MAKAN PAGI SAMPAI MALAM : 3 OPEN HOUSE , 1 FOOD REVIEW


7/7/2018 tarikh paling banyak Ain makan-makan. Sampai rasa nak pengsan lah. Hahaha. Bermula pukul 12 tengah hari , pergi kenduri kahwin di dewan yang terletak di Perling , Johor Bahru . Lepastu balik dulu rumah berehat kejap sebab badan memang penat betul . Bangun je terus mandi dan pakai baju kurung pergi ke open house rumah team Ain iaitu Shikin yang terletak di Kampung Melayu. Makan-makan yang paling sedap of course lauk Ayam Hijau mak Shikin tu. Sedap teroks.

Ayam Hijau sedap teroksss


Lepastu , terus ke rumah Pengerusi Kejiranan Wanita KRT kawasan rumah Ain di Bandar Baru Uda. Itu pun Ain larat makan lontong dengan buah jambu cicah asam jer. Sebab malam ada food review woi. Meletop perut rasa. Balik ke rumah dulu siap-siap dan kena mandi. Berapa kali mandi hari tu tak payah cerita la kan. Hahaha.

Lepas magrib terus ke Restoran Ateh Corner yang baru dibuka di Taman Universiti. Ain order air suam dengan barli suam je. Sis Lin siap cakap "Ain kau order air orang kampung ke".Hahaha. Sebenarnya nak buang rasa mual makan macam-macam kan dalam satu hari.


Dah settle semua review , balik je boleh pula jalan skudai tu jem.Dahla badan dah lepak penat betul. Sampai je rumah memang mandi lagi , rileks kan badan dulu pastu tidur. Memang set dalam otak esoknya hari rehatkan badan dari makanan. Hahaha. Nantikan review Ain tentang kesedapan makanan di Restoran Ateh Corner.

POTLUCK RAYA JDT BLOGGER , MERIAH WOI !!



Masih lagi tinggal saki-baki hari raya dimeriahkan lagi dengan kemeriahan potluck raya bersama geng JDT Blogger. Alhamdulilah , ianya berjalan dengan lancar . Kami buat dalam suasana yang sederhana dan bincang dalam group whatsapp , lepastu terus ON je!

Terima kasih Sis Lin sudi menjadi tuan rumah dan kitorang geng-geng yang lain semua bawa makanan dan minuman lepastu makan ramai-ramai dekat rumah Sis Lin. Masing-masing siap boleh tapau lagi. Wah bestkan. Tapi Ain tak boleh tapau uolls. Esoknya 3 open house dan kalau tapau pun tak ada yang nak makan. So, lebih baik bagi pada yang nak makan kan.


photo credit : Fb Sis Lin

 Amboi, yang tudung biru tuuu semangat betul kann .... Serawa durian Kak Hernee yang bawa.





Selamat Hari Raya ! Maaf zahir & batin Ain ucapkan ! Semoga kita semua dapat beraya dan berkumpul lagi pada tahun hadapan. Insyallah.

TEXAS CHICKEN KINI DI JOHOR BAHRU



JOHOR BAHRU, 5 Julai 2018 – Texas Chicken, antara rangkaian jenama global rantaian restoran makanan segera kini di Selatan Malaysia dengan pembukaan restoran pertama di Johor. Ini merupakan restoran Texas Chicken pertama di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru dan merupakan restoran Texas Chicken yang ke-48 di Malaysia.


Dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura.

Restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley.






“Johor Bahru City Square merupakan pilihan utama setiap jenama,” ujar DatoJaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings. Restoran baru Texas Chicken ini berada di pusat bandar, berdekatan dengan pejabat-pejabat korporat, universiti tempatan serta antarabangsa dan hanya beberapa minit dari Pusat Kastam dan Imigrasi Malaysia dan Singapura.




Dalam nada yang sama, Dato’ Kamal Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, “Dengan aktiviti serta kawasan bandar yang sibuk, pasti ianya dipenuhi dengan penggemar ayam goreng yang mahukan servis yang bagus dan mudah. Di Texas Chicken, kami teruja untuk menyajikan yang terbaik dan melangkaui jangkaan mereka.”

Antara menu popular yang boleh didapati adalah Ayam Goreng Spicy yang diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan rasanya. Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu (Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. Selain itu, Texas Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap & Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi.








Kumpulan Envictus kini mengendalikan restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Peluang ini merupakan cadangan serta rancangan dari pemegang francais veteran kami,” kata Tony Moralejo, Naib President Eksekutif Perdagangan Antarabangsa Texas Chicken. “Kumpulan Envictus telah menunjukkan rekod yang baik di Malaysia dan kami yakin ia akan terus berkembang di Johor Bahru.”

“Bersama Kumpulan Envictus kami akan terus memperbaiki tahap kepuasan pelanggan kami di Malaysia,” tambah beliau. 

Restoran di Johor Bahru ini dijangka dapat menampung sebanyak 111 pelanggan pada satu-satu masa dengan keluasan 1,123 kaki persegi.