52/366 : DIARY OF THE DAY - 21 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , sekali lagi berkesempatan untuk mengupdate blog akuainkausiapa ini . Aku nak minta maaf sangat sangat laptop tak okey lagi . Makanya aku tak boleh nak blogwalking  ke blog blog blogger lain . Maaf ye ! Jadi untuk entri ke 52 ini , aku nak cerita pasal :


  • Wedding invitation dekat Facebook
Aku dah jarang bukak facebook as aku macam tak ada perasaan sangat nak scroll facebook. Hahaha . Tapi bila aku log in je , adoyai , notification mesti ada wedding invitation .OMG ! Tak stress pun 
 Cuma rasa zaman zaman berumur doplolima ni memang kena kerap kali dapat wedding invitation ke? Rasanya dedulu banyak dapat notification candy crush dan segala jenis game je . Hahahha . Time change so fast . Sedar tak sedar kawan kawan dah kahwin . Tak stress pun tak kahwin lagi . Sebab memang tak bersedia ke arah itu pun . Cuma dulu dulu semuanya jemput pakai kad kahwin. Sekarang semuanya pakai facebook je . Kadang aku saja je minta kad lagipun kenangan kan . Yela , kau nak orang datang wedding kau tapi jemput macam kurang beradab. Opps ! Dari sudut positif nya , jimat kos invite guna facebook cuma kena lah beradab nak orang datang majlis kita , jemput pun janganlah last minit. Lepastu sentap tak dapat datang . Opps! . 


  • Demi kek coklat sanggup workout
Haa , semalam aku dapat kek coklat cenonit (kecik) je . Jiran bagi sebab ada majlis aqiqah anak dia . Demi aku nak merasa sebab tak nak cheat , hari ini aku workout jugak . Ala dapat buat 20-30 minit high intensity pun kira sangat bagus . Balik dari workout tadi terus makan kek coklat itu . Sumpah , tak rugi woi! Sedappp gilaaaaaaa . Pastu nengok dekat bekas kek itu dari singapore . Mungkin di tempah dekat singapore kot . Ala , jb singapore kan sebelah je. Hehehhe . At this time , aku seboleh mungkin untuk tidak cheat . Sebab penat woi exercise , lepastu kau nak cheat bagai padahal dah doplolima tahun hang jadi penipuuu jee bercheat cheat bagai . Puih! 


Cukuplah untuk dua cerita pada hari ini . Assalamualaikum :)

51/366 : DIARY OF THE DAY - 20FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hmm , hari ini aku jadi macam blur tak tahu apa yang nak di update kan nya sempena Diary of the day aku . Hahaha . Oh , aku nak cakap berbanyak terima kasih sebab sudi baca dan komen dekat blog akuainkausiapa ini . Ya ALLAH tak tahu nak balas macam mana . Hehehe . Jadi entri untuk kali ini ialah ;


  • Buat DIY random qoutes
Tadi petang aku tak ada nak buat apa , so aku pun buatlah DIY random qoutes sebab ada papan putih dekat bilik aku ini macam dah buruk . Sebab dah lama kan . Untuk pengetahuan semua , aku ini bukan sejenis gegirl yang kreatif untuk buat benda benda yang comel . Tapi , lepas dah tengok beberapa idea dekat youtube , makanya tidak salah aku mencuba kan . Hahaha . Oh aku tak habis buat lagi itu . Aku kumpul kan semula keychain yang orang bagi dan ingat nak buat DIY kan lah so that tak adalah biar terperap je dalam kotak bawah katil . Hahaha . Nanti dah siap aku tunjuk . Belum siap segan haih nak nunjuk kat orang . Hahaha .



  • Koleksi teddy bear yang banyak
Okay , yang ini kelakar. Aku ini bukannya jenis perempuan yang very the gegurl . Aku ini sejenis perempuan bergaya boyish . Kasaq tudia! Hahaha . Tapi , aku pelik koleksi teddy bear aku boleh tahan banyak woi . Hahaha . Terima kasih pada yang sudi bagi . Tapi , yang selalu banyak bagi itu arwah ibu aku . Ingat lagi , masa aku sekolah dulu , aku selalu teman ibu aku pergi kedai cenderahati . . Lepastu ada banyak jual teddy bear yang untuk convocation tu kan . Aku cakaplah aku nak . Ibu aku cakap , "ibu akan bagi hadiah teddy bear convo ni nanti masa ain dapat degree" . Tapi , ibu aku meninggal betul betul sehari sebelum hari convocation aku . Dan aku tak pergi pun convo aku itu . Aku pergi next punya sesi . Pada waktu itu , abang dengan ayah aku yang ajak aku pergi dekat orang yang jual jual bunga ada teddy bear itu , paksa aku pilih mana yang aku suka . Actually , aku tak nak langsung sebab orang yang nak berikan pada aku itu dah meninggal . Tapi , abang aku lah ingat , itu kan ibu aku punya janji , walaupun ibu dah meninggal , hero hero aku tetap akan buat aku gembira . 


Aiseyh , teremosi pulak kan cerita tedy bear convo aku ini . Ibu , what ever it is.  Your only princess ibu ini akan selalu dan sentiasa kuat . Insyallah . Assalamualaikum :)



50/366 : DIARY OF THE DAY - 19 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari ke-50 weyh! Dah hari ke 50 kita berada dalam tahun 2016 . Cepatnya masa berlalu kan . Alhamdulilah juga , dekat jb ini hujan jugak . ALLAH turunkan rahmat hujan supaya bumi ini sejuk dan tak panas . Sejuk sejuk ini best tidur . Hahaha . Jadi untuk hari ke 50 Diary of the day aku ini , aku nak share pasal :


  • Tema majlis hari jadi
Sekarang ini boleh dikatakan semua nak sambut hari jadi bertema kan . Masa aku kecil kecil dahulu , asal ada kek , belon , gula gula dah cukup dah sebagai hari jadi . Tapi , zaman sekarang dah berubah . Alhamdulilah , berkesempatan dijemput ke hari jadi anak kawan . Tema minion kau . Hahaha . Sanggup mama dia nak mintak pinjam alas meja biru dan kuning . Dari alas meja , kek , kuih apom pun minion jugak . Sedap. Yang best ada salad dan ayam bakar . Ya ALLAH sedap hingga menjilat jari . 



  • Kenduri sana sini 
Jujurnya , bila tengh dalam proses kurus mengurus ini , memang ianya sangat satu cabaran . Cabarannya bukan kena buat exercise sampai berpeluh peluh , tapi semuanya tentang makanan . Yela , dalam hidup ini makanan memang satu cabaran yang hebat . Makanan la penyebab aku bambam . Tapi tetap diri sendiri juga yang salah . Alhamdulilah , setiap kali bila aku pergi ke mana mana majlis , aku akan cakap pada diri aku to say no pada makanan yang ada carb dan manisa manisan . Lagipun untuk sementara je kan . Penat woi berusaha bagai nak rak bila dapat cabaran macam gini je terus lupa mission yang kita nak capai . Hehehe . So , tolong jangan goda aku sangat sangat dengan makanan ye! Kesian aku tau . Hahahaha .


Sebelum aku tutup entri ke 50 ini , aku nak jemput uolls untuk join giveaway yang aku sponsor ini .

Klik di sini. Awesome Birthday Giveaway 

Assalamualaikum :)