BILA PEREMPUAN MAIN FUTSAL


Aku buat throwback ,yang ni cerita tahun 2017. Tahun lepas, Alhamdulilah aku berkesempatan ke negeri Sabah. Kali ni aku pergi dengan beberapa orang team.

Geng aku si shikin ni memang gila sport, main futsal. Aku pulak nampak je boyish tapi aku tak suka permainan sukan yang sepak-menyepak ni. Kalau main netball aku suka gila. Walaupun ketot, hahaha tapi aku power main GD (goal defence).


So, kenalan dari Sabah cakap jom kita main suka-suka tapi team perempuan je kali ni. Mak oi. Kau rasa tak kelaut aku waktu tu. Main pula dengan team yang power hari-hari train. Hahaha. Dekat court kiri kanan pun ada lelaki yang tengah on match. Pehhh, lagi la malu kan. Perangai gegurls i tetiba terkeluar .😜




Aku memang totally kaki bangku main kejap je pastu kasi kat diorang main. Kitorang campur-campur team. Eh, team yang aku join menang pula tu. Tapi ain tak sumbang apa-apa lah😂


Seronok bila tengok balik gambar-gambar ni.Bambam betul badan kita masa ni.😂 Sekarang alhamdulilah makin turun berat badan. Doakan ain semakin kurus dan kurus lagi ehk🤙🏻

MAKAN PIZZA HUT BERJEMAAH!



Kalau pergi makan ramai-ramai, Ain memang paling suka tengok menu yang ber set. Pada ain itu lah kepuasan dan kenikmatan yang sebenar bila makan ramai-ramai.


A post shared by MALAYSIA FOOD ENTERTAINMENT🇲🇾 (@awakmakanape) on

Kitorang pilih 4 jenis air yang berbeza


Sebab dari kecil lagi, arwah ibu memang ajar Ain makan kongsi-kongsi. So, benda tu dah sebati dalam diri ain. Bila kita makan share sikit-sikit kan lagi best dapat rasa sorang sikit.

garlic bread
So, dah lama pula tak ke Pizza Hut. Makanya petang hari khamis lepas, Ain pun pergi lah mencekik. Kihkihkih. I dont know why, kalau pergi mana-mana kedai makan, i have the power on selecting the food.
yang ni sedap woi rasa macam makan kacang pool.tiber.hahaha.

4 mushroom soup cicah dengan garlic bread


Tau lah kita ni kuat makan 😂. Hahaha. So, kitorang decide untuk pilih set 4 orang ni. Fuh kenyang woi. Aiskrim tu ain memang tak larat nak habiskan. Siap bawa balik ke rumah masuk peti ais.

4 aiskrim kitorang dapat (2 coklat & 2 strawberry)

Dahla tekak masih belum betul-betul okay. Tapi, rezeki Allah nak bagi kan. Alhamdulilah, bersyukur sangat. Kalau korang datang ke Pizza Hut , pizza apa kegemaran korang yer? 🤤