37/366 : DIARY OF THE DAY -6 FEB 2016

  




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah hari ini masih diberikan kesempatan untuk terus hidup . Minta maaf hari ini tak sempat nak blogwalking memandangkan hari ini agak sibuk sedikit  Tapi , update diary of the day tetap akan sentiasa buat hari hari . Insyallah . Hari ini nak update : 



  • Tak boleh nak high expectation sangat !
Dalam setiap benda yang kita buat , kadang kadang kita rasa macam orang anggap high expectation pada kita , tapi bila kita tak achieved apa yang di expect itu , huwaa. Aku jadi macam , betul ke orang expect aku lebih ? Tapi , itu tidak mematahkan semangat aku . Itu tambah buat aku jadi lebih bersemangat .Insyallah akan buat lebih dan lebih lagi supaya capai KPI itu . Wah , KPI bagai ! Ini semua poyo ! . Hahaha .



  • Suka tengok english movie
Jujurnya , sepanjang kebangkitan ain selepas arwah ibu meninggal , ain banyak dedahkan diri ain daripada tengok english movie . Sebabnya banyak kan kita tengok english movie yang menceritakan tentang dari mula sampai mencapai kejayaan . Dari situ , banyak pengajaran yang aku dapat dari tengok english movie . Bukan aku ini tak tengok cerita melayu , tapi terlampau banyak sangat tentang cinta cinta cinta , sampai aku rasa macam , adoyai , it never bring me up lah ! Makanya , tak salah kalau kita pilih apa cerita yang kita nak tengok sebab ianya kan memberi kesan kepada kehidupan harian kita semua . Please dont say aku poyo ke ape , its just that , aku lebih suka melihat cerita yang ada full of  moral story rather give nothing to my personal life . Cehwah ! . Hahaha .



Cukup lah untuk hari ini , aku agak kepenatan menaip . Wahaha . Assalamualaikum :)



36/366 : DIARY OF THE DAY -5 FEB 2016

   




Assalamualaikum dan hai kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari kelima kita berada dalam bulan februari . Tiga hari lagi insyallah , hari jadi ain yang ke doplolima tahun . Hehehe . Hari ini aku nak cerita tentang :


  • Ibu kawan meninggal dunia hari ini
Sangat sedih pada hari ini , aku rasakan bila dapat tahu ibu kawan aku meninggal dunia . Padahal bulan 12 hari itu , aku sempat jumpa arwah . Sebab aku tumpang tidur rumah kawan aku tu. Pagi tu sebelum aku gerak balik , sempat ibu dia sediakan breakfast kacang pol . Sebab diorang asal memang johor cuma diorang tinggal dekat kedah. Makanya , dekat kedah pun boleh merasa kacang pol . Hurm , kalau dekat dah lama aku ziarah . Diorang tinggal dekat Alor Setar , Kedah . Aku faham rasanya macam mana . Aku dah pun merasainya . Tapi itu lah lumrah kehidupan . Kuat atau pun tidak , kita kena jugak tetap tabahkan hati dan sentiasa kuat  meneruskan kehidupan . 


  • Aku membebel sama je dengan menaip
Yang ini kawan aku bagi gelaran pada aku . Siot je ! . Cerita dia sebab aku mesej untuk wish birthday dia . Lepastu dia cakap , "aku dah agak dah mesej yang panjang panjang mesti dari kau" . Hahaha . Kiranya , aku kalau membebel sama je dengan bila aku tengah menaip . Sebab bila aku menaip tu , aku nak orang tu feel macam mana aku tengah membebel . Korang boleh imagine tak ? Hahaha . Kira okey lah aku dah kembalikan diri aku yang sebenar . Masa awal awal dulu ibu aku meninggal , aku terus pasif . Kawan kawan mesej aku macam nak tak nak je layan . Tapi , alhamdulilah lah sekarang aku dah kembali kuat membebel setanding dengan aku menaip . Hahaha .



Tapi hari ini aku kurang pula nak menaip . Hahaha . 
Okay , itu sahaja lah untuk hari ini . Assalamualaikum . :)