GADGETS WORLD 666 : PORT CARI BARANG GADGET TERBAIK


Ain rasa tak perlu lagi mewar-warkan jenama Gadget World 666 ni. Sebab brand ni dah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Kenapa Ain nak up posting di blog ni? Sebab Ain suka betul PR iaitu layanan staff dia kepada customer. Bukan sekali tapi dah banyak kali jugak Ain beli barang-barang macam kabel ipad, iphone charger, casing.

First time ain pergi dekat cawangan Bandar Baru Uda, Johor Bahru , layanan dorang tiptop. Ain suka cara anak-anak muda tu melayan. Sempoi sangat. Baru-baru ni Ain pergi ke cawangan di Kilang Bateri, Tampoi. Sebab cable untuk charge broadband hilang. Hahaha.


Rasanya hilang dalam rumah. Mungkin tersalah letak. Singgah la cari. Layanan dekat cawangan ni pun tiptop. Siap dorang try cuba dulu sampai rasa puas hati baru terus bayar.

So far, Ain memang recommend lah kepada korang yang berada di sekitar Johor Bahru nak cari benda-benda gadget ni. Pergi jelah terjah dekat situ. Kepada yang duduk di negeri lain tu boleh je search kat mana cawangan yang ada dekat dengan tempat korang itu.


Gadget World 666
facebook : GadgetsWorld666
instagram : @gadgetsworld666

JATUH SAKIT

Betul lah orang kata, kalau jarang sakit, bila jatuh sakit... Haa betul-betul lemah kau. This is happen to me right now. 

bubur ayam mcd ni je mampu telan.

Start dengan batuk-batuk, sakit tekak. Nak makan pun dah tak ada selera sangat. Huwaa, tak best betul tak ada selera makan ni. 😂


Badan pun dah start rasa nak demam juga. Insyallah dua tiga hari tu baik la. Its time for me to take some rest. 😁 Doakan ain cepat sembuh yer! Nak kembali cergas dan bertindak aktif semula. Tiberr.😜

DOMINOS PIZZA RM5.90 JER!

Konon nak singgah Maybank kejap je, abang aku ni mudah terpedaya pulak dengan budak-budak Dominos Pizza depan Maybank ni.


“RM5.90 jerrr” . Aku tengah dok kalut-kalut cari no akaun dekat phone masa nak beratur tu, dia boleh pula tanya “nak tak ain pizza tu?” . “Ala kita tanya la berapa harga dia”🙄 . (aku dah masak kot kat rumah citer dia kan) . Abang aku tambah lagi “ala, tekak kan tengah tak sedap buat-buat rasa je” 😂

Fine ! Lepas dah settle keluar je terus tanya pizza apa yang ada. Lepas dah beli tu dalam kereta dia cakap ,”ikutkan nak beli dua kotak”. Hahaha. Sabar je la kan!


Dapatlah merasa seorang dua slice. Kebetulan kat rumah ada balance chili flakes makan sekali dengan pizza tu🍕