Hari ni belek-belek gambar dekat laptop ternampak pula gambar-gambar comel anak-anak jiran. Aku gelar diorang “The NF generation”
Kenapa? Sebab nama aku Nur Farahain. Nama diorang pun NF juga. Nur Farzana , Nur Fahrina dan Nur Farisya. Memang jenis sehati sejiwa mungkin jiran kita ni. Hahaha.
risya , nana , rina
Seronok tengok diorang membesar daripada baby tak pandai bercakap, sampailah dah masuk sekolah. Aku suka dengar bila dorang bagi salam “Assalamualaikum kak Ainnnnnn”🤣
Aku pernah ambil diorang balik dari sekolah kebangsaan sebab rumah dekat je dengan sekolah ,jalan kaki pun dah sampai, tengok-tengok kan diorang pergi sekolah agama. Nampak diorang monteng sekolah agama(teringat aku dulu pun kuat ponteng sekolah agama) . Siap dah plan dengan kawan bila nak ponteng😂
Farisya masa kecik dengan arwah ibu ain.
comel kan Farisya & Fahrina
Semoga generasi NF ni kekal sampai bila-bila. Kak Ain nak sangat tengok Nana,Rina ,Risya menjadi anak-anak yang solehah pada Baba dengan Mama. 💕
Alhamdulilah, rezeki kami lagi geng JDT Blogger menerima jemputan media review untuk merasa menu terbaru daripada Makan Kitchen Double Tree By Hilton Johor Bahru. Antara geng JDT Blogger yang hadir ialah Sis Lin ,Kak Ida, Kak Seri , Kak Mia , dan Uyul . Ini merupakan kali pertama Ain mencuba sendiri makanan-makanan yang disediakan oleh pihak hotel Double Tree ni. Komfom la teruja kan...
So, menu "Best of Johor" ini akan mula dihidangkan kepada tetamu iaitu pada 1 ogos-30 september 2018 ini. Kepada korang yang berada di sekitar Johor Bahru ataupun yang berhajat untuk jjcm di johor bahru wajib datang dan cuba sendiri makanan-makanan di sini. Jom Ain payung korang semua menu-menunya. Sedap-sedap woi.
Mesti ramai orang yang nak kurus tanya , “betul ke jom kurus (JK1M) tuh boleh kurus?” . Jawapannya boleh. Hahaha.
first meet up kitorang.yang pakai baju hijau tu ler ain dulu.(beso kan)
masa ni kevin zahri tak turun padang, tapi nana al-haleq dengan aizat yang datang bagi talk
Sebab aku dah pernah join. Season 6. aku join pada tahun 2016. Hahaha. Throwback lagi nampak entri kau Cik Farahain 😜
Aku tak pernah join mana-mana group nak kurus sebelum ni. Tu la pertama kali aku join. Aku pilih team semua gegurl. Nama coach Durrah. Dia sangat sporting.
Oh okay, aku sendiri nak kongsi dengan korang pengalaman 6minggu aku bersama jom kurus.
Masa tahun 2016 tu aku memang dah nekad gila nak losing weight sebab aku dah mula pakai baju size XXL. Bapak besar gedabak badan kau Ain. Aku mula sedar time beli baju raya sebab aku jenis beli baju ready to wear. Malas nak tempah.
binatang ni la aku fobia betul.Mungkin bila lemak dah kurang,hilang fobia tu nanti
Okay, tu first point aku. Second is banyak gila baju-baju dan seluar dah tak muat. Something is not right for me. Third, aku dah mula rasa mengah dan cepat letih bila bergerak. Aku seorang yang aktif tapi bila cepat pancit ni, “kau memang dah obese lah cita dia kan Ain”😂
So,kawan aku recomend aku join jom kurus. Aku pun cari la dekat area JB. Aku tak kesah pun sebenarnya nak join group dengan lelaki. Sebab aku masuk gym jugak waktu tu. Tapi effect dia tak berapa sangat berkesan.
ni workout ke gelak Ain woi
Sebab apa? Aku tak ada knowledge sebenar macam mana nak losing weight. Ilmu woi yang boleh guide kau. Bila aku join jom kurus ni first ada group whatsapp yang boleh berinteraksi sesama team.
Lepastu setiap minggu ada group training. Yang ni aku akan pulun kaw-kaw punya. Sebab dah bayar kan, gila tak bagi full komitmen. Tapi aku tak komit dari segi wall climbing. Memang kelaut dan dalam team, aku yang paling takut nak manjat benda alah tu. 🤣
Then, coach durrah juga ajar kitorang cara pemakanan. Waktu jom kurus tu memang aku full blast jaga bab makan. Tapi sekarang memang susah.🙊 Sebab coach selalu cakap, “part makan komfom ramai yang kantoi”. Hahaha.
Berapa aku turun sepanjang 6 minggu tu? Daripada 89.1 kg aku turun sampai 82.8kg . Aku rasa tu pencapaian aku paling meletop kebabom la sepanjang weight loss journey aku.
Aku target turun 15kg tapi coach cakap”wow tinggi target tu tapi dah dapat turun separuh pun dah okay “. Aku juga dapat reward tempat kedua. Hahaha. Rezeki weh. Duit tu cover sambung bayar training dengan coach Durrah lepastu.
squat sket , kata sado kan semua
Kalau korang belek-belek balik entri tahun 2016, which is entri hari-hari diary of the day aku.. Aku banyak juga cerita aku workout, bab pemakanan. Tapi aku tak reveal cerita jom kurus ni. Sebab aku malu. Hahaha. Aku rasa rendah diri. Aku pernah hilang keyakinan diri pada waktu tu. Sebab tu aku keep it in silent. Hanya berapa orang je yang tau aku join jom kurus waktu tu. Let the result talks everything.
last timbang berat depan crown haa.panas terik kau
Aku tak happy bila aku gemuk. Mungkin ada orang rasa happy dan awesome. Tapi bukan aku. Sekarang berapa berat aku ? Jeng jeng jeng... Rahsia. Doakan aku semakin kurus dan capai berat ideal okay 🤙🏻 Pada korang yang memang nak kurus, turunkan berat badan, find someone who you can talk with. Yang ada matlamat dan jangan cari orang yang “bakar” kau lagi untuk jadi gemuk. Melainkan lah kalau korang rasa “Gemok is awesome”🙊
lepas dah timbang berat, aku melantak kaw-kaw punya lepas geram
menang tempat kedua.tu la coach kita.
sesi tukar-tukar hadiah
kenangan terindah dengan geng jom kurus
kat bawah ni gambar ain yang paling latest. doakan ain makin kurus tau.
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~