81/366 : DIARY OF THE DAY - 21 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. As usual , diary of the day ialah satu perkara wajib yang aku kena buat hari hari . No matter ada yang baca ke tidak , aku kena juga tulis sebab aku tau ada yang sudi juga baca . Terima kasih daun keladi , harap kita berjumpa lagi ! Hahaha . Jadi , untuk hari ini , aku nak cerita tentang :


  • Makan kek pengantin yang sedap !
Okay , hari ini aku cheat ! Sebab aku banyak juga makan carb eventhough aku buat cardio tadi . Sebabnya , ada kawan arwah ibu aku ni , sabtu hari tu anak dia kahwin . Aku datang juga , tapi dia lupa nak bagi macam doorgift special untuk kitorang . Makanya lepas magrib aku pergilah datang ambil . Kebetulan , ada kek lebih . Kek cekelat ! Sumpah sedap . Jujurnya , aku jarang nak puji kek pengantin sedap sebab kebanyakkannya memang tak sedap . Design je lebih , rasa hampeh . Tapi yang ini , ya Allah, aku dengan abang aku kemain berebut sampai menjilat jari . Hahaha . Pada aku , rugi tempah kek berbentuk hand bag lah apa lah tapi rasa nan hado ! Tak sedap . Biarlah simple tapi rasa tiptop sedap ! Barulah puas hati kan . Kek untuk dimakan bukan untuk perhiasan je . Hahaha .


  • Aku paling tak suka kena lari !
At this time , aku dah kena tingkatkan cardio exercise aku menjadi lagi mencabar . Dan cabaran itu ialah dengan berlari . Ya Allah , paling aku benci sebab aku memang tak kuat berlari. Hahaha . Tapi , kadang benda yang kita benci itulah kita kena lalui nya untuk mendapatkan result yang awesome! . Sumpah , janganlah ajak aku joging ! Aku lagi suka kena buat burpees hahaha berbanding jogging dan sprinting ! . Arghhhh , tapi kena kuat jugak ! Demi misiku kurus oh yeah ! Ku gagahkan juga . Sebab aku nak sesuatu result yang gempak , aku mestilah hadapinya juga dengan tabah dan kuat . Hahhaa . 


Oh , okay , setelah penat berlari tadi makanya cukuplah untuk hari ini . Korang , jaga diri ye ! Assalamualaikum :)

80/366 : DIARY OF THE DAY - 20 MAC 2016


Assalamualaikum! Sekarang tengah musim panas litlit dekat malaysia ini kan. Makanya , korang jangan lupa banyak minum air masak yer! Akupun sama woi ! Ya ALLAH , tak boleh kena panas sangat . Terus rasa sakit kepala terlampau . Tapi , Alhamdulilah, sebab ada juga hujan turun dekat johor bahru ni . Sejuk juga! Jadi , untuk hari ini , aku nak share tentang :



  • Lepas gian makan kaki ayam !
Ada orang geli nak makan kaki ayam . Aku ni pulak jenis manusia suka kaki ayam . Ya ALLAH aku punya lah suka sampai kalau pergi kedai makan yang ada sup kaki ayam mesti aku mintak . Sebab memang favorite okay ! I still remember that masa aku belajar dekat uitm merbok , kedah . Ada satu kedai nasi ayam pak mud . Memang famous lah nasi ayam ini among people dekat merbok tu . Pak mud itu kalau aku pergi makan situ, sanggup dia cedokkan kaki ayam dan carikan kaki ayam dekat periuk sup yang besar itu semata mata untuk aku . Hahaha . Sebab aku jenis slumber je mintak kaki ayam dekat dia . Haa , dia pun cedokkanlan pada aku . Lagipun jarang kan orang minta kaki ayam , so peluang aku lah dok perhabis semua. Hahaha . Aku dah lama tak makan kaki ayam , tadi singgah kedai yang jual banyak lauk lauk . Ya Allah , geram sungguh aku tengok kaki ayam masak kicap dia . Haa , aku terus beli. Hahaha . Dapatlah lepas gian ! Sedap nya rasa ! 


