PENGALAMAN PERTAMA KE FASHION SHOW


Aku bukan lah seorang perempuan yang gila dan obses pada fashion. Nak ootd pun masih kelaut. Hahaha. So, tak pernah terlintas difikiran aku untuk menghadiri majlis-majlis fashion ni woi. Tapi, alhamdulilah, rezeki ini berpeluang merasainya.


Terima kasih kepada pihak Paradigm Mall Johor Bahru kena sudi menjemput Ain . Memang Ain betul-betul rasa excited pada waktu tu sampai buntu nak pakai baju apa. Hahaha. End up bedal jela baju apa yang ada🀣

Sampai je ke tempat persembahan tu, wow ramai betul yang memang fashionista. Malu pun ada rasa. Tapi, Ain konfiden je masuk register dan kebetulan waktu tu perut tak sedap, Ain tak jamu pun dessert yang disediakan.

Bila tiba masanya waktu pertunjukan dah nak bermula, kami wakil-wakil media di beri tempat duduk paling hadapan sekali. Wow, lagi la teruja kita wakkπŸ™ˆ. Memang mendongak kau , aku tengok model-model tu semua catwalk.

Ada orang cakap bosan duduk lama-lama sampai 3 4 jam. Yer, memang mengantuk jugak πŸ˜…. Tapi, jadi tak mengantuk bila ada persembahan selingan . Antara yang menghiburkan para tetamu pada ketika itu ialah Altimet, Wanikayrie , Ernie Zakri dan pemain saxophone wanita Keyin. OMG ! Persembahan diorang semuanya superb best weh.


Aku ni dahla minat muzik walaupun tak pandai main muzik. Menyanyi dan karoke tu pandai la.Hahahaha. Wanikayrie nyanyi lagu Diamond like OMG sedap betul dan dia nyanyi juga lagu Girl On Fire. My favourite song. Aku betul-betul terpegun beb.

Pada aku, Altimet memang la seorang entertainer yang harus dipandang oleh rakyat Malaysia. Aku siap jerit lagi “nak lagu Amboi”πŸ˜‚, Altimet jawab “Amboi kita berehat dulu”πŸ˜†. Seterusnya, Ernie Zakri. Yang ni kita tak payah lah nak pertikaikan suara dia. Sedap habis kan. Memang layak di tepukkkk πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on
Okay yang pemain saxophone ni pulak superb jugak woi. Aku memang enjoy betul. Kan dah cakap i memang suka muzik walaupun baca nota muzik pun tak berapa nak pandai. πŸ˜‚

Habis je catwalk dan persembahan aku cepat-cepat dengan laju nya ke Sazzy Falak untuk bergambar. Sampai kak Seri tegur “Ain dah nak balik ke?”🀣 Hahahaha. Lepas je tangkap gambar semua, dekat ruang dessert tu diorang siap sediakan bekas untuk tapau. Apagi, tapau lah dessert yang sedap-sedap tu.

Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Paradigm Mall JB kerana sudi memberikan pengalaman indah ni kepada Ain. Ain sangat-sangat menghargainya. Semoga kita dapat berkolaborasi lagi untuk event-event yang akan datang.

EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG






Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang Resort City


8-10 Ogos 2018



Team @jdtblogger yang terlibat:



Penaja bersama:


BUKIT GAMBANG WATERPARK


Ape kes cik Farahain baru nak update benda dah berlaku tahun 2015 πŸ™ˆ. Sorry yer blog kita ni kan awak, kadang dia ada ombak pasang surut.  Makanya, kita throwback ler cerita berapa tahun lepas.

Ceritanya masa tu, geng PCD ain semua berpakat ke Pahang. Sebab lela kahwin dan tu la first time Ain sampai Pahang. Oh, by the way geng PCD ni tercipta masa zaman belajar matrik. Hehehe. Kita cerita lain entri yer nanti. Geng PCD ni terdiri dari Ain , Elly , Ecah , Eiyra dan Lela.


Ain mulakan perjalanan dengan naik flight JB-KL sebab masa tu acah-acah poyo nak naik flightπŸ™ˆ. Sampai je klia terus pergi putrajaya kejap sarapan pagi dengan my bestfriend. Lepastu aku gelabah lah kelam kabut sebab dah plan dengan Elly n Ecah.


Jumpa dekat KL Sentral. Ecah yang drive. Dia bawak Triton kau.Tekezut kita dahla Ecah comel je. Hahaha. Kitorang sampai lambat lah. Aku sumpah rasa bersalah gila. Hahaha. Dah la plan pergi ke Gambang ni idea aku. Eiyra dari JB dah lama sampai kitorang lambat sampai.

Lagi panas hati, sampai lambat, pastu tiket boleh tahan mahal. Sebab kitorang main kejap je, mestila rasa tak berbaloi kan. Weyh, geng PCD ! Kalau korang baca, sorry tauπŸ˜‚


Kitorang antara yang last juga la keluar dari water park tu. Dah penat-penat mandi terus pergi ke rumah lela. Sebab lela nikah malam tu.

Alhamdulilah, sempat juga kitorang tengok dia. Sekarang ni geng PCD tinggal aku dengan Elly je yang belum kahwin. Hahaha.Doakan yang baik-baikπŸ™Š

Aku up semula moment ni sebab 8-10 ogos , kami geng JDT Blogger nak gegar ke Gambang. Kali ni, ain nak betul-betul rasa enjoy dekat sana. Banyak aktiviti tau.Nantikan update dari kami semua tau. Korang boleh je follow Facebook JDT Blogger dan Instagram @jdtblogger .