MAKAN SEAFOOD DI NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST RESTAURANT


Pada 4 Ogos 2018, Ain mendapat jemputan dari Nelayan Seafood By The Coast di Desaru . Macam biasa , ain datang bersama dengan geng-geng JDT Blogger antaranya ialah Kak Hernee Nazir , Sis Lin , Kak Ida , Kak Sunah dan Kak Seri.

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

Ain bertolak dari JB ke Desaru dengan kak Hernee. Sempat berborak panjang dalam kereta dengan dia. Nelayan Seafood by The Coast ini terletak di Tunamaya Beach & Spa Resort. Nak cari tempat ni waze je terus jumpa. Tak payah pening-pening.

Sampai je, Ain dah geram nengok pantai depan mata.๐ŸŒŠ Makan pulak seafood yang fresh sambil minum air kelapa. Ya allah , segar betul rasa kan. Sampai 3 biji kelapa ain bedal. ๐Ÿคช



First starting untuk menu kitorang pada waktu tu ialah Deluxe Combination Platter. Kiranya ni macam isi perut dulu la, next ialah Hong Kong Styled Steamed Red Snapper. Ya Allah sedap betul bila ingat balik kepuasan dan nikmat betul ain meratah kepala ikan. Tak peduli dah sudu garfu terbang ke ape, makan terus pakai tangan. Nasib Sis Lin duduk meja sebelah, kalau tak mesti berebut kepala ikan dengan kita. Hahahaha.


Seterusnya ialah menu Cereal Lobster. Yang ni pun salah satu menu recommended yang korang wajib cuba. Ni first time Ain rasa lobster yang dimakan kriuk kriuk sebab dilumur dengan cereal kan. Ya ampun, memang puas betul woi. Makan pula sebelah dengan kak Hernee. Anak dia kemain suka meratah, umi dia la yang tukang kopek kan. Hahaha.


Selepas dah sedap kita makan lobster, menu seterusnya ialah Braised Seafood Soup With Beancurd Cube. Haa, nak terbelit kan nyebut menu nya. Tapi, tak rugi terbelit lidah korang nak nyebut sebab rasa dia ya ampun sedap betul. Sambil meratah lobster, sambil tu korang menghirup pulak soup ni. Nyum nyum nyum.



Dah penuh makanan seafood dimulut, kenalah cari sayur pulak yer. Hahaha. So, menu seterusnya ialah Brokoli mushroom disajikan sekali dengan Lotus Leaf Rice. Lotus Lead Rice ni dia macam pulut tau. Lastly, basahkan tekak anda dengan Longan Sea Coconut jangan makan semangkuk je, tambah lah dua kali. Baru lengkap sesi makan di Nelayan Seafood By The Coast.


Selamat Hari Jadi yang setahun untuk Nelayan Seafood by The Coast. Untuk semua menu yang disediakan , korang boleh nikmatinya bermula Ogos-Oktober dengan hanya RM758++ untuk 1table(10orang).


Bukan itu sahaja, bermula 1Ogos-30 september ni, korang boleh juga cuba Merdeka Platter dengan hanya RM61nett per set.

Untuk Maklumat lanjut :

 hubungi +607 8833 8888 atau email info.dtbsr@careluxuryhotels.com

TSHIRT HITAM YANG TAK PANAS UNTUK AKTIVITI LASAK

Hello uolls, kepada yang tengah mencari tshirt untuk aktiviti lasak, Tshirt Printing Kajang tempat yang terbaik korang boleh rujuk. Tshirt printing kajang merupakan penaja kepada Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang pada 8-10 ogos haritu.


Kami sepakat untuk memakainya pada hari terakhir yang mana aktivitinya ialah flying fox. Flying fox di tengah panas kan mesti lah kita memerlukan baju yang selesa. Ternyata, tshirt printing kajang ni sumpah selesa betul.



Bukan itu sahaja, ain siap pakai sampai balik ke JB. Wow betapa selesanya kan. Ain punya lengan pendek. Ada yang pakai lengan panjang. Lengan panjang dia pun bukan yang cerut hujungnya. Selesa la untuk kita senseng sampai ke siku.

Untuk Tempahan Tshirt ⤵

Terima kasih kepada pihak Tshirt Printing Kajang kerana sudi menaja kami di Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang.

EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG -3

ENTRI BERSAMBUNG DARI PART 2

Hari ini merupakan hari terakhir kami geng JDT Blogger bereksplorasi di Bukit Gambang Resort City. Haa, apa lagi aktiviti yang akan kami rasai di hari terakhir ni?

Sayangnya, ain terpaksa check out awal. Last minit atas urusan keluarga. Berat sangat sebenarnya Ain nak cakap dengan geng JDT Blogger. Tapi, kami Geng JDT Blogger memang la sisterhood betul๐Ÿ˜‚. Diorang sudi berkongsi gambar dan update aktiviti pada Ain. Ain kongsikan pada korang yer pengalaman diorang pada hari terakhir.


Pagi tu, diorang bersarapan pagi di Arabian Cofee House untuk menambah tenaga dulu sebelum ke aktiviti flying fox. Yes! Ada juga flying fox disini yer. Korang boleh nampak sendiri excited betul kan diorang berflying fox. Sebenarnya flying fox yang paling ain nk sangat cuba.


Tapi, dah dapat cuba ATV wild savanah tu jer dah cukup meninggalkan pengalaman indah di Bukit Gambang tu. Selepas diorang berflying fox diorang juga dibawa untuk melihat sendiri kemudahan yang terdapat di Everia Villas Resort. Penginapan mewah kalau yang berkeluarga dimana korang nak feeling-feeling bercuti ala-ala penginapan di Amsterdam, San Francisco serta Venice.

Kak Sunah rileks je

Nona kau nanges ke tu?hahaha


Sis Lin 

kasih juju

ceritaibu

Alhamdulilah, tamat 3 hari 2 malam kami Bereksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang. Ya Allah, tak sangka Allah beri kami pengalaman yang indah ini. Terima kasih kepada Bukit Gambang Resort City kerana sudi memberi kami merasai sendiri “the beauty inside of Bukit Gambang” serta penaja-penaja bersama iaitu Al-Fateh , Tshirt printing kajang, Yarra beauty, Fame cosmetics , zm beauty, selera sakura , redzney creative.


Chop chop choppp, Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang belum lagi tamat ceritanya.....Nantikan lagi cerita seterusnya okay. Jangan risau,masih banyak lagi yang belum ain kongsikan kepada uolls semua. kredit photo : Azwa Photography