107/366 : Perempuan Yang Obses ! (Diary Of The Day)

 




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hurmm , aku rasa sedikit sedih kerana awal awal aku memulakan diary of the day mendapat feedback dari segi komen yang banyak . Aku rasa sangat terharu . Cuma lately ini komen dah semakin nan hado . Aku terfikir , adakah penulisan aku sungguh teramat krik krik kriik yang memberi maksud sunyi dan kelam . Hahhaa . Bosan sangat ke penulisan aku ini weh ? Well , aku memang tak reti menulis dengan sangat baik pun . Aku hanya menulis randomly ikut apa cerita aku nak tulis dan share kepada semua . Well , i guess aku ni obses kepada komen dan feedback dari orang ke ? Hahahhaa . By the way , sejak bila kau pernah kesah semua ini ain ? Hahhahha . Maka , itulah topik aku pada hari ini .

"Perempuan Yang Obses!"

Aku perasan even kepada diri aku sendiri yang dulu aku selalu berfikir yang OMG ! No wonder aku gemuk sebab aku banyak gila makan woi ! Dan aku salahkan orang sekeliling aku sebab ajak aku pergi makan . Bukan itu sahaja , aku macam keep questioning why the food is so yummylicious sampai aku tak boleh nak kawal nafsu pemakanan aku ini . Hahahha . At the end of the day , kau pun gemuk dan ada lah iklan ubat kurus yang boleh sedut dan ghaib kan lemak kau sebanyak 5 Kg SEMINGGU . WHAT ? .Dasar perempuan yang obses! Obses dengan gemuk !

At the end , sedar tak yang lemak itu ialah sejenis parasit tak guna yang kalau kau nak buang dia jauh dari hidup kau , kau kena exercise untuk bakar dia supaya dia tak melekat lagi dalam badan kau dan bukan itu sahaja yang ini paling penting sekali PEMAKANAN KAU MEMANG LAH KENA JAGA !  Aku bukan nak kata aku ini nak stereotaip perempuan yang obses pada kegemukan , the thing is babe , stop complaining , start doing something babe ! Kau gemuk , that the fact . Yang kau meroyan sangat without doing anything , its not the right thing babe !

Yes , aku memang perempuan gemuk so ? . Boleh baca pengakuan aku dekat sini . 

Bila aku serius bercerita sedikit macam mana the proper way  to lose your wieght , normally perepuan will said that "boring!" . Hakikatnya , bila lemak dah nampak sana sini lepastu terhegeh tanya boyfriend "you i gemuk ke?" . Dan kau expect boyfriend kau cakap tak or kau expect dia cakap "eh , taklah you okay lah macam gini !" . Perempuan Yang Obses! That is so lame babe ! . Hahahah a. 

Aku faham macam mana perasaan perempuan (yelah aku perempuan kan ) hahahha. Bila orang hina kau gemuk , orang nampak badan kau dah bambam . Aku alaminya jugak . Tapi , aku tak nak lah sampai dikategorikan sebagai perempuan yang obses. Aku nak jadi perempuan yang normal yang boleh stand strong no matter what happens.

So , ladies ! Jangan jadi perempuan yang obses okay ! Just enjoy your day !

106/366 : Aku Memang Gemuk ! So ?

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Kebetulan this few days aku marathon cerita Cinta 100KG kerana memandangkan pelakon pelakon yang membintangi cerita itu semuanya best best belaka especially Sharifah Amani yang paling aku suka lakonan dia . Terlintas dihati aku untuk bercerita tentang pengorbanan.

Aku akui aku sebagai perempuan memang akan menjadi sangat obses especially membanding bezakan perempuan hot dan aku ini tak hot . Hahaha . You know girls things like OMG ! So crucial i tell you ! . Hahaha . Dulu aku pernah juga terfikir sebab aku gemuk ke orang tak pandang aku , orang mengejek aku dan suka membahan aku itu ini .

At the end , aku mula sedar untuk move on . Yes ! Aku memang gemuk ! Tak rugi pun kalau aku jujur kepada diri aku sendiri . Bila kau dah mengaku ini tak kan macam itu sahaja , kena lah take action macam mana nak get out from being so call fat woman ! . Dah kalau gemuk takkanlah masih makan nasi tambah banyak kali . Memang kau tak move on lah gitu . 

Dan untuk tahun 2016 ini lah aku dengan tabahnya take action . Aku peduli kan apa orang nak kata , keep questioning me . Tipulah aku dulu pernah konon nak kurus sampai sanggup makan ubat kurus ,pakai korset . At the end , semua itu adalah perkara yang sangat bodoh . Hahaha . Memang bodoh dan banyak menghabiskan duit je . 

