Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green – Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia


KUALA LUMPUR, 5 Jun 2018 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan Honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.
“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.



“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.




honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.



Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super Honor Day.





Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/


Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

JOM MAKAN BESAR DI SDS CAFE


Bila bercakap tentang makan, paling nikmat pada aku ialah bila dapat makan beramai-ramai secara santai dan yang selalu menjadi pilihan aku semestinya yang ada set. Kenapa?


Sebab kebanyakkannya yang ber set ini selalunya akan lebih jimat dan senang kata “kira sekaligus lah senang”. Mana-mana je restoran atau kedai makan yang aku pergi pasti aku akan tengok menu yang ber set atau hidangan untuk ramai orang.


Antara sebabnya ialah majoriti yang ada didalam set itu ialah hasil campur hidangan satu satu menu. Ingat formula kita tadi “kira sekaligus”. hahahhaa. Bila kita order set, kita dapat rasa hampir semua yg ada di menu. Jadi tak payah la nak order satu-satu.



Bukan itu sahaja, aku paling suka bila makan ber set ini kita akan “makan rebut-rebut”. hahahhaa. Itu lah yang lagi bertambah meriah. Kita nak itu kena rebut dengan partner kita, kita tak makan ini tapi partner kita makan. That the beauty of makanan yang ber set ini.


Sesuai dengan bulan Ramadhan kita sangat digalakkan untuk berkongsi rezeki. Jadi, kongsi kan rezeki anda bersama yang tersayang dengan menikmati set ramadhan dari SDS ini .

Peminat seafood jangan risau allergik sebab set dari SDS ini sangatlah kena dengan tekak kita yang tengah lapar. Ditambah pula dengan air minuman dia. Peh, memang sedap yang teramat. Untuk set ini, akan ada di SDS pada 1 May sehingga 17 June 2018. Hidangan ini juga sesuai dimakan untuk dua orang , empat orang , dan enam orang.

Bersempena dengan Parent's Day iaitu sambutan hari ibu pada 13 Mei dan 17 Jun sambutan hari bapa , maka SDS la pilihan yang tepat untuk meraikan mereka. Makan besar la terus kan. Harga pun tak ada la mahal sangat.




RINDU SEORANG SAHABAT


DEKAT LIBRARY KONON BUAT ASSIGNMENT , SEM1 UITM KEDAH
Perempuan, dia mesti ada seorang kawan lelaki yang dia akan tell everything like apa yg kau tak puas hati, apa masalah kau, taste lelaki idaman kau, crush kau. Literally EVERYTHING.

And, He is. Mula-mula masa dekat Merbok, aku panggil dia abang. Dia panggil aku adik. Sebab aku memang anggap dia macam abang aku sendiri. Tapi, sebab member kan so kitorang ber-aku/kau jela. But, dia selalu gelar diri dia "Abang Jemah". hahahhaa. Kitorang start kenal masa nak buat group assigment. Mula-mula, nampak dia ni diam je. Dia selesa ke tak dengan group puaka aku ni.๐Ÿ˜œYela, first time ajak keluar konon nak buat assignment, sewa kereta depan Uitm pastu sebenarnya pergi melagha dan buka puasa dia tekezut nampak aku makan laju tahap pelahap gila. Sampai dia cop aku "jangan sampai bagi ain lapar, kalau dia tengah lapar laju gila dia makan"๐Ÿ˜…

GENG BUDAK SENGET , JAMUAN RAYA SEM1

Dia lah yang selalu tanya "weh jom abc","jom makan","kau tengah buat apa?","lepak jom","kau ok ke?". Like dia lah yang selalu mesej aku. Random text. Sampai ada ketika aku gaduh dengan dia dekat seminggu lebih kot aku mogok tak reply mesej, tak angkat call, ignore pm fb and dalam kelas aku buat-buat tak nampak. (sumpah kelakar time tu sampai dia mesej "Ain sampai bila kau nak macam gini? weh aku tak boleh lah weh macam gini"). Dan aku pernah terasa bila dia pindah kelas lain. Yela, dia dah muak kawan dengan aku kot waktu tu. Aku selalu cakap dekat dia "kau tak payah nak ego sangat dengan aku". Hahahhaa.

MASA NI TENGAH DRAMA KES NAK LEPAK MANA KOT
Semua pasal aku dia banyak tau. Senang cakap cerita aku dekat Merbok tu dalam poket dia la. Dia ni geng lepak, geng karoks, geng budak senget, geng jemah, geng assignment, geng balik cuti sem North-South journey(aku pernah blog tentang journey ni), GENG semuanya lah kot. Campak kat dia seorang.

Sampailah bila aku dapt whatsapp dari dia."Aku rasa aku rindu kedah. K Bye"๐Ÿ˜ช.Sumpah, hati aku rasa tak sedap gila (Aku tau consequence sepanjang dia sakit sampai koma) But lets just not talk to the public. Dan..lepastu dia koma. Sepanjang koma tu, boleh dikatakan aku nangis je,sampai terdetik niat dekat hati "Halim, kalau kau dah sedar aku sanggup teman hang pi Kedah"

DIA SELALU JADI DRIVER KITORANG. HAHAHA.

Dan...Dia meninggal. Sumpah, aku HILANG. Aku macam LOST gila. SAKIT sangat rasanya bila kau hilang orang yang kau sayang. Sakit dia macam aku hilang arwah ibu aku masa 17 Nov 2013.

Tapi, ALLAH tu bagi satu rasa berlapang dada dengan semua ni. Its a wake up call for me to be more independent. Yang mana at the end of the day, Kau kena balik semula PadaNya.Yang Maha Pencipta.

LAST GROUP ASSIGNMENT DENGAN DIA.
Aku dah tak ada dah seorang sahabat yang selalu mesej aku macam dia. DAH TAKDE. Aku SENYAP masa dia baru meninggal. Fuh, berat gila dugaan ni. Sumpah aku rasa macam SPEECHLESS. Lepas ni, aku dah tak ada geng Februari, dah tak ada nak wish birthday selang 3 hari pastu birthday aku. ITS ALL GONE.

Dan hari ni, sebak rindu pada dia datang pula. Aku cari gambar-gambar kau beb, aku nyanyi lagu favourite kau, aku tengok balik Facebook komen-komen kau, dan Facebook kau sekarang dah ada "Remembering". Aku bersyukur. Masa aku dekat Merbok, Allah bagi aku seorang sahabat yang sangat baik. Dia bagi kawan lelaki yang boleh faham aku sebab aku ni jenis boyish teruk. Mesti nak kena ade geng lelaki sebab adik-beradik aku semua lelaki. Skala perangai gegurl aku mungkin hanya 4/10 je. hahahhaa.

GENG GROUP BAHASA JEPUN MENANG NO1 COMPETITION

Dan Dia ambil kau hilangkan dari dunia ni. Terima kasih Allah sebab bagi aku nikmat ini. Best weh ada seorang kawan lelaki yang boleh kau all out everything. Aku rasa cukup almost 7 tahun nikmat tuh aku rasa.

LAST KITORANG JEJAK KE KEDAH WEDDING AYANG , 2015

Semoga kau terus bahagia dan sentiasa dipelihara olehNya.
Al-Fatihah & Semoga kite bertemu di Syurga.
Abdul Halim Asmawi Bin Zakaria
5 Februari 1990-10 Mei 2017