78/366 : DIARY OF THE DAY - 18 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah walaupun dalam kesibukan , diary of the day mestilah wajib ditulis hari hari walaupun kadang kdang aku sendiri pun rasa bosan jugak baca apekebenda budak ain ni merepek . Hahaha . Jadi , on topic today ialah :


  • Makan keow teow sedap pasar malam ! 
Semenjak aku dalam proses misiku kurus ini , aku stop habit aku yang suka gila makan carb tuh . OMG ! Tadi terasa nak sangat merasa . Actually , last week lagi aku terasa nak makan , tapi lepas dah membuat cardio exercise , makanya layak lah aku menerima sebungkus keow teow RM 2 itu . Hehehe . Fuhh , aku makan macam tak pernah makan gayanya . Bestnya moment bila kau on goal untuk kurus , dan kau mampu menghalang serta mengubah tabiat buruk kau yang dulu iaitu melantak sesuka hati tanpa memikirkan lemak yang diternak itu . Its freaking awesome bila aku start rasa macam , "kalau aku dok makan macam dedulu , naik balik badan aku nanti , dah tak banyak baju yang boleh aku pakai namti" . Bila kita nak makan sedap , ingat balik kita tengah nak menguruskan badan , nanti kita juga yang rasa kecewa nanti . 


  • Kek Season sebagai Reward !
Okay , tadi aku singgah kedai season kejap . Aku makan jugak sekeping roti . Lepastu aku rasa macam , sedappppnyaaa kek assorted tuh . Harga dia RM 10.50 . Makanya , aku tak beli lagi . Aku bertekad lepas aku dah dapat achieved small success yang aku tulis , kalau aku berjaya baru boleh makan . Kalau tak aku tak boleh beli dan merasa . Hahaha . Think before we eat ! That the best way i can do during this weight loss journey process . The thing is you need to love your body . You need to trust the process . Nak kurus bukannya ambil masa sehari kak jemah woi ! It takes such a great hard work and determination terhadap apa yang kita mahukan . Kalau tak kuat apa yang kau nak , tu yang iman cepat goyang bila makanan sedap depan mata . Ingat ! Always have a big why so that kita akan stick to the point .


Okay , itu sahajalah untuk hari ini . Assalamualaikum :)

77/366 : DIARY OF THE DAY - 17 MAC 2016


Assalamualaikum dan hai kepada semua. Hari ini dah hari ke 77 aku kosisten dalam menulis blog akuainkausiapa ini . Pergh , tak sangka dalam macam macam cabaran yang datang , Alhamdulilah boleh kosisten jugak . Itu azam awal awal tahun aku . Korang , haaa yang awal awal konon berazam bagai , macam mana dengan azam korang ? Semoga terus kosisten mencapai dan mengejar target itu ye ! Jadi , hari ini aku nak cerita tentang :


  • First time merasa Sotong King !
Haa , dah lama juga aku dok perati sotong king berada di merata rata di malaysia sekarang . Aku pun hari ini geram sangat haa terus lah cuba size XL punya . Memandangkan aku ni seafood lover . Hehehe . Boleh tahan jugak! Sampai terasa nak makan seafood pulak . OMG ! . Hahaha . Yang beza sotong king dengan uncle bob or uncle best ini ayam dengan sotong je , tepung , dan serbuk cili semuanya sama . Tapi kalau hari hari makan memang muak habis lah ! . Lagipun digoreng kan . Nak merasa sekali sekala tak salah .


  • Tekak aku dah tak boleh terima masin !
Yang ini aku harus akui , semenjak aku dalam proses menguruskan berat badan , aku dah tak boleh terima sangat makanan yang rasa masin . Terutamanya kalau aku beli sayur dekat kedai makan . Ya ALLAH , masinnya lahai . Mungkin sebab aku dah mula kurangkan garam , gula , minyak dan lemak dalam pemakanan aku , makanya tekak aku dah tak boleh menerima nya . Lagipun , tak elok kan makanan banyak garam . Hahaha . Kang botak rambut aku ! Habis kena cari rambut palsu . Hahhaa .


Okay , aku dah get ready nak tengok cerita Aku Bukan Bimbo ni . Cepatlah . Mata dah ngantuk ni 
 Hahaha . Assalamualaikum :)

76/366 : DIARY OF THE DAY - 16 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini dah 16 mac ! How was your day today ? Alhamdulilah , everyday , aku rasa bersyukur sangat sebab setiap hari , ALLAH sudi dengar luahan aku , apa sahaja lah , Dia Memang Maha Mendengar kan . Mengadu lah kepada Dia keran Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui . Jadi , untuk hari ini , aku nak cerita tentang :


  • Kemas dapur untuk lebih bersemangat untuk masak !
Okay yang ini aku perasan , kalau dapur aku tunggang langgang , mesti aku macm tak ada mood langsung nak memasak . Sumpah , nak masuk dapur pun menyampah gila. Jadi , petang tadi aku luangkan masa untuk mengemas , dan mop lantai dapur . Haa , terus aku rasa bersemangat . Insyallah, lepas ni aku memang nak jadikannya habit atau rutin harian so that hari hari aku nak memasak . Korang yang gegurl tuh , jangan malas yerk! Jangan semua nak suruh mak je kemas . Patutlah arwah ibu dulu selalu paksa belajar belajar mengemas rumah , rupanya aku dah kena pandai berdikari pada waktu sekarang . Haish , rindunya ibu ! 


  • Buat chicken slice salad resepi sihat !
Kebetulan semalam aku restock barang dapur , so aku pun mencuba lah beli chicken slice . Sedap jugak tadi aku buat . Aku tak makan dengan roti okay ! Sebab roti carb ! Biasalah , misiku kurus harus diteruskan . Less carb =more result . So , aku letak chicken slice dengan sayur lettuce dan tomaato letak mayonis sedikit . Well , aku sebenarnya dah lama woi tak makan mayonis . So , hari ni aku merasa lah sedikit . Hehehe . Abang aku lagi dasyat dia buat sampai 3 layer . Tapi dia makan dengan roti lah , campur chicken slice , campur telur hancur dan cheese . Kau rasa? Hahhaa . Sesekali dinner western kau jah ! Selalunya sandwich orang makan breakfast . Ni makan dinner . Hahaha .


Okay lah , itu je cerita aku untuk hari ini . Assalamualaikum :)