Jadi , apa progres misiku kurus aku ini ? Jangan risau , lelemak kau tu sejenis parasit dan ianya takkan hilang sehari dik non . It takes times . At this moment , aku sangat enjoy dengan journey kurus kurus ku ini . Hhahaa  .

Apa yang penting , set your own goal and go and chase your goal ! Jangan lah hanya berharap je kau sedih sedih pastu dah kurus . Woi , you are not doing something ! You just keep complaining je . Ingat , mulakan dari sekrang , ingat raya dah nak dekat . Nak ke orang hina kau si gemuk ? Aku tak nak . Aku nak orang pengsan tengok aku dah kurus . Hhahaha. 

105/366 : 5 Buah Buahan Yang Sangat Sedap !





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Memandangkan hari ini aku tak tahu nak update apa , dan aku scroll twitter sekejap . Taraaaaa , dah dapat dah idea nak update . HAHAHAA . Hari ini kita sembang pasal buah buahan kegemaran uolls dan iolls . 

Well , memandangkan iolls pun tengah dalam proses menguruskan berat badan yang bambam dan comel ini , makanya tidak salah lah topik buah buahan ini di kemukakan . Hahaha . Terus terang , aku merupakan manusia yang sangat menggilai buah buahan . Because i really love the colourful so yummmmyyy. Hahaha ,

Okay , mari kita senaraikan buah buahan kegemaran saya :

  • All the BERIES ! Strawberry , Blueberies , Rapsberry

Normally kalau keluar pergi kedai order juice , aku memang tengok antara 3 jenis beries ni ade ke tak . Bukan dekat juice je , selalunya  minuman tea pun ada jugak . Ya ALLAH , dia punya rasa tak tahu nak habaq lagu mana sedap nya . Hahaha . Tapi , dekat malaysia ini a bit expensive. Nak ikut tekak aku memang idoklah hari hari nak pi cari beries ni . Hahahaha . So , aku mengambil kesempatan untuk merasai nikmatnya beries ini bila ke kedai hipster yang ada jual juice or tea . Ala , susah susah nak sangat rasa pergi je Cool Blog . Tapi ,jangan lah minum selalu sebab kandungan gulanya sangat tinggi . Lagi satu , aku palingggggg suka dan hantu merasuk satu badan bila kek ada buah buahan beries . Perghh , aku bawak lari sesiap buah itu dulu . Hahaha .



  • Kiwi

OMG ! Tengok gambar pun rasa nak pengsan apatah lagi merasainya . Hahaha . Okay , aku start suka buah kiwi ini bila aku stay dekat rumah pakcik aku . Dan rumah dia memang suka makan buah kiwi . Siap ajar lagi macam mana nak kaut keluar buah kiwi tu guna sudu . Hahaha . Bermula pada itu lah , aku jadi jatuh cinta dan aku paling geram bila tengok buah kiwi ada atas pavlova ! Aku curik sesiap kiwi tu baru rasa pavlova . hahaha.



  • Gugusan Anggur

 

Yang iniii punnnn merupakan kegemaran keluarga aku . Sekali terhidang atas meja lesap begitu sahaja . Hahaha . Yang ini pun alahaiiii , boleh pengsan nengok lelama . Cicah dengan cekelat dia punya sedap boleh tahan seminggu . Hahaha . Dan ini juga normally aku akan order as juice or tea sebab dia punya kesedapan pengsannnnn.. Oh , kiwi pun sedap juga juice dia . Hahahah .Semualah sedap !


  • Apple


Memandangkan 3 jenis buah buahan di atas semuanya high maintenance , makanya buah apple kena lah juga jadi menu makanan harian aku sempena proses kurus mengurus ini . Hahaha . Kau gila apa hari hari nak high maintenance sangat buah buahan itu . Paling dan terpaling aku suka ialah buah epal hijau . Sebab rasa masam .Aku ini memang pengemar rasa masam . Hahaha.



  • Orange



Last sekali dalam top5 favourite fruit aku ialah buah oren . Nampak warnanya yang terang ini mampu menyedapkan tekak aku ini . Hahaha . Entahla kenapa aku ini sangatlah hantu kepada buah buahan . Mungkin sebab dari kecil arwah ibu aku memang dah dedahkan aku untuk makan buah buahan . Jadinya , bila dah besar kemain lah semua buah buahan yang very the colourful aku suka sangat ! Hahaha .

Erk , apa top 5 favorite fruit korang ?