Korang pernah tengok cerita 27 dresses ? Aku rasa majoriti kaum wanita mesti suka gila tengok movie ni. Ke aku seorang je yang perasan lebih?. Hahaha. Kalau tanya aku jujurnya, memang berpuluh kali juga aku tengok movie tu. Movie itu tentang seorang perempuan yang dia menjadi bridemaids kepada kawan-kawan dia sampai dia tak sedar habis baju semua tak muat almari. Hahaha.
Back to my story, aku start menerima jawatan sebagai bridemaids ini bermula tahun 2015.Hahaha. Jadi bridemaids ini best ke tak? Personally speaking, best bila kau tahu macam mana nak 'bawak diri' kau. Aku jenis yang begitu. Aku jenis cepat adapt dengan sesuatu benda baru, Kalau rasa tak ada apa nak cakap,you bettter shut your mouth! . As simple as that.
By the way, tahun 2016 adalah tahun aku paling rajin update blog dan aku telah rajin juga update 10 Perkara Buat Si Pengapit! (Based on true story aku yer) :) Sila BACA!.
Tapi entri aku kali ini ialah untuk mempersembahkan journey aku sepanjang 4 tahun menjadi bridemaids. Takpe , jangan risau aku belum level-level 27 dresses lagi. Hahaha.
2015
JULAI . SUNGAI PETANI , KEDAH
Tugas pertama bridemaids aku bermula di kenduri kahwin housemate aku dan dia lah juga blogger dan dia lah manusia yang kongsikan macam mana bestnya blog ni. Syiera ni banyak ajar aku tentang contest, giveaway dan review yang ada di blog. Kalau orang tak kenal dia, mesti cakap dia ni pendiam. Come on, Syiera dah kawan dengan Ain kot. Silap besar lah nak jadi pendiam.Hahahha. Okay , syiera kahwin pada hari raya weh!!!!!!!!!!!! Kau bayangkan macam mana aku ni duduk JB kot macam mana nak sampai Kedah pada hari raya kot. Comfirm punya jem teruk highway. Jadi nya, aku plan dengan family aku kita naik flight JB-Penang dan sewa kereta. Dapat juga bercuti-cuti dekat Penang tu. Settle. Alhamdulilah, aku dapat juga attend masa dia nikah dan bersanding. Aku just tolong bagi bagi kan goodies je untuk kawan-kawan. Makanan juga sedap sangat terasa lepas rindu masakan orang utara. Ayah syiera layan aku dengan family sangat baik sampai family aku cakap "pakcik ni betul betul jamu tetamu makan sampai kenyang".Hahaha. Aku follow pengantin juga outdoor photoshoot. Cantik weh view dia.
DISEMBER . SUNGAI PETANI , KEDAH
Okay, aku datang terjah lagi SP untuk kenduri cik housemate seterusnya iaitu Siti Nor Syuhada dan kitorang selalu panggil Ayang. Kali ini aku travel JB-KL, dan sampai je KL aku pergi dengan kawan aku,Tiqa dan sampai SP lebih kurang pukul 2 pagi kot rasanya. Tak ingat. Kitorang tidur dekat rumah Ayang. Ayang ni pulak dia memang jenis buat kerja gila selalu. Baju tak gosok lah, contact lens lupa beli la, MEMANG KALUT ANAK MAMI JARUM HABIS!. Hahaha. Sedar-sedar meja makan pengantin ada yang kurang tak ada dessert makanya aku dengan tiqa buatlah resepi dessert cocktail sendiri main hentam. Janji ada dessert untuk menjamu keluarga sebelah lelaki. Tapi alhamdulilah, semuanya settle dengan mudahnya. Petang pula,ada kenduri classmate dekat Penang so kitorang gerak ke sana. Aku paling suka pelamin dia which is sangat rare. Banyak gila kitorang dok selfie. Masa nikah ayang kitorang tak sempat ke masjid sebab time tu lah dok sibuk buat dessert cocktail. Tetiba je dah SAH & SETTLE. Hahahaha.
