120/366: Selfie Ialah Perkara Wajib Untuk Perempuan !



Assalamualaikum dan hello kepada uolls ! Hari ni dah hari ke 120 kita berada dalam tahun 2016 . Bersyukur yang amat sangat kerana diberikan ruang dan peluang untuk merasai nikmat kehidupan ini . Hari ini sebenarnya aku tak ada topik yang nak diceritakan . Hahaha . As usual !

Tapi , kena gali dan cari jugak nak tulis apa ya untuk diary of the day ini . Oh , kebetulan hari ni berjumpa dengan kawan baik datang dari jauh . Dan terus dapat topik nak cerita hari ini .

"Perempuan Memang Gila Selfie Ke?"

Serius aku macam persoalkan perkara ni . Hahaha . Boleh dikatakan dekat gallery handphone perempuan penuh bersepah gambar selfie je kan . Tapi , kalau tanya aku . Lain pulak . Aku tak suka selfie . So bila kengkawan ajak selfie wefie , aku macam "nak senyum macam mana ehk". Hahaha . Nak pose macam mana . Sumpah i is very kaku ! Its feel awkward bebeh ! . Hahaha .

Perempuan bila jumpa je , perkara first mesti selfie dulu kan . Hahaha . Serius ! Tak yah nak nipu . Hahaha . Masalahnya nak pilih satu gambar je . Selfie sampai 50 gambar . Hahahaha .

Persoalan disini , selfie ini memang dah jadi satu perkara wajib atau sebenarnya macam mana ? Hahaha . Nampak kan perubahan teknologi sekarang mampu memberi satu tabiat kepada kita semua .

119/366 : Ketagihan Mee Rebus Yang Amat !



Assalamualaikum dan hai kepada korang semua . Pertama nak cakap terima kasih sebab masih sudi baca diary of the day aku ini dan ada yang sudi komen . OMG ! I is terharu beb . Hahaha . Walaupun aku ini menulis tahap kelas ke belakang lah kalau dekat sekolah . Serius , aku tak reti nak menulis tapi kalau suruh bercakap , aku boleh lah . So , kalau cara aku menulis ni macam kurang , hahaha , maafkan iolls yer uolls ! . 

Maka pada hari ini aku nak cerita pasal makanan yang aku ketagih . Hahaha . Ada beberapa ketika dulu aku suka gila makan soto . Tak kira lah soto nasi ke , bihun soto ke . Hari hari aku cari soto . Tu yang berat naik mendadak dan semakin bambam . Hahaha .

Dan sekarang pula , aku ketagih makan mee rebus . Hahaha . Habis lah ! Aku nak kena rasa insaf ini . Walaupun aku makan lepas buat cardio exercise . Well , untuk recover dengan makan high carb kan . Ceritanya , bila aku dah jumpa port mee rebus yang sedap . Dahla sekarang tengah dalam misiku kurus . 

Nampaknya , kena control wahai ain ! Nak kurus dipagi raya kan ? Aku nak sangat pakai size S . Makanya aku kena lah kawal ketagihan aku ini . Ya ALLAH , korang ada tak makanan yang korang ketagih sampai nak kena cari selalu ? Hahaha.

118/366 : Bila Perempuan India Suka Novel Dan Drama Melayu



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Tadi petang masa workout sempat lah berborak borak dengan seorang fitness buddies aku juga . She is indian . Cuma yang menarik perhatian aku ialah dia suka gila novel dan drama melayu . OMG ! Kalah aku yang melayu ini . Aku memang jenis perempuan yang tak suka membaca novel melayu . Drama melayu pun aku pilih pilih tengok . Bukan choosy cuma I'm not a big fan of that kind of thing!.

Paling latest dia tengok drama melayu ialah "Tundukkan Playboy Itu" . Korang imagine macam mana perempuan indian punya cara bercakap . Aku gelak kemain kuat tadi . Its funny ! . Dia cakaplah , dia tak suka tengok drama tamil hindustan tuh sebab asyik menangis je . Lepastu mak mak mentua bergaduh dengan menantu lah . Sampai benda ni effect kepada mak dia juga . Hahahha . Memandangkan dia dan suami dia satu kampung , bila balik rumah suami dia , mak dia mesti buat drama hindustan . Hahahaha .

First time aku jumpa indian suka drama dan baca novel melayu . Habis je workout tadi dah nak magrib , cepat cepat nak balik sebab nak tengok drama . Hahaha . Kemain dia kalut semacam tadi . Aku rasa macam "Dia ni kahwin dengan orang melayu ke?" . Hahaha .

Bukan itu sahaja , dia siap update lagi pameran buku yang terkini dan dekat mana untuk dia grab banyak banyak novel melayu . Kau rasa ? Hahahaha . Kalau dia dapat geng yang suka layan novel melayu ini komfom tukar tukar novel setiap minggu . Hahaha .