60/366 : DIARY OF THE DAY - 29 FEB 2016

Assalamualaikum untuk semua yang sudi membaca blog akuainkausiapa ini . I is so terharu . Mintak maaf kepada semua blogger sebab ain dah beberapa kali tak dapat nak blogwalking laptop ain masih tak elok . Ain update diary of the day ini pun pakai ipad . Sebab ain kalau blogwalking lebih selesa guna laptop . Senang sekali jalan 100++ blog . Hehehe . Jadi , untuk hari , sempena entri yang ke 60 malah bukan itu sahaja , hari ini juga hari yang ganjil berlaku 4 tahun sekali iaitu 29 Februari. Masaklah siapa yang lahir tarikh ni . Hahaha . Nak kena tunggu 4 tahun baru boleh celebrate . Nasib aku tak lahir 29 Februari tapi 8 Februari. Nak jugak main ayat punchline . Hahaha. Makanya , untuk hari yang ke doplosembilan bulan dua ini , aku nak share cerita tentang ;


  • Singgah ke Mr.DIY 
Aku mula mula mengenali tentang DIY ini sewaktu belajar dekat uitm merbok , sungai petani kedah itu . Nampak lah masa sem 1 dulu kan duduk asrama siap sewa kereta lagi semata mata nak pi Central Square itu . Hahaha . Banyak jugak lah jasa mr Diy masa aku belajar dulu . Bukan itu sahaja , bila dia start bukak dekat Galleria @ Kotaraya , Johor Bahru which is tempat prektikal aku tuh , terbawak bawak lah perangai singgah menyinggah . Aku akan tawaf satu DIY tu sampai aku rasa puas hati . Sebab nak tengok je barang barang yang ada . Hahaha . Dan sekarang dekat Giant yang dekat dengan kawasan rumah aku ini baru bukak . Haa , tadi kemain lah aku meyinggah . Tapi tak sempat nak bertawaf . Sebab dah magrib tadi . Siap la nanti aku bertawaf bila ada kelapangan . Belinya tak ada sangat sebab aku bukan jenis kaki membeli. Hahaha . 



  • Pergi pasar restock barang dapur 
Sebelum singgah ke Mr.DIY tadi , aku pergi ke pasar dulu . Restock barang dapur . Cuma yang tak bestnya , adoiyai . Geram pulak rasa bila pekerja yang jual ayam , ikan itu jenis rokok dok ada dekat tangan . Aku ini allergik bau rokok . Sabar je la tadi . Cecepat aku pilih dan gerak sebab memang busuk okay . Selalunya , aku restock barang dapur macam beli ayam dada , ikan , sayur dan buah buahan . Sayur pulak aku lebih suka restock yang makan mentah tak payah nak masak. Hahaha . Ayam pulak aku perap lah dengan bahan marinate dan masukkan dalam mikrowave . Settle .lagipun sekarang kan tengah proses kurus mengurus . Makanya , kurangkan garam , minyak ,lemak dan gula dalam setiap pemakanan kita . Dulu , aku lah manusia yang paling tak suka makan ayam dada. Muak kot . Tapi , sebab nak kurus dan bila masak sendiri ini boleh nampak lambakan minyak antara bahagian ayam dada atau tight atau peha . Ayam dada tu pun ada minyak jugak tapi yang paling banyak minyak yang bahagian pebret orang kitalah iaitu peh dengan tight . Haa , makanya , terpulanglah kepada kita nak ubaha gaya pemakanan atau biarkan lelemak minyak itu terlekat dibadan kita . Kalau 10 tahun hari hari makan ayam tight, jawab sendiri apa keputusan ya pada badan kita . Hehehe .



Cukup ini sahaja bebelan aku sempen 29 Februari . Assalamualaikum :) 

59/366 : DIARY OF THE DAY - 28 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah, hari ini dah masuk hari ke -59 secara kosisten nya ain dapat update blog akuainkausiapa ini. Best best best . Insyallah , semoga makin kosisten . Jadi hari ini , aku nak update tentang ;


  • Perut meletop ! 
Hahaha , tajuk cerita tak boleh blah . Akibat hari makan sedunia semalam , mak oi perut aku meletop letop haaa . Aku dah lama tak makan sebanyak semalam . Haa , sakit perut hari ini the whole day . Hahaha . Nasiblah hari ini banyak berehat je dekat rumah . Aku nak makan minyak minyak pun tak berani . Nak bagi heal perut aku dari meletop. Hahaha . Boleh baca entri aku semalam . Ini entrinya . Diary of the day 58/366


  • Small success lead to big success !
Kata orang untuk capai sesuatu perkara itu , kita kena jugak lihat pencapaian yang kita telah berjaya maksudnya pencapaian yang kecil kecil . Contohnya , macam diri aku ni haa . Aku kan nak kurus kan . Bukannya ambil masa sehari boleh terbuang semua lemak . It's takes a few times to achieved the result . Jadi , sepanjang perjalanan kita nak capai apa yang kita nak itu , kita kena letak jugak small success yang kita harus capai . Aku letak yang aku nak pakai cincin yang arwah ibu aku bagi ini dengan selesa. Sebab lepas bambam sangat ini , cinci itu rasa ketat gila. Dan aku bukak lah , dan aku letak datelin yang aku akan pakai nya semula dengan selesa. Alhamdulilah , aku dah dapat pakai dengan selesanya . Seterusnya , kita kena ada jugak baju yang kita nak pakai . Ada satu cardingan aku ini , dulu tak muat nak butang , hahaha. Alhamdulilah dah muat nak butang kan dah. Seronok sangat bila small success kita dah banyak tercapai , dan seterusnya kita akan jadi lebih bersemangat untuk mengejar impian itu . Insyallah . 



58/366 : DIARY OF THE DAY - 27 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Huwaa , hari ini sangat pack yang teramat. Tak sempat nak update blog . Tapi , dengan ruang dan masa yang ada ini , ku gagahkan jua. Hari ini sumpah hari makan sedunia . Dimulakan dengan :


  • Wedding !
Yang bestnya sebab ayam bakar dia sedap gila ! Lepastu kugiran dia perghhhh otai otai tapi sedap gila . Feel gila aku makan sambil dengar lagu best gila dia nyanyi . Terbaik gila , serta untuk pengetahuan , aku kan dah lama tak minum air manis . Jadi , tekak aku jadi macam semacam minum air jambu batu tadi . Memang kena banyak minum air masak untuk hilangkan rasa manis . 

  • Birthday party anak jiran.
Kebetulan lepas aku pergi wedding terus pergi birthday party itu . Adoyai makan lagi . Kali ini makan soto nasi . Lepastu , jiran sebelah amanahkan ajak anak anak dia yang  tiga ketul itu pergi sekali dengan aku . Sebab dia ada urusan hantar anak yang no dua ke asrama .  Dekat party itu , biasalah bebudak bila dah jumpa geng , tak nak balik rumah terus . Nasiblah yang orang gaji dia ikut sekali . Terpaksa aku tinggalkan diorang sebab aku nak bersiap siap untuk ke bbq party malamnya. Kan dah cakap jadual penuh gila. Hahaha . 


  • Bbq party!
Well , bbq party sound so great. Memang hari ini hari cheat sedunia aku . Hahahaha . Makan tanpa henti . Pergh dengan dessert dia mak oi! Memang cheat habis . Apa apa pun , esok back on track misi kurus aku itu . 


Cukuplah untuk hari ini . Seriously penat gila . Assalamualaikum :)