Peluang MENANG RM 2000 Dari FreshKon

Ahaa , kalau anda yang jenis suka pakai contact lens tu tau la FreshKon ni apekebenda kan . Hahaha. So , this time around , FreshKon ada buat contest .

Hadiah pertama RM2000 kot . Nak boleh ? Please please. Ain ni dahla loyal consumer FreshKon tau.
Sebab ain jenis kalau pakai lens tak pernah cuba yang korean lens , yang murah murah tu . Takut nanti beri kesan negatif . Dah la mata ini penting kan . Cukup je la dah rabun teruk .. Memang dah bosan pakai spek . Pasal tu pakai lens . Dari SPM sampai dah 23 tahun ni , memang follow cerita pasal lens .

Kadang kadang siap jadi consultant pulak pada kawan kawan yang nak cuba pakai lens. Hahaha .

So , to all the lens lover , Jom lah join contest ni ! Simple jer syarat syarat nya .. Tamat 23 Mac . Klik bawah ni ,

Tips Khatam Al-Quran dalam 1 Bulan

Assalamualaikum . Ahaaa , nak share tips yang ain print screen . Ala , dapat hasil daripada scroll facebook lah . As for now , ain lebih kepada add friend and follow mereka mereka yang selalu post perkara perkara positif , yang kerja dok maki hamun kutuk mengutuk  komplain sana sini tu harap maaf ain akan ignore dari pembacaan . Sebab apa ? Minda kita ini ibarat mesin , kalau kita sentiasa service dia dengan benda yang tak baik , automatik cepat rosak. Lepastu relate dengan hati pulak , jadinya ain tak nak mesin ain nie cepat rosak. Hehehe . Tak salah kalau setiap hari kita topupkan ilmu ilmu baru dalam diri kita secara tak langsung akan bersihkan hati kita .

So , ini lah tips nya... Jom kita try nak !. Ya ALLAH , mohon kau buka kan hati aku , yelah .. Banyak sangat duniawi sampai kadang kadang jadi alpa .

Mimpi atau Hidayah ALLAH


Okay , semalam aku sedih sangat . Sebab laptop aku tak boleh on langsung . Aku dah susun cantik plan yang nak di buat semua . Ada satu kerja ni memang lah kena hantar bulan 3 . Aku dah settlekan tinggal final touch double check lagi . Pastu , tetibe laptop buat hal . Spontan aku menangis . Aku sedih sebab pending apa yang aku dah rancang . Sampai abang aku nampak terus dia pujuk aku , dah ain . Nanti aku tanya dekat kawan kawan aku . Lama jugak aku nak motivate diri balik . Gila weyh , i really feel so down .  Bukan give up , cuma frust ! Bukan tak terima ujian dan dugaan Allah , cuma pada ketika aku dah plan banyak benda , jadi kena adjust balik apa yang nak di buat .

Sampai ke malam eh sampai ke pagi almost 4 a.m juga aku baru terlelap . Tertido dalam keadaan sedih . Mungkin terbawa bawa sampai aku mimpi . Mimpi ni kelakar pun ada tapi makna tersirat tu yang  aku nak highlight dekat sini . Aku mimpi depan mata aku satu kapal terbang ni dia mendarat dalam keadaan cemas . Enjin kapal terbang tu bermasalah . Dan pilot tu dengan tenang landing dalam keadaan baik tanpa ada berlaku kemalangan pun pada penumpang . Selepas itu , pilot tu pun turun dan berjumpa dengan aku dalam muka dia senyum . Aku terus tanya "tenang je ehk handle kapal dalam situasi macam gini , siap boleh suruh passenger rileks dulu sementara nak tunggu bantuan" . Dia cakap , "dalam keadaan macam gini kita kena tenang , kalau kita sebagai pemandu yang lead tak boleh nak tenang macam mana penumpang yakin yang dorang akan selamat macam sekarang ni!" .

Terus aku tersedar , dan muhasabah diri aku balik . Kenapa aku perlu nangis sedangkan aku sendiri yang  susun perancangan aku dan aku sendiri yang akan selesaikannya satu persatu . Terus aku kata pada diri aku " ain , kalau benda kecik macam gini pun kau dah nanges dah frust , macam mana nak handle bisnes untuk masa akan datang yang lagi banyak cabaran" .

Ya Allah , ku mohon agar kau sentiasa berikan kekuatan kepada diriku untuk menempuh hari hari yang akan datang ..