14/366 : DIARY OF THE DAY -14 JAN 2016


Assalamulaikum dan hello kepada semua . Hari ini genap dua minggu ain berjaya update diary of the day . Alhamdulilah , ALLAH berikan ain kesempatan serta ruang untuk menulis di dalam blog ini . Okay , hari ini ain nak share tentang :


  • Dapat Kad Kawen
Photo from farahainzfa

Roomate masa belajar dekat matrik johor dulu hantar kad kawen . Amboi , dah nak kawen dah dia . Bulan februari pula tu . Sehari sebelum aku punya birthday pula tu .Hahaha . Tapi ,yang paling main kasar nampak lawak dia , siap letak "ain dan pasangan :)" . Hahaha . Aku single lagi kot ! Masa aku baca tu , aku tergelak kot . Haah , dah nak masuk 25 tahun kan . Standard la orang dok sibuk risik risk siapa pasangan kita . Hahaha.


  • Sakit jari takde mouse nak blogwalking
Mouse aku bagi pinjam pada abang aku , sebab laptop dia , touch pad dia dah rosak . Makanya , aku korban kan lah , bagi pada dia . Yang sedihnya , semenjak dua ni kan aku aktif blogwalking , terasa sakit kot jari jemari yang tak berapa nak runcing ini .Hahaha . Ada sesiapa nak sedekah kan aku mouse ? Malas nak pergi beli . Hahaha . Bila tak pakai mouse ini , macam terbantut sikit lah nak blogwalking dengan laju nya . Speed dia macam lembab sikit lah tapi tak selembab siput babi .Hahaha.



Makanya , itu sahaja lah apa yang aku nak kongsi kan pada uolls semua . Jumpa lagi esok ye ! Assalamualaikum , Tak jawab dosa , kalau jawab sayang ( die hard fan maria elena sangat !)

13/366 : DIARY OF THE DAY -13 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini sudah tiga belas hari kita berada dalam tahun 2016 . Bukan itu sahaja , esok cukup 14 hari atau dua minggu aku kosisten update diary of the day aku ini . Cehwah , ini merupakan satu pencapaian awal tahun baru yang bagus untuk diri aku . Hahaha . Hari ini aku nak sembang pasal ini :


  • Persiapan tahun baru cina 
Tadi ain pergi gym dan seronok melihat persiapan mereka (oh , gym yang ain pergi ini majoritinya chinese dan foreigner . Nampaklah diorang tengah mengecat padahal cat dekat dinding itu masih cantik lagi . Mungkin pada diorang , akan ada 'ong ' kalau semuanya baru kan . Bukan itu sahaja , pihak gym tu siap dah letak notis sebagai peringataan 1-15 februari mereka tutup . Fuh , almost 2 weeks jugak gym tutup . Nampaknya kena workout di rumah lah .Hehehe .  Staff dekat gym aku pergi ni best dan kebanyakkannya mereka friendly . Aku pernah dengar diorang akan direward oleh bos diorang pergi vacation bukan dalam Malaysia hokey ! Luar negara . Kau rasa ? Hahaha . Aku tak nafikan gym ini memang customers pagi - malam ada orang . Jadinya tak hairan lah kalau bos mampu untuk reward staff dia vacation ke luar negara .

  • Stalker anak jiran lagi
Kira kira jam 3;30 petang , anak jiran yang suka stalker tu mesti akan balik dari sekolah agama . Kali ini dah tak tertinggal van lagi . Hahaha .(Incase ada yang tak baca lagi kes ini , boleh refer entri yang ini ) . Bagus driver van itu , siap hon supaya kak tina (maid bebudak tu) alert untuk bukak gate . Bukan itu sahaja , driver tu siap babai diorang lagi  manakala yang dua ketul anak jiran itu siap main PR (public relation) lagi ,cakap "Terima Kasih Bang!" . hahaha .Kau tengok bebudak sekarang , tapi baguslah kan sekurangnya berbudi bahasa . Oh ,kenapa aku boleh alert diorang balik dari sekolah agama ialah kerana bunyi hon van itu sangat lah mencapap (incase korang tak tahu maksud dia ) mencapap = mencari publisiti , ejaannya sebenar mencapub.  Tapi aku suka eja mencapap .Lagi senang nak sebut. hahaha. 

Teringat kes mencapap ni , masa aku belajar dekat Uitm Merbok ,Kedah . Aku dengan selamba menggunakan perkataan itu dikhalayak ramai yang tak faham maksud perkataan itu . Weyh , kawan aku sound tepek aku , "Ain kau mecncarut ke ?" . Hahaha . Selepas kejadian itu , kawan kawan utara aku selamba caka perkataan itu .Hahaha.


Hmm , itu sahajalah diary of the day aku hari ini . Okay , Bye !