  • Suka tengok tupperware comel comel !
Haaa , yang ini aku dok rasa macam terjangkit perangai arwah ibu aku . Arwah ibu aku dia suka beli tupperware woi ! . Hahaha . Bermacam macam colour kau . Lepastu sekarang ni dah macam berjangkit pula dengan aku . Aku geram tengok bekas tupperware dekat kedai RM 2 tuh . Ya ALLAH come comel woi . Rasa nak terbeli je weyh . Tapi , aku ingat , yang dekat rumah pun dah banyak takkan nak menambah lagi. Kan membazir nanti . Gunakan apa yang ada dekat rumah tu dulu . Lagipun sekarang , orang buat wedding doorgift pun ada banyak yang bagi bekas tupperware kan . So , dapat lepas geram tengok tengok banyak kali je dekat kedai dua hinggit tuh . Hahaha . Dapat tengok lama lama pun dah okay . Nampak sangat perangai makcik makcik aku dalam bab ni. Hahaha .


Okay , cukup untuk hari ini . Assalamualaikum ;)

79/366 : DIARY OF THE DAY - 19 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini sangatlah panas . Fuhh , nak pergi wedding kemain memilih baju terus sebab takut ketiak berlecak kang . Like seriously memang kalau berpeluh mesti rasa tak selesa kan . So , pemilihan baju pada ketika cuaca panas ini sangatlah penting . Jadi untuk hari ini , sebenarnya aku agak tak ada mood sangat as kepenatan yang teramat . Hahaha . Tapi , idea nak menulis itu dah ada . Jadinya , this is my commitment yang mana kena tulis Diary Of The Day setiap hari . So , today story are :


  • Apps Wattpad buat aku suka membaca dan menulis
Korang yang suka baca novel ke , suka menulis ke , suka membaca lah senang cerita , aku suggest apps wattpad untuk korang . Its friendly user lah. Sebab just install the apps lepastu korang boleh pilih lah cerita apa yang nak dibaca . Seriously , aku dapat tahu tentang apps ni pun dari seorang kawan aku which dia pun ada menulis dalam wattpad tuh . Dari apps ini jugak , kalau bosan bosan memang aku scroll je laj membaca . Sebab aku ni jenis bukan pembaca novel tegar . Tapi , this apps help me to read as an easier way . Plus , kalau bawa buku kan nak kena angkut sana sini . Tapi this apps dah siap ada dekat handphone . All you just to do is baca jelah . Dari scroll fb kerja stalker orang je , why dont you scroll something benefit that you can read on . Cuma yang tak bestnya kalau cerita dalam wattpad ni tak habis , tapi kita respect lah penulis kan . Mereka pun nak cari duit juga dengan menjual karya mereka . So , install apps wattpad ni tau !


  • Baju ready to wear lagi berbaloi dari baju tempah !
Jujurnya , aku sangat sangat lah teramat lama tak pergi menempah baju . Kalau raya pun beli ready to wear . Hahaha .  As aku rasa benda itu sangatlah leceh . Nak cari kain , lepastu fitting , tunggu siap . Dan it will sometime lagi banyak kos daripada kau beli terus baju ready to wear . Eventhough , kau tengok baju ready to wear tu dalam RM200 . Tapi kalau dia berbaloi , it fits me, aku beli okay ! Rather than kena cari kain , apa semua tuhhh. Leceh ! Macam yang aku alami sekarang ni . Bulan april ni , aku jadi pengapit kepada kawan aku . Dia belikan kain . Okay , let say kain itu semeter RM 10 lah (darab 4 meter) dah RM 40 . Aku pergi tempah je sebab aku nak design yang ala ala baju kurung moden so total RM 80 . Dah RM 120 . Kena beli lace lagi sebab kain itu kosong . Its cost about RM 20 . Total RM 140 . Tak masuk kos minyak apa semua . Tak berbaloi dan leceh . Pada aku , aku lebih prefer ready to wear dan insyallah bila situasi ni berlaku pada aku sebenarnya mengajar aku untuk lebih calculative dalam membuat sesuatu . It means kalau la aku ada jodoh terkahwin ke , hahaha , as for sure my bridemaids , family , sedara apa semua aku belikan terus baju ready to wear . Senang! Settle sekali jalan! . Baju ready to wear pun sekarang banyak dah murah murah aku tengok so , kita kena lah bijak berbelanja kan .



Okay , itu lah untuk hari ini . Selamat berhujung minggu ! Assalamualaikum ;)