92/366 : DIARY OF THE DAY - 1 APRIL 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Sumpah weyh aku tak sedar hari ini april fool . Hahaha . Nasib tak ada yang mengenakan aku ! Sebab dari pagi sampai malam aku busy . Okay , to clarify this day , ini apa yang aku buat :


  • Teman kawan menikah !
Ini salah satu faktor aku sibuk hari ini . Well , memandangkan johor bahru kan sekarang dah cuti jumaat dan sabtu , so memang dah tak pelik lah orang menikah dan buat kenduri hari jumaat . Cerita dia seawal pukul 5:30 pagi dah bersiap bangun . Disebabkan tak ada nak teman kawan aku , makanya aku teman kan dia tidur . Atleast , dia tak la kelam kabut . Well , pepagi buta aku tolong vacuum bilik dia sebab inai yang dipakai kan peel off . So , agak bersepah dekat bilik tu . So , sementara kawan aku mandi well nak menikah kottt , aku vacuum lah dulu . Bagus jugak menikah pagi pagi . Sekejap je aku rasa akak tu make up kan dia , siap siap memang on time sharp menikah terus . Hahaha . Alhamdulilah , cuma tak cukup tidur kan biasa lah . Habis je majlis tadi sampai rumah tak cakap apa terus tidur . Hahahha . Preparation untuk korang yang akan duduk sebelah dan teman bakal pengantin, korang kena standby mengreplykan whatsapp or tukang tekan loud speaker henset si pengantin tu. Hahha . Bukan itu sahaja , pakaian korang mestila selesa untuk korang bergerak dengan cepat . Sebab nak kena angkat itu ini , betul kan itu ini . Tisu memang kena stand by. Dan jangan fikir nak vogue je , bukan kau yang nak kahwin . Hahha .


  • Pakai inai ada batu batu !
Okay , disamping aku menjadi orang yang berada disebelah kawan aku tuh , aku juga jadi tukang pakaikan batu batu ala lekatkan je dekat lukisan inai si pengantin tuh . Mak oi , cantiknya . Aku ni dahla suka benda blink blink . Hahaha . Ya Allah , boleh pengsan tengok benda yang blik blink . Cantik sangat tengok dekat tangan si pengantin tuh . Lepas je majlis settle , ada batu yang dah tercabut , aku try lah letak dekat tangan aku . Eh ,melekat pulak . Well , iolls pun melukis henna uolls. Vogue sikit sikit tak apa . Hahahha . 


Okay , cukup lah untuk hari ini . Selamat berhujung minggu ! Assalamualaikum :)

91/366 : DIARY OF THE DAY -31 MAC 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini aku terpaksa update diary of the day aku seawal dan secepat yang mungkin . Hehehe . Alhamdulilah, allah masih berikan aku kesempatan menjenguk blog yang sendu ini . Jadi ,untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Kawan yang kahwin aku yang sibuk ! 
Ini lah sebab aku update blog seawal dan secepat yang mungkin . Hari ini aku tidur rumah kawan aku tuh . Sebab esoknya dia nak nikah dah . OMG ! Sorang sorang kawan aku kahwin . Apakan daya , aku pun memang belum lagi fikir nak kahwin plus aku memang tak bersedia langsung . So , buat apa nak terkejar kejar benda yang kita memang tak ready . Hahaha . Kebetulan , malam ni kawan aku nak berinai sekali so dia suruh aku datang awal awal sebab boleh mengendeng berinai sekali . Hahaha , aku memang paling teruja bila bab bab event event ni . Sebab aku suka tolong apa yang patut so that majlis itu dapat berjalan dengan lancar . Entahla kadang kadang aku lah manusia paling over mengalahkan kawan yang nak kahwin tuh pulak . Aku teringat kawan aku pernah cakap "ain ni memang tau , baju mesti over dari pengantin" . Hahaha . Nak buat macam mana , aku sangat excited sebab aku nak kawan aku tu rasa happy pada wedding day dia!


  • Sejak bila aku Layan korea ?
Untuk sepanjang minggu ini , aku memang melayan cita korea je sebab penangan kawan aku lah ni . Suruh memaksa aku tengok cerita itu so that aku lagi terinspirasi dengan misiku kurus aku ini . Cerita Oh My Venus ! Bayangkan aku asyik kena perli je dengan abang aku . Jenis aku pula kalau dah tengok make sure nak habiskan episod tuh cepat cepat . Hari ini tinggal last episod je ! Haaa , hahahaha . Kawan aku yang suruh aku layan aku tuh cakap , " amboi cepatnya ain tengok . Dah kemaruk cerita korea leteww" . Jujurnya tidak ! Hahaha . Aku ini jenis manusia once aku start tengok , aku mesti nak habiskan nak tahu apa ending cerita tuh . 


So , cukuplah cerita aku pada hari ini . Aku doakan semoga hari korang mendapat keberkatan daripada ALLAH . Assalamualaikum ;)

90/366 : DIARY OF THE DAY -30 MAC 2016



Assalamualaikum dan hai kepada semua ! Adoi , aku dapat merasakan yang diary of the day aku ni dah semakin kelam dan bosan . Hahaha . Jujurnya aku hanya spent dalam 15 minit je bukak blog taip apa yang aku rasa nak taip terus publish . Lagipun , aku tak sempat lagi nak hantar laptop aku ke kedai untuk repair . Update pun pakai ipad . Taip cepat cepat terus publish . Maafkan aku ye kalau blog akuainkausiapa ini makin bosaaaaann . I try to fix it as soon as possible . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang :


  • Double up workout!
Start dari minggu ini , aku dah start double up workout untuk lebih berkualiti . Maksudnya aku buat cardio dam combine sekali weight lifting. Iaitu masuk ke gym dan bermain dumbbell . Sebab badan bam bam macam aku ni lemak dah tertenak tertimbus lama kan dekat badan tuh . Makanya tak salah untuk aku push pada limit yang aku masih boleh kawal lagi . Sebab memang aim untuk pakai size S masa raya nanti . Bulan puasa dah nak dekat woi ! Doakan semoga impian aku tercapai . Hehehe .


  • Teringin nak join Fun Run !
Semenjak dua ni , aku ada ternampak ads yang buat event lari lari itu . Macam 5 km ke , 10 km ke . Aku jadi macam nak join walaupun aku lah manusia yang paling tak kuat lari . Tapi , kalau kita tak fight for our fear , macam mana kita nak berjaya melangkah ke hadapan kan . So , doakan aku ye kalau aku join nanti . Mesti lelemakk aku terbakar dengan banyaknya . Hahaha . 


Cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum ;)