DISEMBER . JOHOR BAHRU , JOHOR
Next, ialah kawan baik aku yang duduk sebelah aku masak sekolah teknik. Lin nama dia. Aku datang masa dia nikah dan sanding. Aku seketul je kawan dari sekolah dia yang jadi bridemaids yang lain semua kawan U dia. So, macam aku cakap mula-mula kita kena pandai menyesuaikan diri kalau rasa tak tau nak cakap apa, senyap je lah. Aku follow juga dia outdoor photoshoot. Cameraman dia bagus sporting ada gak aku tolong pegangkan beg dia. Tapi yang paling aku suka wedding Lin ialah masakan Kelantan.OMG! Keluarga dia masak sumpah sedap weh.
APRIL . JOHOR BAHRU , JOHOR
Yang ni pun kawan kelas aku masa sekolah teknik. Fatimah Zahra. Yang ni aku consider PALING BERTANGGUNGJAWAB DARI A-Z. Dan dari wedding dia lah aku tulis 10 perkara tentang bridemaids tu. Tq timah percaya ain 100%.Hahaha. Banyak yang ain belajar tentang wedding day ni. malam sebelum hari nikah timah,aku teman dia tidur dekat rumah dia. Aku jugak merasmikan katil diorang baru beli. Hahaha. Tq timah upah inai siap aku buh batu batu lagi. Baju nikah dorang cantik sangat weh. Dan baju sebelah lelaki. Sumpah cantik giler! So bila dah settle nikah aku pun balik esok majlis bersanding pulak. Aku tak jadi pengapit time ni. So masa hari sanding sebelah lelaki, aku datang awal jumpa kat hotel siap-siap kat situ. Dan aku rasa nervous gak sebab ini first time aku naik atas pelamin tukang kipas. Sebelum-sebelum ni peranan bridemaids aku tak sebesar ini. Weh!berlecak ketiak kot dengan sport light merata. Aku rasa habis kuat lah aku kipas pengantin tu. hahahhaa (kadang-kadang kipas pengantin tu macam takde function je weh setakat bulu bulu je lebih angin pun tak rasa). Sebab tu dalam tips aku kena rehearsal. So korang boleh tau apa yang kebarangkalian terjadi bila dekat pelamin tu. TAPI makanan dia sumpah SEDAP. Pengantin dengan pengapit semua sama gila makan tak control. hahahhaa. Tak baik tau tak habiskan makanan yang penat diorang decorate and masak untuk kita. Majlis ni juga peranan aku banyak kepada pegang phone pengantin, tolong replykan segala jenis whatsapp yang penting, check pengantin selesa ke tidak. Banyak sangat yang aku belajar dari wedding timah&mawi ni.
Dari JB kita naik bas ke Senawang. Wedding ecah. Geng PCD,classmate matrik aku. Fuh wedding ecah ni kira tiptop lah sebab dia siap buat group whatsapp pengapit dan dah siap list everything apa yang kita kena buat sepanjang majlis. Jujur aku kata ecah pandai letak peranan setiap bridemaids dia. Yang sedara mara semua handle satu tugas yang related to theirs family. Yang kawan-kawan matrik dan kawan-kawan U dia suruh handle bahagian itu ini. Bagus sangat susunan dia. Aku dengan elly ditugaskan tangkap gambar semua tetamu yang datang bersalam dengan keluarga pengantin, berarak belakang pengantin semasa pengantin sampai. Dia provide juga kamera DSLR untuk aku dengan elly gilir-gilir tangkap gambar. Aku suka planner dia. Aku ingat mak ecah cakap “aisyah cakap dekat acik just salam tetamu je” . Means dia tak bagi mak ayah dia pening kalut time tuh. Wedding ecah pun aku ada dari nikah sampai habis bersanding.
