FAME..SECRET OF STYLISH WOMEN


Bercakap pasal makeup, ain tarik diri la mula-mula sebabnya ain memang tak suka makeup. Sebenarnya dulu-dulu pernah juga rajin tepek makeup. Tapi sekarang, dah kurang sedikitla. Lebih prefer natural look.

Tapi, bila di Bukit Gambang tempoh hari, kita pun terjoin geng JDT Blogger sekali make up. Hahaha. Ain pakai time nak pergi waterpark. Nak tengok tahan lama ke tidak bila dah mandi manda tu.



Fuh ternyata tahan lama woi. Sampai habis mandi tu, Ain lap mulut ain masih ada lagi lip cream Gossip ain tu. Yer, iolls punya code Gossip okay. Tapi i bukan kategori makcik bawang ler. Hakak blogger je. Hahaha.

Untuk bb cushion pula ain pilih natural. Sebab kita kan suka kan natural. Takut nanti orang terkejut nengok warna kulit tak sama dengan warna asal. Hahaha.


Apa yang ain boleh share dekat korang, bb cushion dan lip cream ni kombinasi yang sesuai untuk korang pakai di mana-mana dan dua benda wajib kena ada dalam handbag korang la. Gitewww.

Bibir i dah macam angelina jolie sebab i pakai fame cosmetics leteww๐Ÿ’‹ Tiber


Untuk Maklumat lanjut ⤵

Terima kasih kepada pihak Fame Cosmetics kerana sudi menjadi penaja kepa Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang.

“GO CASHLESS” DI WATERPARK BUKIT GAMBANG

Ini bukan kali pertama ain ke waterpark Bukit Gambang tapi ini kali kedua. Bila dah kali kedua sebenarnya lagi banyak details yang ain tahu tentang waterpark disini.



First, Bukit Gambang Waterpark menggunakan konsep cashless iaitu memudahkan pengunjung untuk melakukan semua transaksi pembayaran. Sistem ini sebenarnya mengelakkan dari duit tercicir atau berlaku kecurian wang. So, korang masuk je boleh topup dulu if nak beli makanan, nak gunakan pelampung. Jadi lepas dah topup dah tak perlulah nak bawa duit masuk, boleh je terus simpan dalam locker.
kredit pic sis lin


kredit pic : kak Dila



Seterusnya, korang kena cuba rasa sendiri pizza ๐Ÿ• dekat sini. Ya ampun sedap betul. Kalau yang jenis tekak pedas cuba lah yang Spicy Sambal. Ain rasa nikmat betul kau dapat makan tu. Hahaha.



Next, baru ku tahu yang dekat Coco Beach ni rupanya ada timing Wave ๐ŸŒŠ dia. Hahaha. So, korang kena pandai bajet masa lah. Nanti dia ada bunyi siren woi, aku ingatkan dah nak tutup ke ape, rupanya siren wave tu nak keluar lah. hahaha.



kredit pic : Kak Seri

Satu lagi dekat sini pun ada surau tau. Korang jangan risau boleh juga solat. Kalau yang suka adventure tu aku sarankan korang cuba semua permainan dia. Best weh. Tapi korang kena fit weh.

kredit pic : kak Mar Mansor

Nak naik ke tempat tu, kus semangat. Aku ingat dulu masa first time naik mengah-mengah weh. Tapi, bila dah dapat cuba, haaaa jerit kauuu puas -puas. Hahaha.





Datang lah kesini pada weekdays bukan pada weekend. So korang tak payah nak kena que dan berebut-rebut. Aku datang masa first time ya ampun ramai betul. Tapi kali kedua ni aku datang masa weekdays peh seronok betul. Dekat toilet pun rasa selesa nak salin baju. Hahaha.


Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000 ext. 8400
Hotline: 016-9884768
Fax: +609-5486288
Email: waterpark@bgrc.com.my

Facebook:

Instagram:

PENGALAMAN PERTAMA KALI MEMBAWA ATV SAFARI ADVENTURE DI BUKIT GAMBANG

tabik spirng dekat diorang sebab memang animal lovers betul

Kalau korang dah baca cerita ain Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang, pada hari kedua ain cuba sendiri bawak ATV. Fuh, itu la first time ain bawak ATV. Memang gelabah woi.

yang ni masa first trial dekat active academy

Tapi, ain dah cuba first trial masa pagi. Masa pagi ni kita ada sekali aktiviti memanah, painting shooting. Jadi, mula-mula ain menggigil jugak tapi follow je arahan abang yang mengajar tu.

nampak tak aku seketul je gegurl.hahaha

Antaranya dia cakap , jangan sesekali turunkan kaki dari ATV tu, dekat mana nak start kalau mati enjin, nak tekan minyak dekat mana dan tekan brek. Basically itu je ain ingat. So, trial ni kita cuba 3 lap. Track dia lagi mencabar sebab  naik bukit turun bukit.


Tapi lagi mencabar ialah ATV Safari Adventure. Fuh! Mula-mula offer untuk geng lelaki je, tapi tetiba ada kosong eh ain dengan cepatnya terus ON! ๐Ÿคฃ Padahal penakut nak mampus bawak benda tu. Tapi salah seorang crew wanita tu cakap “best akak dapat cuba ni komfom akak enjoy”.


Okay, first macam biasa kena isi form dulu. Satu lagi, kalau ada yang pening-pening tak sihat ke better bagitau je. Nanti team tu akan take note. Lepastu diorang akan ajar yang ni lagi details cara-cara bawak ATV macam mana nak reverse, nak free gear kalau nak stop bila ambil gambar.

tempat warm up atv 



So, mula-mula kita kena warm up dulu panaskan enjin. Yes, ain memang bawak lembab nak mampus,tapi janji selamat tu yang penting kan. Hahaha. Bila dah warmup terus kita semua bergerak.

haa,besar gabak betul buaya tu.hahhaa

Dalam hati dah dup dap dup dap sebab risau gak kena terkam dengan binatang kan. Kita ni bukannya pencinta binatang sangat. Hahaha. Haa, bermula lah adventure nya disini....

ostrich poyo tuuu lahh diaa.

Dalam banyak-banyak haiwan yang paling poyo tu haaa si Ostrich tuh. Dia dah bagi salam perkenalan awal-awal so crew ranger tu suruh kami cepat-cepat blah sebab nanti dia libas tak jadi apa terus kang. hahaha. Sebab seorang ranger tu dah pernah kena, so diorang dah sangat familiar dengan perangai binatang tu semacam je kan. Ostrich tu jadi gitu sebab pasangan dia tak ada. Tengah breeding. Tu yang dia poyo semacam.๐Ÿต




So far binatang-binatang lain semuanya okay. Diorang cakap setahun diorang cuba jinakkan binatang tu dan hari-hari diorang lalu track tu untuk buat binatang tu tak bertindak ganas. Bukan itu sahaja, team ranger ni diorang memang ๐Ÿ’ฏ tahu tentang binatang kat situ dan cara diorang bercerita sangat jelas. Diorang ni memang kategori animal lovers betul.







Overall, pada ain ini satu pengalaman yang sangat bernilai di Bukit Gambang. Serius, kalau korang datang sini, ain sangat recommend kan korang untuk cuba sendiri bawa ATV ni. Naik tram tuh best jugak cuma yang ni memang “fight your fear” kata nya.



So, kalau korang nak challenge keberanian korang datang lah ke sini dan feel it. Ain ni penakut woi serius tau, but i fight that fear dan alhamdulilah, i feel so happy with this moment.๐Ÿ‘๐Ÿผ