BUKIT GAMBANG WATERPARK


Ape kes cik Farahain baru nak update benda dah berlaku tahun 2015 πŸ™ˆ. Sorry yer blog kita ni kan awak, kadang dia ada ombak pasang surut.  Makanya, kita throwback ler cerita berapa tahun lepas.

Ceritanya masa tu, geng PCD ain semua berpakat ke Pahang. Sebab lela kahwin dan tu la first time Ain sampai Pahang. Oh, by the way geng PCD ni tercipta masa zaman belajar matrik. Hehehe. Kita cerita lain entri yer nanti. Geng PCD ni terdiri dari Ain , Elly , Ecah , Eiyra dan Lela.


Ain mulakan perjalanan dengan naik flight JB-KL sebab masa tu acah-acah poyo nak naik flightπŸ™ˆ. Sampai je klia terus pergi putrajaya kejap sarapan pagi dengan my bestfriend. Lepastu aku gelabah lah kelam kabut sebab dah plan dengan Elly n Ecah.


Jumpa dekat KL Sentral. Ecah yang drive. Dia bawak Triton kau.Tekezut kita dahla Ecah comel je. Hahaha. Kitorang sampai lambat lah. Aku sumpah rasa bersalah gila. Hahaha. Dah la plan pergi ke Gambang ni idea aku. Eiyra dari JB dah lama sampai kitorang lambat sampai.

Lagi panas hati, sampai lambat, pastu tiket boleh tahan mahal. Sebab kitorang main kejap je, mestila rasa tak berbaloi kan. Weyh, geng PCD ! Kalau korang baca, sorry tauπŸ˜‚


Kitorang antara yang last juga la keluar dari water park tu. Dah penat-penat mandi terus pergi ke rumah lela. Sebab lela nikah malam tu.

Alhamdulilah, sempat juga kitorang tengok dia. Sekarang ni geng PCD tinggal aku dengan Elly je yang belum kahwin. Hahaha.Doakan yang baik-baikπŸ™Š

Aku up semula moment ni sebab 8-10 ogos , kami geng JDT Blogger nak gegar ke Gambang. Kali ni, ain nak betul-betul rasa enjoy dekat sana. Banyak aktiviti tau.Nantikan update dari kami semua tau. Korang boleh je follow Facebook JDT Blogger dan Instagram @jdtblogger .

THE NF GENERATION


Hari ni belek-belek gambar dekat laptop ternampak pula gambar-gambar comel anak-anak jiran. Aku gelar diorang “The NF generation”


Kenapa? Sebab nama aku Nur Farahain. Nama diorang pun NF juga. Nur Farzana , Nur Fahrina dan Nur Farisya. Memang jenis sehati sejiwa mungkin jiran kita ni. Hahaha.

risya , nana , rina


Seronok tengok diorang membesar daripada baby tak pandai bercakap, sampailah dah masuk sekolah. Aku suka dengar bila dorang bagi salam “Assalamualaikum kak Ainnnnnn”🀣




Aku pernah ambil diorang balik dari sekolah kebangsaan sebab rumah dekat je dengan sekolah ,jalan kaki pun dah sampai, tengok-tengok kan diorang pergi sekolah agama. Nampak diorang monteng sekolah agama(teringat aku dulu pun kuat ponteng sekolah agama) . Siap dah plan dengan kawan bila nak pontengπŸ˜‚

Farisya masa kecik dengan arwah ibu ain.

comel kan Farisya & Fahrina


Semoga generasi NF ni kekal sampai bila-bila. Kak Ain nak sangat tengok Nana,Rina ,Risya menjadi anak-anak yang solehah pada Baba dengan Mama. πŸ’•

BEST OF JOHOR BY MAKAN KITCHEN DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU


Alhamdulilah, rezeki kami lagi geng JDT Blogger menerima jemputan media review untuk merasa menu terbaru daripada Makan Kitchen Double Tree By Hilton Johor Bahru. Antara geng JDT Blogger yang hadir ialah Sis Lin , Kak Ida , Kak Seri , Kak Mia , dan Uyul . Ini merupakan kali pertama Ain mencuba sendiri makanan-makanan yang disediakan oleh pihak hotel Double Tree ni. Komfom la teruja kan...

So, menu "Best of Johor" ini akan mula dihidangkan kepada tetamu iaitu pada 1 ogos-30 september 2018 ini. Kepada korang yang berada di sekitar Johor Bahru ataupun yang berhajat untuk jjcm di johor bahru wajib datang dan cuba sendiri makanan-makanan di sini. Jom Ain payung korang semua menu-menunya. Sedap-sedap woi.

antara rakan media yang hadir

ni la menu nya

kek durian ni memang sedap sangat



















Best Of Johor
by Makan Kitchen
1st August- 30th September 2018
Monday-Thursday | 6:00pm-10:00pm
Sunday | 6:30pm-10:30pm

RM 102 Nett per adult
RM 51 nett per child

instagram : @doubletreejb


kalau korang lapar, tak tau nak makan ape..jom terjah @awakmakanape dan korang boleh juga search hashtag #awakmakanape