28/366 : DIARY OF THE DAY -28 JAN 2016






Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 28 hari kita berada dalam tahun 2016 . Lagi dua hari , maka genap lah sebulan ain kosisten menulis diary of the day ini . Rasa bangga gila terhadap diri sendiri . Hahaha . Okay , hari ini nak membebel apa ye ?


  • Kemas dapur rumah
Alhamdulilah , petang tadi ALLAH bagi ain tenaga nak mengemas dapur rumah . Faham faham je la , ain seketul je perempuan dalam rumah . Ibu dah meninggal , adik beradik semua lelaki . Memang ain je la yang kena kemas rumah . Dapat juga kemas sikit dapur , insyallah esok kalau larat nak sambung lagi kemas . Jujurnya , bila kita tengok rumah kita bersih , kita mesti akan lagi rasa selesa dan bahagia je duduk dekat rumah . Lagipun , bila dapur bersih , kecenderungan untuk memasak selalu mesti selalu ada . Hahaha . Tambahan pula , sekarang ini ain tengah dalam proses kurus megurus , makanya kena lah rajin kan diri memasak . Kalau beli itu kita tak dapat tahu kandungan minyak , gula ,garam yang ada . Bila kita masak , kita sendiri tahu berapa yang kita letak .


  • Followers makin berkurang
Yang ini dari semalam terasa sedih . Konon semalam hati kental tak nak rasa sedih , sekali hari ini tengok , mak ai , makin susut teruk nampak ! . Sedih kau tahu ? Hahaha . Nak buat macam mana kan ?  Kita kena terima lah hakikat sebenar . Tak apa , lepas ini akan lebih kosisten lagi nak tambah jumlah followers . Untuk sekarang ini , sama sama lah kita bersedih bersama sama . Hahaha . Tabahkan hati ya! . 


Arggh , aku dah mengantuk tambah penat sangat dah ini . Makanya , ini sahaja la yang mampu aku taip untuk hari ini . 

Assalamualaikum  :)

27/366 : DIARY OF THE DAY -27 JAN 2016





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini kebanyakkannya blogger semua berasa sedih di atas kehilangan jumlah followers termasuk lah diri ain . Ala , chill lah .Insyallah , kita sama sama kosisten kan semula untuk tambah jumlah followers . Ceh , padahal aku pun sedih jugak , yelah penat mencapap (mencari publisiti) terjah dan singgah ke blog untuk mendapatkan followers . Hahaha . Walaupun begitu , kita harus terima hakikat dan kita kena berusaha untuk recover semula berapa followers yang hilang itu . Lagipun , sekarang ini semua dah terdedah dengan blog dan serta merta menjadi blogger kan . Makanya , jangan risau ! Keep calm and fight for what you aim it ! 


Jadi untuk hari ini aku nak kongsi tentang :

  • Stok buah-buahan dekat rumah asyik habis
Semenjak aku dah bertekad nak being a healthy lifestyle , stok buah buahan dekat rumah aku asyik habis je . Hahaha . Masalahnya , aku je seketul dalam rumah ini yang nak kurus mengurus , macam mana boleh stok buah buahan asyik kena beli je ? Hahaha . Jawapannya , family aku dah mula berjinak jinak dan sedar untuk being healthy . Lagipun , kan bagus makan buah buahan kan . Bukan itu sahaja , aku rasa bersyukur sangat , walaupun bukan mudah journey nak kurus mengurus ini , tapi bila orang disekeliling kita pun turut sama berubah kearah kebaikan , itu menjadikan aku lebih bersemangat . Semoga ianya berterusan.


Apa aku nak membebel lagi ? Like seriously , aku blur kejap . Hahaha . Apa apa pun , jangan mudah berputus asa bila kita sedang melakukan perubahan yang membawa kepada kearah kebaikan .


Itu sahaja la nampaknya , apa yang mampu aku boleh tulis . Jumpa esok ye ! Assalamualaikum .