65/366 : DIARY OF THE DAY - 5 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah diberikan kesempatan dan ruang oleh Yang Maha Esa untuk ain update setiap hari diary of the day . Untuk hari ini , aku nak share tentang :

  • Dulu Gemuk Sekarang Kurus !
Tadi petang aku sempat pergi ke majlis kahwin jiran dan tahu apa yang sangat mengejutkan . Pengantin itu dulu bambam sekarang dah kurus cantik gila . Dulu , ayah dia siap cakap lagi , "Anak pakcik kalau nak cari baju susah sebab tak banyak kedai jual baju big size" . Bila sekarang dah kahwin , dia dah totally transform to be a great new life . Cantik gila. Terus jadi inspirasi kepada aku ini . Yelah , aku pernah share tentang big why , iaiatu sebab yang kuat kenapa kau kena memtransformasi kan diri menjadi lebih bagus . Sebab big why yang kuat sebab akak itu nak kahwin lah dia memang totally change her lifestyle . Sumpah cantik gila . So , kepada korang , cari sedalam yang mungkin reason yang kuat kenapa kau kena jugak capai impian korang. Barulah bila ditimpa cabaran dan dugaan , korang redah je dengan tenang .



  • Antara makan dan exercise
Aku kerap kali cakap kepada diri aku , ain ingat ain .. kau nak kurus kan , bukannya exercise yang boleh ubah sangat , yang boleh ubah ialah pemakanan . Sebab peratusan yang buat kita ubah ialah pemakanan which it takes about 70-80% . Sedangkan exercise hanyalah 20-30% sahaja . Nampak tak betapa pemakanan memainkan faktor yang sangat besar dalam pembentukan badan kita . Makanya tak reti reti lagi nak belajar kawal portion dan apa yang patut kita makan ataupun tidak ? Kalau dah hari hari kau belasah nasi lemak breakfast , lunch makan nasi campur , malam konon nak diet makanlah mee sup (padahal sama je its carb) so , macam mana proses penurunan berat badan itu nak berlaku? Kalori intake satu hari pun melebih lebih , bakarnya berapa sangat je . Jadi , renung renungkan dan selamat beramal . Hahaha.


Masih lagi nak belasahhh nasi lemak sesuka hati ? Think before you Eat ! Assalamualaikum :)

64/366 : DIARY OF THE DAY - 4 MAC 2016

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari ke 64 diary of the day . Bestnya bila kita dapat kosisten kan diri kita untuk update blog akuainkausiapa ini . Jadi , untuk hari ini , ain nak share tentang :


  • Makan sayur mentah !
Oh , semenjak aku dalam proses kurus mengurus ini , aku memang prefer untuk makan sayur mentah . Hahaha . Jujurnya , sebab malas nak fikir nak masak apa . Cukuplah aku hanya fikir nak masak ayam atau ikan je . Sayur itu , aku basuh potong zasss terus makan . Sedap weyh . Tapi tak de lah semua jenis sayur aku boleh gagah makan mentah . Tekak aku pun ada emosi weyh . Hahaha . Jadi untuk memudahkan proses diet makanan sihat aku ini , aku hanya pilih sayur yang tekak aku boleh terima je . Kadang nengok macam sedap je resipi itu , sekali aku buat terus aku ber'zakat' dekat kucing kucing belakang rumah . Hahaha . Eh , bukan kucing je , burung pun sama join sekali . Tips lagi yang aku nak bagi , aku panggil 'zakat' maknanya apa makanan yang aku tak makan aku bagi dekat binatang belakang rumah tu . Contohnya , macam kau tengah nak diet ni , lepastu jiran sebelah kau bagi nasi ambang pulak kan (eh terjohorean) pulak kan kan kan . Hahaha . Makanya , aku akan hancur hancurkan dan bagi dekat binatang . Burung makan nasi hokeyh ! So , makanan itu tak ada lah terbazir terus masuk tong sampah . Sekurang kurangnya ada yang habiskan . Berbalik kepada sayur mentah itu , aku banyak restock kobis putih  dan sayur salad yang selalu orang letak dekat nasi ayam dan nasi ayam penyet tuh . Yang itu memang aku makan begitu je . Aku pernah jugak nak makan capsicum dan sebagainya , tapi tekak aku tak boleh terima lah . Untuk korang yang tengah membiasakan diri memilih makanan yang sihat , kena tahu dan mix and match apa tekak kau boleh terima atau pun tidak ye .


