Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah , hari ini dah hari ke 84 kita berada dalam tahun 2016 . Semoga hari hari yang akan datang memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua . Jadi , aku hari ini macam tak ada idea nak menulis . Argghh , yang ini rasa macam adoiyai , nak tulis apa lah seyh ? . Okay , makanya terimalah apa sahaja yang aku merepek ini okay . Hahaha .
- Suka gila lagi pencuri hati ayda jebat !
Semua yang ada ada pada dirimu , membuat aku ku ku jatuh cinta , come on baby say you love me love sayyou love me . Hahaha . Jangan kecam aku ! Lagu ini memang dah tertimbus menembus ke jantung aku ! Aku suka nilai satu satu lagu itu dari liriknya. Ternyata lagu ini berjaya membuat aku tergedik tersuka terjatuh hati . Hahaha . Tak caya cuba korang dengar , mesti rasa nak berjoget je . Tapi , version yang paling aku suka ialah versi cover hael azhael . Korang boleh search dekat youtube hael azhael -pencuri hati . Sumpah ! It feels you ! Aku memang kalau dengar , adoi , menusuk ke kalbu . Hahaha .
- Makan sayur mentah cicah kuah kacang
Okay , tadi aku makan steamboat . Well , dekat johor bahru ini nak cari benda cucuk cucuk ini senang je . Dekat jam besar dataran bandar raya johor bahru . Situ memang port nak makan steamboat yong taufu . Dekat sini punya style boleh cicah dengan kuah kacang dan sup . So , aku beli bungkus je tadi . Sebab aku add on sayur sebagai pelengkap meal makan malam aku . Hehehe . Sayur memang banyak aku makan . Abang aku cakap , " sedap ke makan cicah gitu ?" . Sedap woi . Hahaha . Sayur mentah ni lagi sedap dari masak lepastu bubuh garam macam orang kedai masak . Aku dah tak boleh sangat makan sayur yang kedai masak sebab rasa masin . Sayur mentah yang aku makan tadi is lettuce , salad , kangkung . Fuhh , nikmat gila . Hahaha . Ingat , sayur makan lebih lebih tau ! Pilih sayur yang tekak kau boleh terima .
Okay , cukuplah untuk hari ini . Mohon maaf kalau diary of the day aku ini agak bosan , sunyi , sendu dan tak best . Hahaha . I'm just a normal person ! Assalamualaikum ;)