67/366 : DIARY OF THE DAY - 7 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini masih diberi ruang dan peluang untuk sempat meng update Diary of the day ini . Jadi , untuk entri yang ke 67 ini , aku nak share tentang :


  • Makan yogurt asli dan buah buahan !
Untuk minggu ini , aku berhasrat nak mengubah sedikit menu makanan harian aku . Yela , kalau asyik duk ulang yang sama je mesti lah jemu dan muak . End up aku jadi malas nak makan . Jadi , untuk minggu ini , aku buat resepi makan yogurt asli serta campur buah buahan . Lagipun dah lengkap satu meal iaitu kombinasi protein (yogurt) dan fiber (buah buahan) . Korang cari yang yogurt asli tau . Jangan cari yang dah bercampur dengan buah buahan tuh sebab kandungan gula dia banyak . Its better korang buat sendiri dengan potong buah kecik kecik dan campur dengan yogurt natural tuh . Sebab woi ! . Sebab aku ini jenis manusia yang suka masam masam of course lah suka makan asam dan jeruk . Tapi , untuk proses kurus mengurus ini aku terpaksa surrender untuk seketika ini sahaja .


  • Gian nak karoks ! 
Rasanya dah lama gile aku tak karoks woi . Last pon dekat the curve lah bulan 10 tahun lepas . Itupun sebab geng gila gila kitorang buat reunion . Aku bukan tak nak karoke dekat JB ini , tapi port karoke best tak jumpa lagi dekat sini . Semua karoke dekat sini tak best dengan mikrofon tak syok , sound system tak best langsung . Amboi ! . Buat penat suara je weyh melalak end up nanti suara makin rosak . Hahaha . Bila lah dapat jumpa diorang lagi , komfom cari karoke punya . Hahaha . Well , karoke jamban its too oldd bebeh . Zaman sekolah dulu bolehlah layan . Hahaha. 


Cukup untuk hari ini , Assalamualaikum :)

66/366 : DIARY OF THE DAY - 6 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini dah 6 mac. Arghh , cepatnya masa berlalu kan . Hari ini dah pun entri yang ke 66 . Maksudnya ada lagi 300 hari lagi untuk tahun 2016 . Semoga kita terus mencapai impian yang kita azamkan pada awal tahun hari tu . Hehehe . Jadi , untuk hari ini , aku nak share tentang :


  • Jariku terluka kerana ikan !
Hahahaha tajuk tak boleh blah kan . Tadi petang ke pasar macam biasa restock barang dapur . Balik je dari pasar terus lah siang ikan . Haa , dok khusyuk menyiang (membersih) ikan , zasss tercucuk kau haa tulang ikan tuh dekat jari aku . Tembus kedalam kau! Faham faham je lah sakit dia macam mana . Tapi , ku gagah kan juga siapkan sampai habis . Pedih gak tadi lepas dah siapkan ikan , marinate ayam guna chilli powder , fuhh bisa woi. Tapi , tak de lah sampai nak menangis . Sebab dari dulu lagi arwah ibu dah suruh ain membiasakan diri masuk ke dapur . Ajar macam mana nak bersihkan ayam dan seafood . So , aku tak adalah kekok sangat . Aku nak pesan terutama pada yang gegirl tuh , jangan nak malas sangat masuk ke dapur , konon geli nak bersihkan ayam  , ikan . Kena pandai kan juga. Tapi berhati hati , kang jari luka macam aku pulak nanti . Hahaha . 


  • Aiskrim sihat !
Untuk minggu ini , aku macam nak cuba buat aiskrim sihat (campuran buah buahan dan susu serta yogurt). Sebab craving juga weyh pada aiskrim . Lagipun hari tu masa aku join bbq party , ada yang buat ais krim sumi tuh. Resepi dia lebih kurang je . So , why not kita tukarkan daripada yang kita nampak tak sihat kepada makanan yang sihat . Lagipun potong potong buah dan campur kan susu dengan yogurt tu je dah lengkap satu meal which a combination of buah buahan dan protein . Bolehlah aku menikmatinya untuk minum petang atau pun minum pagi . Hahaha . Mampu pepagi buta cari aiskrim? Korang pun jangan share je dekat fb tapi tak cuba . Hampeh dan beriya iya je yer! . Hahaha .


Okay lah cukup untuk hari , aku nak pi sidai baju woi !. Penat kot being Nur Farahain . Namun , i really feel great full with the life that ALLAH give it to me . Assalamualaikum :)

65/366 : DIARY OF THE DAY - 5 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah diberikan kesempatan dan ruang oleh Yang Maha Esa untuk ain update setiap hari diary of the day . Untuk hari ini , aku nak share tentang :

  • Dulu Gemuk Sekarang Kurus !
Tadi petang aku sempat pergi ke majlis kahwin jiran dan tahu apa yang sangat mengejutkan . Pengantin itu dulu bambam sekarang dah kurus cantik gila . Dulu , ayah dia siap cakap lagi , "Anak pakcik kalau nak cari baju susah sebab tak banyak kedai jual baju big size" . Bila sekarang dah kahwin , dia dah totally transform to be a great new life . Cantik gila. Terus jadi inspirasi kepada aku ini . Yelah , aku pernah share tentang big why , iaiatu sebab yang kuat kenapa kau kena memtransformasi kan diri menjadi lebih bagus . Sebab big why yang kuat sebab akak itu nak kahwin lah dia memang totally change her lifestyle . Sumpah cantik gila . So , kepada korang , cari sedalam yang mungkin reason yang kuat kenapa kau kena jugak capai impian korang. Barulah bila ditimpa cabaran dan dugaan , korang redah je dengan tenang .



  • Antara makan dan exercise
Aku kerap kali cakap kepada diri aku , ain ingat ain .. kau nak kurus kan , bukannya exercise yang boleh ubah sangat , yang boleh ubah ialah pemakanan . Sebab peratusan yang buat kita ubah ialah pemakanan which it takes about 70-80% . Sedangkan exercise hanyalah 20-30% sahaja . Nampak tak betapa pemakanan memainkan faktor yang sangat besar dalam pembentukan badan kita . Makanya tak reti reti lagi nak belajar kawal portion dan apa yang patut kita makan ataupun tidak ? Kalau dah hari hari kau belasah nasi lemak breakfast , lunch makan nasi campur , malam konon nak diet makanlah mee sup (padahal sama je its carb) so , macam mana proses penurunan berat badan itu nak berlaku? Kalori intake satu hari pun melebih lebih , bakarnya berapa sangat je . Jadi , renung renungkan dan selamat beramal . Hahaha.


Masih lagi nak belasahhh nasi lemak sesuka hati ? Think before you Eat ! Assalamualaikum :)