul belakang Ain

Aku dah lama taip tentang perkenalan Aku Ain & JDT Blogger ni. Cumanya tak berkesempatan nak publish kepada pembaca. By the way, entri ini bersambung dari part 1. Kalau belum pernah baca, bolehlah terjah sini dulu.AKU AIN & JDT BLOGGER-1

Masa mula-mula join group whatsapp JDT Blogger, aku macam ada satu perasaan yang “diorang ni mesti kalau jumpa depan-depan senyap, dalam group whatsapp je kecoh”. Hahaha. (ni ada jap lagi kena caruts dengan diorang)๐Ÿ˜‚. Rupa-rupanya tanggapan aku silap.

Sebab based on aku tengok blogger-blogger ni mostly pendiam tak banyak cakap. So, siapakah blogger seterusnya aku mula kenali? Masa tu pulak rezeki kami dapat banyak review buffet ramadhan.

First time jumpa face to face

Inilah first time aku jumpa diorang face to face. Kitorang dapat review buffet ramadhan dekat The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru. Sumpah aku tak kenal diorang waktu ni๐Ÿ˜‚. Aku ni ada masalah nak ingat nama orang sebenarnya. Bila jumpa pertama kali dekat lobi hotel tu, aku salam dan dalam kepala otak ni sebenarnya tengah mengecam muka dan ingat nama diorang dan nama blog diorang๐Ÿ˜‚.
jdt blogger
tuu haa, ain duduk berdepan dengan kak Mar 

Sorry ler kalau Ain time tuh memang nampak sombong. Sebab tengah nak buat sesi pengecaman ๐Ÿคฃ. So , Ain duduk berdepan dengan Kak Mar. Pemilik blog jnjikita.

Basically kitorang borak pasal makanan yang ada depan mata jela. Hahaha. Sebab baru first time kan. “warm up dulu , enjin belum panas” Kihkihkihkih.

Next, masa program Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang kitorang sampai serentak. Bukak pintu kereta je baru nak keluar barang , “eh nampak kak Mar dengan family dia”. Bukan itu sahaja, masa hari kedua main paint shooting dengan memanah pun kitorang buat aktiviti tu together gether la katakan. Hahaha.
jdt blogger
Masa ni kitorang main paint shooting

Haa, korang pergi la terjah blog jnjikita ni.  Kebetulan dia baru menyambut hari jadinya yang ke 34. Korang wish lah birthday dekat Kak Mar ni.Sebenarnya, geng JDT Blogger ni boleh dikatakan semua power-power weh. Tengok pageviews diorang dasyat-dasyat. Aku ni masih sendu tau tak dan masih taraf #bbnu (budak baru nak up).Hahahaha

So, kak Hernee dah , kak Mar dah... siapakah JDT Blogger seterusnya... nantikan๐Ÿ˜

“JOM RASA” , SET LENGKAP LUNCH DARI ISNIN HINGGA JUMAAT DI SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU

“JOM RASA” , SET LENGKAP LUNCH DARI ISNIN HINGGA JUMAAT DI SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU


Alhamdulilah, pada 10 November yang lepas Ain dan beberapa geng JDT Blogger telah berkesempatan mencuba kesemua set “Jom Rasa” . Set “Jom Rasa” ini telah dihidangkan oleh pihak Rilek the Cafe yang terletak di Hotel Swiss Inn Johor Bahru.
swiss inn johor bahru
JDT Blogger bergambar bersama dengan chef


Lunch dengan hanya RM18


Untuk set “Jom Rasa” ini akan dihidangkan pada waktu makan tengah hari bermula jam 12:00pm sehingga 3:00pm. Set ini berharga RM18 tetapi tak termasuk air tau. Kalau nak air , ain cadangkan mintak air Apple Asamboi. Sedap sangat dan sangat blend dengan tekak kita dah makan macam-macam kan. Terdapat 3 jenis air yang ditawarkan iaitu Sirap Selasih , Apple Asamboi dan Limau. Tapi kalau korang nak request air lain pun boleh je. Ingat, set RM18 ini  hanyalah set makanan sahaja.
swiss inn johor bahru
Set B - Hari Selasa & Jumaat

