132/366: "Pengorbanan Untuk Menjadi Kurus"




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH , hari ni memang terasa nak demam nak badan macam kepenatan . Tapi , cardio workout di petang hari mesti diteruskan demi menguruskan badan .

Aku nak buat pengakuan yang untuk menguruskan berat badan , kita perlukan banyak pengorbanan . Pengorbanan dari segi membuang tabiat buruk . Alhamdulilah , tabiat buruk aku yang dulu suka minum ais dan bertukar kepada minum air suam dah lama sebati dalam hidup aku .Minum air suam Bukan itu sahaja , air masak juga memang sekarang dah jadi bff aku yang mana asyik berkepit je dengan aku kemana aku pergi . Gila Minum Air Masak ,    Air Masak Is My Bestfriend !



Tambahan pula , dulu aku tak reti langsung makan sayur mentah dan alhamdulilah aku dah memang mengamalkannya sebagai makanan harian aku .Sayur Yang Colorful ! Lemak dan berminyak makanan pun aku dah kurangkan especially kulit ayam . Woi , yang kulit ayam ni tolong jauh kan . Hahahhaa . Effect dia memang cepat gila berat kau naik mencanak . Tentang isu makanan berminyak pula , kalau boleh setiap hari kurangkan lah lebihkan kepada makanan yang easy cook atau pun rebus dan stim  ke . Rahsia Memasak Makanan Sihat

Cuma , ada satu je tabiat buruk pemakanan aku ini yang aku memang kena tepis mulai sekarang kalau aku serius nak bergaya dipagi raya . Hahaha .





Tabiat buruk itu ialah , SUKA MAKAN BENDA BERKUAH DAN HIRUP KUAH TUH SAMPAI HABIS DAN LICIN ! .

Hahahaha . Yang ini memang sukar gila dikawal . Tapi , demi size S yang aku memang nak sangat , aku kena juga buang tabiat buruk ini . Aku teringat yang kebanyakkan orang sekeliling aku mesti cakap , "Ain ni mesti suka makan benda berkuah kan ?" . Hahahha . Kantoi ! Insyallah , from now to on ward , memang aku nak buang tabiat ni . Semua ini sebab aku nak kejar impian aku .

So , untuk mencapai apa yang kita nak , macam badan six pack , tabiat buruk dalam pemakanan harian kita ni mesti dicegah dan di buang jauh dalam kehidupan kita . 

131/366: "Terpilih Sebagai Blog List MiaLiana"




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , blog akuainkausiapa terpilih untuk diletakkan sebagai blog list blogger Mia Liana

Rasa terharu pula ialah blogger yang ramai followers tuh . Bukan setakat rasa terharu malah rasa gembira yang teramat . Ain selalu juga join segmen dari kak Mia ni .

Nampaknya , bloglist ini penting juga kan . Insyallah lepas ni ain nak letak lah blog list dekat blog ini . Dulu pernah letak lepastu buang . Insyallah nanti nak letak semula lah . Nanti nak pilih sendiri blog mana . Yang mana blogger yang sudi drop link dekat komen pun insyallah ain akan letakkan dalam bloglist . Keutamaan kepada yang selalu komen dekat blog ain ni . Sebagai tanda penghargaan . 

130/366: "Terasa Nak Buat Vlog Dekat Youtube"




Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . Lately ni aku suka layan youtube . Well disebabkan oleh kepantasan internet dekat rumah kan . Hahaha . Alhamdulilah , syukur ada unifi . Daripada orang lain yang internet very the slow . Aku teringat ada budak perempuan ni di cakap , dia masih lagi guna opera mini . Cerita ini sekitar tahun 2015 . Gila ke , opera mini aku guna masa zaman 2009 kot . Dia masih guna lagi . Nampak tak , kadang di sebalik rezeki yang ALLAH berikan kepada kita ialah untuk kita syukuri .

Berbalik kepada tajuk hari ini , lately ni aku jadi suka tengok youtubers yang buat vlog . Mereka yang buat video harian , challenge , dan paling hot sekarang korean spicy noodle challenge lah . Hahaha . Sebab aku ni jenis suka bercakap . I thought on nak buat vlog juga lah . Hewhewhewh .

Best ke aku bercakap ? Itu yang menjadi persoalan . Hahaha . Insyallah , nanti bila dah bersedia dengan topik , dan peralatan nak rekod . Hhahaha . Tapi , bukan dalam waktu yang terdekatlah . Sebab nak bercakap ni neves dia lain macam . Walaupun jenis suka bercakap kan . Hahahahha .

Tapi berbeza sebenarnya cakap depan orang dengan cakap depan kamera . Hahahha . You have to imagine that orang yang akan tengok tuh faham apa yang kau cakap . So , this time around , aku masih lagi menjadi penonton kepada para youtubers regarding on how they speak , how they be a great youtubers .

Sebelum buat sesuatu tu , kena gain knowledge juga kan . Wish me luck ! Assalamualaikum .