  • Memang malu bila orang bambam workout dekat gym! 
Jujurnya , wujud lah jugak sedikit rasa malu itu bila nak terlompat jumping jacks , burpees dekat gym itu . Nak nak bila orang lalu lalng amek kettle ball , dumb bell dan dorang pun nak workout dekat situ . Malu woi ! Dahlah bambam . Hahaha . Tapi , aku belajar untuk fokus dan tak pedulikan sekeliling sebab aku nak workout aku tu sangat effective supaya lelemak aku terbakar sepuas puasnya . Hahaha . Cadangan aku kepada orang bambam yang memang bertekad nak kurus ini , first kena tahu apa big why ataupun reason yang kuat kenapa kau nak kurus . Sebab reason yang kuat itu lah buat aku gagah jugak workout dan ketepikan rasa malu itu . Bukan itu sahaja , big why ini lah yang buat aku disiplinkan diri lagi lagi bila bab pemakanan . Pesan aku  , cari big why itu . Cari sampai dapat . Contohnya kau dah nak kahwin takut baju tak muat . Haa , mesti kau akan bersungguh untuk lakukannya . 


Cukuplah dua cerita ini sahaja . Agak kepenatan . Assalamualaikum .

63/366 : DIARY OF THE DAY - 3 MAC 2016

 


Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini sudah 3 mac . Berapa azam tahun 2016 korang yang sudah tercapai ? Alhamdulilah , azam tahun 2016 ini untuk update Diary of the day dah berjalan secara kosistennya . Masuk entri pada hari ini , sudah 63 hari ain kosisten kannya mengupdate walaupun lambat ataupun cepat  , ku gagahkan juga . Hahaha . Jadi untuk hari ini , ain nak cerita pasal :

  • Blog tengah comot !
Korang kalau tengah view blog aku ini , aku nak minta maaf sesangat as aku tengah update . Aku update sendiri . Makanya faham faham je lah . Hahaha . Aku nak buat blog aku sesimple yang mungkin dan tak nak sarat langsung sebab aku tak blog aku berat . Bila blog aku ringan , makanya cepatlah loading dan akan lebih ramai lagi yang enjoy visit blog aku . Insyallah , habis je update entri ini , aku nak sambung edit . Maaf ye tunggang langgang dan bersepah blog iolls . Maklumlah tengah renovate . Hahaha .


  • Lepas gian makan nasi lemak !
Aku rasa semenjak aku dah bertekad nak kurus ini , i learn to say no and strictly no kepada makanan yang tinggi kalorinya . Salah satunya ialah nasi lemak . Rasanya almost dua bulan dah kot aku tinggalkannya . Hahaha . Sebab hari hari melantak nasi lemak lah badan jadi bambam bambamm . Sumpah ! Tak awesome gile ! Menipu je orang kata orang bambam bahagia . Padahal asyik jadi bahan lawak dan ejekan orang sekeliling je . Tang mana yang awesomenya ? Habaq mai kat aku sedikit . Hahaha . Tadi , ayah aku boleh pulak beli nasi lemak as breakfast , lepastu malam rezeki orang bagi nasi lemak . Kau rasa ? . Jadi hantu lah kejap . Esok aku dah kena berbalik semula kepada displin yang tegas . Hahaha . Dah hidup doplolimatahun woi , takkan lah beberapa bulan skip makan nasi lemak pun tak boleh kan kan kan . Hahahaha .


Makanya cukup sahaja lah entri aku untuk hari ini . Korang yang suka nasi lemak itu , aku nak pesan makan berjaga jaga weyh , jangan dah bambam baru nak tersedar . Hahaha . Assalamualaikum :)