swiss inn johor bahru
Set B- Hari Isnin & Khamis

swiss inn johor bahru
Set A - Hari Selasa & Khamis

Keunikan set hari Isnin hingga Jumaat


Uniknya set “Jom Rasa” ini hanya ada pada hari Isnin sehingga Jumaat je. Bukan itu sahaja, setiap hari , set yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Setiap hari akan ada dua set hidangan yang ditawarkan iaitu Set A dan Set B. So, Ain cadangkan korang datang la secara berjemaah. Hahaha. Boleh sharing-sharing together gether dengan kawan-kawan atau mungkin dengan office mate uolls semua.
swiss inn johor bahru
Set A- Hari Isnin & Jumaat

swiss inn johor bahru
Set B- Hari Rabu

swiss inn johor bahru
Set A -Hari Rabu

swiss inn johor bahru
Pelbagai jenis minuman yang dihidangkan

Apa yang sedap sangat pada aku ialah dia punya Laksa Johor. Pergh, nama pun orang Johor pastilah memang gila betul dengan masakan Johor. Laksa Johor ni akan ada pada hari Isnin dan Khamis iaitu pada Set B. Bukan itu sahaja, korang wajib juga cuba Mee Kari yang akan dihidangkan pada hari Isnin dan Jumaat iaitu pada Set A. Ada lagi rare dalam menu “Jom Rasa” ni iaitu Deep Fried Sugarcane. Orang melayu kata tebu goreng. Wow, sedap betul. Untuk set ini hanya ada pada hari Selasa dan Khamis di Set A. Untuk yang minat pasta macam aku ni korang boleh datang pada hari Selasa dan Jumaat di Set B iaitu Seafood Pasta Aglio Olio.

Kesimpulannya, setiap set yang dihidangkan ada kombinasi mix and match makanan Melayu , masakan Johor , dan makanan western. Tepuk dada, tanya selera yer kawan-kawan semua. Jangan lupa tanya dekat kawan-kawan #awakmakanape ? ๐Ÿ˜„
swiss inn johor bahru
ain lah yang masak semua ni.hahahaha.

๐Ÿ“ Hotel Swiss Inn Johor Bahru
for enquiries or reservations, please call 
07-2183351(Farah) or email farah.jalal@sijb.swissgarden.com
facebook : Swiss-inn Johor Bahru
instagram : @swissinnjbofficial

swiss inn johor bahru
Ini lah menunya

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape dan follow Instagram @awakmakanape.

PERSAHABATAN UNTUK 3 HARI


Bila belek-belek semula gambar Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang , ain terus teringat kepada kisah persahabatan ini. Bukan je geng JDT Blogger yang makin rapat, tapi anak-anak diorang pun sama. Masa hari first tu kita belum perasan lagi yang kanak-kanak ni nak berkawan. Mungkin sebab hari pertama kita banyak spent masa dengan keluarga masing-masing di Bukit Gambang Waterpark. Bukan itu sahaja, pada waktu malam kita semua just makan di Oriental Oasis .
So, pada hari first masih malu-malu lagi, orang kata enjin belum panas lagi. Haaa, masuk hari kedua memang kita seharian penuh aktiviti. Comel sangat friendship diorang weh. Sambil jalan pimpin tangan duduk sama-sama. Makan pun dah tak ingat keluarga dah, konon macam diorang nak “kids time” la. Paling kelakar , anak Encik Nasir person in charge yang entertain kami tu, siap nak ikut balik bilik anak kak Dila. Dia terlupa bilik dia pusing jalan lain. Hahahaha. Mak dia siap panggil-panggil anak dia.