Untuk tahun ini juga aku “fly” lagi jauh ke Ipoh pun pada bulan Mac. Hahahhaa. Tarikh yang dekat sama pulak tu. Dari JB-KL dan aku stay semalam dekat KL. Esoknya pagi aku naik ETS ke Ipoh. Wedding mira aku klasifikasikan sebagai Exclusive Wedding. Bukan nya bermewah yang mahal maksud aku. Exclusive ni sebab aku suka tempat dia. Mahligai Eliani. Sebuah banglo yang view dia memang cantik, serba lengkap murah pulak tuh (pada aku yang duduk JB). Pengantin siap semua dekat master bedroom which tempat aku tumpang tidur sekali. Hahahhaa. Teman mira tidur okay. Banglo dia memang CANTIK aku ulang CANTIK gila. Wedding mira juga sepanjang dari sebelum nikah sampai tamat majlis Makan memang serba sedap. hahahhaa. Untunglah mira ayah dia memang power bab-bab atur majlis sediakan makan ni. hahahhaa #bilayahakukerjahotel . Okay, masa mira dah nak nikah,dia boleh pulak nervous macam susah nak bernafas, aku dah cuak dah weh tapi aku suruh dia istigfar, aku suruh dia doa. Lepastu bila moment dia kena keluar untuk duduk atas pelamin, dia panggil aku. WEH!! its not on the plan. Aku tak ada jawatan sebagai bridemaids pun sebenarnya. Aku hanyalah kawan jauh yang datang menumpang semalam dua teman pengantin. hahahhaa. mira panggil ain. Aku macam serba salah lah, sebab selalu kan mak yang duduk sebelah pengantin perempuan. Tapi mak mira and family dia semua sporting. So aku pun pergi jelah teman mira. Aku nampak jelas pengantin lelaki pun cuak gak tu. Tapi alhamdulilah it was so smooth. Tok imam dia sempoi giler. Tak yah testing terus ON je. Ayah mira pun masa nikah kan rileks je sekali lafaz semua dah SAH. Aku lak lupa yang duduk atas pelamin. Kena SENYUM. huwaa, nasib abang kameraman bagi signal. Aku pun senyum lah. Dan aku juga pegang phone mira sepanjang majlis, dan tolong jaga segala jenis barang-barang dia. Masa wedding mira aku nampak dua penyatuan keluarga yang sangat akrab. Adik beradik both of them boleh get together sama-sama. Betul lah orang cakap Kahwin ni bukan je pasangan tu bersatu, tapi both family pun bersatu juga kan.
Hmmm, dan aku.. aku terasa gak lah bila orang tanya “ain bila nak kahwin?”. Kahwin itu memang semua orang nak,tapi sesungguhnya Allah itu Yang Maha Mengetahui Segala-galaNya. Tak payah gelabah sangat la kan.
Dan aku bukan niat nak banding beza each of my wedding friends. Masing-masing ada cerita kenangan untuk diingati. Jangan judge aku ni kutuk wedding kawan lak yer!
Sorry aku cerita based on pengalaman aku. Bagi yang terlibat terima kasih untuk pengalaman ini. Aku jadikan semua ni lesson learn insyallah untuk satu hari special aku nanti. Hashtag doa yang baik baik. Dan terima kasih juga, sebab korang PERCAYA aku untuk ada sepanjang wedding.
Kau tau apa moment paling best yang aku suka tengok bila wedding? “Bila suami tu pandang isteri dia dengan penuh kasih sayang” .Kasih sayang kau tak boleh tipu bro, boleh nampak kot dari mata kasar.
2017
MAC . SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN
Dari JB kita naik bas ke Senawang. Wedding ecah. Geng PCD,classmate matrik aku. Fuh wedding ecah ni kira tiptop lah sebab dia siap buat group whatsapp pengapit dan dah siap list everything apa yang kita kena buat sepanjang majlis. Jujur aku kata ecah pandai letak peranan setiap bridemaids dia. Yang sedara mara semua handle satu tugas yang related to theirs family. Yang kawan-kawan matrik dan kawan-kawan U dia suruh handle bahagian itu ini. Bagus sangat susunan dia. Aku dengan elly ditugaskan tangkap gambar semua tetamu yang datang bersalam dengan keluarga pengantin, berarak belakang pengantin semasa pengantin sampai. Dia provide juga kamera DSLR untuk aku dengan elly gilir-gilir tangkap gambar. Aku suka planner dia. Aku ingat mak ecah cakap “aisyah cakap dekat acik just salam tetamu je” . Means dia tak bagi mak ayah dia pening kalut time tuh. Wedding ecah pun aku ada dari nikah sampai habis bersanding.
2018