Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling
tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada
mereka mengalami masalah obes.
|
En Nathan, wakil daripada Ayam Brand bersama kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan yang terlibat di Johor. |
Pemakanan
memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana
kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika
dewasa.
|
Pengiring dari Taman Sinar Harapan, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor, Rumah Darul Hanan dan Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor bersama En Nathan |
Faktor
budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah
obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah
seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi,
selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.
|
Kanak-kanak lebih sihat! Peserta dari Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor mempelajari sukatan yang betul untuk nasi lemak yang lebih sihat di stesen AYAM Ready to Eat. |
Sebab
itulah Ayam
Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival
Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS
Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai
sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.
|
Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor tidak sabar ingin bermain permainan di stesen Crossword |
Kempen
kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat
pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif.
Aktiviti ini dapat
membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah
makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk
tubuh secara positif.
Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada
rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada
mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan
kesihatan kanak-kanak.
Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand
telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan,
serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan
mudah!
Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak
Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan
baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival
Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas
buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih
makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari
ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini
dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”
Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak
belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang
sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA
di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak
menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang
seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’,
kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak
Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.
Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis
asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh
tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan
kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel
dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau
ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra
kanak-kanak.
Kelapa pula telah mencapai status makanan super di
peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat
rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.
Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak
Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih
sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di
samping Light Tuna Cili sebagai
sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar,
kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan
berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet
yang lebih sihat.
“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan
tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka.
Ibu bapa perlu menunjukkan teladan
yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan
berkhasiat dan seimbang sebagai amalan
sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar
tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga
boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan
boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.
Taman
Daman Sinar Harapan, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor, Rumah Darul Hanan dan
Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor dari Johor menerima bekalan makanan
harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan
mereka.
Menurut
wakil dari Rumah Darul Hanan, Pn
Norhasliza Ab Aziz, sumbangan produk Ayam Brand™ yang
tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana
makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam
Brand™ kerana menjemput Rumah Darul Hanan untuk menyertai
acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak.
Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip
nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.
“Kami
akan menjalankan beberapa bengkel sama di Rumah Darul Hanan tidak lama lagi.
Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu
kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pn
Norhasliza Ab Aziz.