That the beauty of this eksplorasi. Kanak-kanak kan, waktu ni la dia nak explore, siapa ada depan mata itu kawan dia. I start to think back, bila kita dah dewasa, kenapa kita banyak hilang kawan? lupa kawan? Hmmm, ianya bukan tentang itu. Ianya tentang masa yang bergerak. Tuhan hantarkan hambaNya pada waktu itu untuk kita belajar sesuatu tanpa kita sedar. Tiber ayat aku jiwang #kodahkenapaain
Mia & Aisyah
Scene paling aku ingat tentang persahabatan untuk tiga hari ni ialah bila Aisyah (anak kak Mar) “eeee comelnyaaaaaaa”, wehh dia tengok arnab sampai macam nak menangis!. Ain dah cuak dah eh kenapa budak ni, sebab time tu Night Jungle pada waktu magrib,risau la kot-kot tersampuk ke. Hahahahahahahaha. Rupanya dia memang suka ๐Ÿ‡. Lepastu si Mia (anak buah Sis Lin) yang ni sepuluh juta kali aku pandang dia, sepuluh juta kali aku nyebut “eeeee geramnyaaa comelllllll betul”. Sumpah tak tipu dia memang comel! Aisyah ,Mia, (anak Kak Dilah) ni geng perempuan. Diorang akan jalan sama-sama.
ni lah MIA SI COMEL TUUU.
Mula-mula Aisyah macam malu-malu, dia cakap “Eh kita kena cepat jalan ni, ibu dengan ayah saya dah dekat depan”๐Ÿคฃ Lepastu masa dekat Night Jungle, diorang kan ketot kecik (ngata diorang ketot, kau pun pendek Ain!) ๐Ÿคช. Aisyah “saya tak nampak la!”. Abang ain tolong lah dukung kan. Mia pun mintak jugak. Hahahaha. Aku try juga nak dukung si Mia. Kus semangat. Bapa Mia terus pergi dukung kan. Hahahaha. Aisyah ni sebenarnya manja tau (untuk perhatian kak Mar)๐Ÿคฃ. Dia banyak kali pimpin tangan Ain, kalau nak turun tangga ke, bila duduk sebelah Ain,tetiba tangan dia ada dekat peha Ain. Tiber pula rasa macam mak-mak๐Ÿคฃ#semogaainmenjadiibupenyayang
anak kak Dila , anak kak Mar , anak buah Sis Lin
Boys friendship pula diantara anak kak Dilah dan anak Encik Nasir. Diorang ni tengok abang api sama-sama. Abang ain pernah cakap yang budak lelaki ni kalau dia jumpa geng, kawan tu lompat, dia pun akan ikut lompat. Kawan tu jerit,dia pun ikut sama jerit. Itulah anak lelaki. Lasak.Dahtu takkan nak lembik je kan, kang jadi lembut konfius pula dia lelaki ke perempuan. Eh๐Ÿคช Paling semangat betul diorang masa tengok Tarsan Show. Hahahaha. Diorang paling depan sekali, siap bagitau dekat Gorila tu lagi ada orang nak tembak dia. Hahahaha.
nampak the boys diri paling depan sekali.hahaha
So, the conclusion is, persahabatan ni bukan tentang lama atau sekejap kita berkawan tapi tentang macam mana kita saling hormat-menghormati dan juga tentang percaya antara satu sama lain. Tak cukup kan 3 hari ? Makanya, saya mencadangkan JDT Blogger untuk buat family day dan selitkan aktiviti untuk kanak-kanak. Mana tahu, friendship diorang akan jadi selamanya. #friendshiptilljannah .

AKU AIN & JDT BLOGGER-1


Aku pernah up satu entri teringin nak lepak dengan geng blogger pada tahun 2014. End up , Allah tunaikan permintaan aku yang ini. Aku officially join JDT Blogger.
Macam mana aku boleh join JDT Blogger? Aku dapat event daripada Dominos Pizza waktu tu ada review Samyeang Pizza . Boleh baca entri tu. Disitu la bermula nya aku mula nampak kewujudan JDT Blogger ni.
rupanya kak Seri pun ada jugak.hehehe
Masa event tu aku mula perasan kak Hernee. Tapi tak tegur lagi sebab tak tau nak sembang apa๐Ÿ™ˆ.  Balik dari event tu aku cari dekat Facebook , siapa la blogger yang aku jumpa tadi tu. Aku terus tanya direct “Macam mana nak join JDT Blogger?”
Haa, amek kauu.. Sekarang, Alhamdulilah seronok bila dah masuk dalam group blogger ni. So, aku perkenalkan kak Hernee Nazir. Dia yang lah membawa aku turut serta dalam group ni. Terima kasih kak H.  Korang dah terjah blog dia ? herneenazir.com
terjah rumah kak H masa magrib kau,nasib dapat merasa soto.hahahha.
Kak Hernee ni kelakar orangnya dan sporting. Rasanya caring pun yer๐Ÿ™Š Sebab boleh rasa feel penyayang tu๐Ÿ™Š. Bukan itu sahaja, Ain pun belajar cara nak update review makanan , cara tangkap gambar dengan dia. Bestkan bila kita dalam satu team, ada yang akan tolong kita. Boleh nampak gak improvement ain dalam food review. Tiber puji diri sendiri.Hahaha.

Haa,, cerita aku dan JDT Blogger akan bersambung lagi .. Nantikan part seterusnya...

