76/366 : DIARY OF THE DAY - 16 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini dah 16 mac ! How was your day today ? Alhamdulilah , everyday , aku rasa bersyukur sangat sebab setiap hari , ALLAH sudi dengar luahan aku , apa sahaja lah , Dia Memang Maha Mendengar kan . Mengadu lah kepada Dia keran Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui . Jadi , untuk hari ini , aku nak cerita tentang :


  • Kemas dapur untuk lebih bersemangat untuk masak !
Okay yang ini aku perasan , kalau dapur aku tunggang langgang , mesti aku macm tak ada mood langsung nak memasak . Sumpah , nak masuk dapur pun menyampah gila. Jadi , petang tadi aku luangkan masa untuk mengemas , dan mop lantai dapur . Haa , terus aku rasa bersemangat . Insyallah, lepas ni aku memang nak jadikannya habit atau rutin harian so that hari hari aku nak memasak . Korang yang gegurl tuh , jangan malas yerk! Jangan semua nak suruh mak je kemas . Patutlah arwah ibu dulu selalu paksa belajar belajar mengemas rumah , rupanya aku dah kena pandai berdikari pada waktu sekarang . Haish , rindunya ibu ! 


  • Buat chicken slice salad resepi sihat !
Kebetulan semalam aku restock barang dapur , so aku pun mencuba lah beli chicken slice . Sedap jugak tadi aku buat . Aku tak makan dengan roti okay ! Sebab roti carb ! Biasalah , misiku kurus harus diteruskan . Less carb =more result . So , aku letak chicken slice dengan sayur lettuce dan tomaato letak mayonis sedikit . Well , aku sebenarnya dah lama woi tak makan mayonis . So , hari ni aku merasa lah sedikit . Hehehe . Abang aku lagi dasyat dia buat sampai 3 layer . Tapi dia makan dengan roti lah , campur chicken slice , campur telur hancur dan cheese . Kau rasa? Hahhaa . Sesekali dinner western kau jah ! Selalunya sandwich orang makan breakfast . Ni makan dinner . Hahaha .


Okay lah , itu je cerita aku untuk hari ini . Assalamualaikum :) 

75/366 : DIARY OF THE DAY - 15 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , bersyukur sangat masih diberikan ruang dan peluang untuk menulis diary of the day pada hari ini . Terima kasih pada yang sudi baca walaupun entri aku entah apa apa je woi ! . Hahaha . Bukan itu sahaja , aku nak remind yang hari ini dah hari ke 75 kita berada dalam tahun 2016 . Berapa banyak azam yang dah tercapai atau sedang dilakukan ? Ingat , always appreciate your life everyday and every moment . So , untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Pentingnya nutrition information!
As usual , banyak barang dapur dah habiskan . Makanya , macam biasa pergilah restock . Alhamdulilah , sekarang ini aku dah reti lah juga baca nutrition information yang ada pada labelling setiap pemakanan . Sedikit sedikit tuh bolehlah . Korang pun kena rajin rajinkan diri belajar baca . Demi misiku kurus , kena juga ambil tahu . Berapa kalori dalam pemakanan tu , berapa lemak , carb , sugar semua itu penting . Contohnya , kau dah tahu yogurt is protein dan boleh ambil , tapi ambil yang natural punya . Dulu aku kemain bantai siap ambil bermacam flavor lagi , rupa rupanya yang tu tak elok , sebab banyak sugar . Konon je ada campuran buah buahan . Tapi sugar dalam meal itu , haa . No point jugak kan konon beriya misiku kurus . Selain itu , macam ayam . Belajar belajarlah makan ayam dada instead of tight or peha or wing . Sebab bahagian itu banyak lemak woi . Memanglah ayam is a good protein tapi , kaedahnya kita mampu untuk ubah gaya makan nak sedap itu kepada makan nak sihat ! . Hahaha . Aku ni dulu penggemar ayam tight ! OMG ! Boleh bergaduh adik beradik sebab nak berebut dan tak makan ayam isi . Tapi , semenjak keinsafan tu dah ada , aku ubah. Ku gagahkan juga makan ayam dada . Hahaha. 


  • Untuk berubah memang susah !
Aku mula perasan , semenjak aku take action untuk misiku kurus ini , aku nampak perubahan positif kepada setiap keluarga aku . Aku perasan yang family aku dah mula ingat untuk makan buah buahan setiap hari , makan yang berkhasiat . Walaupun ada yang ambil nasi penuh sepinggan , tapi sekurang kurangnya , kesedaran itu aku dah mula nampak . Bukan itu sahaja , bila tadi aku sibuk baca nutrition information dekat setiap pemakanan itu , ayah aku pun kepoh jugak sibuk baca. Tak tahu lah dia faham ke tak . Hahaha . Jadinya , untuk berubah kepada sesuatu yang baru itu memang susah , tapi kalau kita tak cuba macam mana nak tahu resultnya macam mana kan . Its harder for the first time , but eventually it will easier because you have already tried it before. 


Okay , aku nak tengok cerita Aku Bukan Bimbo !  Hahaha . Assalamualaikum :)

74/366 : DIARY OF THE DAY - 14 MAC 2016



Assalamualaikum dan hai kepada semua. Alhamdulilah , masih lagi ada masa untuk jenguk ke blog nak menulis secepat yang mungkin . Untuk diary of the day hari ini , aku nak share tentang :



  • Pergi fitting baju !
Oh , aku dah lama sangat tak fitting baju sebab aku banyak beli baju ready to wear je . Sebab malas nak mengukur bagai . Yelah , sebab badan aku naik bambam kan . Tapi , aku terpaksa jugak gagahkan diri fittinh baju sebab bulan april ini nak jadi pengapit hot ! Alhamdulilah , settle dah bab fitting tunggu siap je baju tuh nanti . The best part about of fittinh tadi ialah inch loss pada pinggang aku . Mak oi , its getting semakin kecil . Just imagine dulu saiz pinggang 45 inchi since aku dah sedar aku bambam sangat . Tadi fitting saiz pinggang aku sekarang 29 1/2 inchi . Kau rasa? Aku rasa macam nak melompat tinggi . Hahaha . Cumanya , memang aku akui lah figure badan aku masih nampak lemak lagi . Sebab bahagian peha , perut lengan dan punggung masih bambam . Sebab itu tak berapa nak nampak sangat dah loss itu . Insyallah , aku akan teruskan lagi perjuangan misiku kurus ini . Hehehe . Mesti diteruskan sehingga achieved berat idaman weyh !


  • Suka gila tengok cerita Aku Bukan Bimbo !
Yang ini memang pelik . Sebab aku jarang nak follow drama melayu sangat . Hahaha . Tapi , this bimbo aku suka gila lah !. Dahlah yang berlakon shaheizy sam dengan nadiya nisa . Pelakon kegemaran aku kot. Kalau termiss memang aku akan tunggu punya ulangan nya bila . Hahaha .


Okay cukup lah untuk hari ini . Assalamualaikum :)