SDS BAKERY & CAFE TEMPAT MAKAN SANTAI HANYA DI NEGERI JOHOR

Hai, blog post Ain kali ini nak cerita dekat korang tentang bestnya tempat makan yang bernama SDS Bakery & Cafe. Oh, by the way ini bukan paid review. This is my honest review. Gitewww.. Alhamdulilah, dah masuk kali ketiga bekerjasama dengan SDS ini. Sangat berpuas hati. A credit must be give to Alice!Thanks yaw!

Ain dengan Alice .

Untuk pengetahuan korang, SDS ini hanya terdapat di negeri Johor sahaja. Antara cawangan yang ada di sekitar negeri Johor ialah di Johor Jaya , AEON Tebrau City (Fanpekka Cafe) , JB City Square, AEON Kulaijaya, Taman Perling, Taman Universiti , Kota Tinggi , AEON Bandar Dato' Onn , Paradigm Mall JB , AEON Bukit Indah, KSL City.

Ain reactions towards food : OMG!







Jadi, kepada Johorean semua mesti pergi rasa dan yang berada di luar negeri Johor, kalau datang ke sini wajib singgah mana-mana cawangan yang berdekatan. Cafe nya sangat santai dan menu-menu yang disediakan boleh diterima ramai. Aku pernah buat review sebelum ini . Boleh baca ini : JOM MAKAN BESAR DI SDS CAFE .



meja geng-geng bujang 

Meja geng-geng dah kahwin

 JDT Blogger

Untuk pengetahuan korang, SDS ini juga ada kek dan roti tau. So , kepada korang yang suka makan dessert ataupun nak beli kek untuk hadiah hari jadi ,singgah je terus ke mana-mana cawangan yang berdekatan dengan korang.

Dekat bawah ini ialah menu terbaru lunch dari SDS ,





Untuk Maklumat Lanjut Go Check it out :
Official website www.sdsgroups.com
Official Facebook SDS Groups
Instagram : @sdsgroup

The Empire Studio - Photoshoot Raya Murah Johor Bahru


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...




Ain rasa seronok untuk hari raya pada tahun ini. Sebabnya this is the first time siap ada photoshoot dekat studio lagi. The last time rasanya formal photoshoot ni masa konvo la. Hahaha. Jadi, tahun 2018 menjadi satu hari raya yang akan best untuk ain. 
Gambar ni tak edit langsung ni baru take yang ketiga dah cantik kan.

Alhamdulilah, ain bersama dengan geng-geng JDT Blogger diberikan peluang untuk fefeling photoshoot raya di The Empire Studio yang terletak di Bandar Baru UDA Johor Bahru. Sumpah, meriah teruk sampai tak sedar dah shoot sampai beratus kali. Hahaha.
"ye aku memang adik yang jenis keras kepala..
lepas ni aku dah tak nak jadi adik derhaka dah"
-kata Ain kepada abangnya.

Photographer dia sangat best dan sporting. Ain cakaplah nak shoot dengan abang Ain sekali dan nak gambar yang seorang-seorang. Dia cakap boleh. Siap ajar lagi macam mana nak posing. Bukan itu sahaja, photographer dia lelaki siap cakap lagi kat Ain , "kalau saya ni yang lembut-lembut dah siap betulkan dah kain dan baju awak tu.."Hahaha.
Nak pi beraya mana kita ni sekarang?

Dekat studio ni juga sangat selesa. Biasala kalau yang tak biasa photoshoot dekat studio mesti rasa kekok dan malu nak posing kan. Tak apa, korang ketepikan semua itu. Sebab korang akan mendapat layanan yang sangat best dari photographer. Memang tiptop dan sangat professional.
ni bukan cumi cumi , tapi ni duit duit duitt bagi lah aku duit woi.


sebenarnya aku tak reti pun bawak basikal


Jadi gais, Ain nak shout out kepada semua geng #TeamRayaJohor terutamanya yang berada di sekitar Johor Bahru, meriahkan dan raikanlah hari raya bersama dengan keluarga serta orang yang tersayang di The Empire Studio. Cepat-cepat booking slot korang sebab studio ini memang selalu fully book. Studio ni betul-betul atas kedai makan Eat & Repeat berdekatan dengan Mydin Bandar Baru UDA.



Ni pula dengan geng-geng JDT Blogger.






THE EMPIRE STUDIO

Alamat : No. 58-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor.

Instagram: @theempirestudio


Whatsapp: +60137008889