TEKAK MELAYU TAPI NAK MAKAN WESTERN? INILAH TEMPATNYA DI JOHOR BAHRU

TEKAK MELAYU TAPI NAK MAKAN WESTERN? INILAH TEMPATNYA DI JOHOR BAHRU

Aku semahunya lebih ramai orang-orang di Johor Bahru tahu akan tempat ini. Kenapa? Sebab aku faham tekak melayu macam aku ni tapi fefeling mat salleh nak makan western mesti kena ada rasa fusion.  Fusion ni binatang apakah? Hahaha. Ianya macam gabungan dua atau tiga rasa menjadi satu resepi. Gitulah maksudnya. Kalau salah ada aku kesah. Ini blog akuainkausiapa. #kaufikirkausiapa ðŸĪŠ

Ceritanya aku dan Sis Lin jejak ke sini sebelum ke Konsert Mestika tu. Kami pusing-pusing nampak kedai ni. Haa, masukla. Ain pernah dengar nama The Substitute ni sebelum-sebelum ni. Tak silap dulunya dia food truck. Tanya-tanya dengan pekerja situ rupanya dah lama dah buka kedai kat sini. Nampak benar kau ketinggalan zaman Ain woi. Kah!

Aku decide nak order yang menu berat terus sebab nak alas perut la. Kang kalau makan light-light mampus malam-malam kebulur kang. Makanya aku payung la korang gambar makanan yang diorder okay! Selamat menjamu mata 🙊
Sis Lin order yang ini , spagheti seafood

Terasa spicy ayamnya

Memula aku tak letak expectation yang tinggi tentang rasanya. Sebab pada aku level kedai-kedai kalau buat western mesti spicy nya sedang sedang aja. Tapi, my first bite definitely wrong! Kau, tiber aku speaking! Sumpah, ini memang citarasa aku. Sedap nak mati woi! Pergh, mulut aku ni kalau dah cakap sedap nak mati tu maksudnya ikhlas cakap memang sedap la. 
Kenyang betul makan set ni..harga pun berbaloi..

Aku mohon sangat korang-korang yang di JB selalu komplain nak makan western tapi nak spicy selevel tekak melayu ni datangla ke sini. #berbaloi #hargapunnotbad

Nachos yang super cheesy 

Pehh, aku selalu kalau nengok orang hidang nachos biasa buh cheese sos, hirisan daging dah settle. Tapi yang ni siap ada salad kau. Aku pulak tiber boleh makan salad. Tiber! Selama ni mampu ke nak makan salad gitu? Hahaha. Gais, the menu define the beauty of this restaurant. Definitely its Malaysia taste. Citarasa orang Malaysia ni memang banyak dah di fusion kan. Sebab kita punya pelbagai bangsa dan kaum kan. Tiber sejarah pulak!
Nachos dia siap ada salad.Sedap betul

Tak nak cakap banyak, aku for sure akan repeat sini lagi. Aku seru kepada semua orang-orang Johor Bahru yang tinggal di kawasan Bandar Baru Uda, Larkin, Kampung Melayu dan yang berdekatan datanglah ke sini. Pasti tak menyesal. 

📍 The Substitutes Kitchen
53, Jalan Dataran Larkin 1
Johor Bahru
Instagram: @thesubstitutes

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape dan follow Instagram @awakmakanape

KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD SEMPENA TEMASYA SEHATI@RTM DI JOHOR BAHRU

KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD  SEMPENA TEMASYA SEHATI@RTM DI JOHOR BAHRU

Johor Bahru, 13 Oktober 2018 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ini menjelajah ke Johor Bahru bagi menjayakan Temasya Sehati @RTM 'Menggamit Kenangan' anjuran stesen Radio Klasik dengan kerjasama johorfm, menghangatkan suasana Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 11 hingga 13 Oktober 2018 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Ain & Sis Lin sempat bergambar dengan Dato Nash & Abon

Menghargai peminat dan pendengar Radio Klasik "Menggamit Kenangan"

Sebagai menghargai peminat dan para pendengar Radio Klasik 'Menggamit Kenangan' bersempena meraikan 20 tahun siarannya, stesen paling digemari rakyat Malaysia itu menerbitkan 'Konsert Mestika D'Klasik 2 Dekad' yang dipersembahkan secara langsung pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) jam 8.30 malam menerusi saluran TV2, FBLive dan Radio Klasik.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Konsert ini disiarkan live juga di TV2

Buat julung kalinya, pentas konsert terbesar pernah dianjurkan oleh stesen radio berkenaan dihiburkan oleh barisan artis popular tanahair dengan menggabungkan artis baharu dan veteran dari Malaysia dan Singapura iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah M Amin, Jay Jay, Nona Ushera, Abon dan Radhi P. Ramlee.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK

Himpunan lagu-lagu popular

Pelbagai himpunan lagu-lagu popular dan malar segar yang merentas zaman dari era 50-an hingga awal tahun 2000 dipersembahkan dalam bentuk orkestra dengan iringan Orkestra RTM dan Orkestra Tradisional Malaysia.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Kau Mawarku -dinyanyikan oleh Dato Seri Siti Nurhaliza & Hael Husaini

Pelbagai aktiviti

Sementara itu, antara aktiviti yang telah pun berlangsung sepanjang Temasya Sehati @RTM Menggamit Kenangan ialah Pameran dan Pertandingan Vespa & Lambretta D'Klasik dengan kerjasama Kelab VespaLambretta Johor, Showcase Suara 90-an D'Klasik, Ceramah Agama Mustaqeem bersama YBhg Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Kejohanan Bola Jaring D'Klasik, Pertandingan Busana & Mekap Tradisional, D'Klasik Fun Run 2018 dengan tema pakaian batik dan pelikat, Pertandingan Memasak Asam Pedas dan Mee Bandung, Pertandingan Gubahan Sireh serta banyak lagi aktiviti, pameran dan jualan yang menarik di Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Kak Engku sebagai pengacara

Barisan tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian (Menteri Besar Johor) dan Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia.

Disiarkan SECARA LANGSUNG di TV2 / Radio Klasik / myklik.rtm.gov.my / RTM Mobile

FB Live: TV2 dan Radio Klasik
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Geng JDT Blogger

Konsert ni sumpah best teroks woi , bila legend menyanyi , pergh suara semua macam tertelan kaset kau!

DINNER MAKANAN ITALI DI THE MARCOPOLO KITCHEN

DINNER MAKANAN ITALI DI THE MARCOPOLO KITCHEN 

Biasalah kalau dah namanya jalan-jalan cari makan haruslah dari pagi sampai ke malam . Hahaha. Selepas aku ke Hotel Granada untuk merasa menu makanan RM 13 tu, aku dengan Sis Lin dan Kak Sunah terus merancang ke tempat seterusnya. Kebetulan dah nak waktu dinner kan , kitorang pulak berada di lokasi Bukit Indah, Johor Bahru. So , kami terus decide ke The Marcopolo Kitchen.
The Marcopolo Kitchen
sebelum makan , macam biasa ambil gambar dulu


Restoran untuk foreigners 

Masuk-masuk je nampak la mat-mat salleh tengah makan dengan anak-anak diorang. Lepastu datang  pula pelayan yang memberikan menu kepada kami. “Sorry i cannot speak Malay” Wow ! Pekerjanya juga mostly foreigner ye! So datang sini kena speaking london gituww. Hahaha. Tapi , ada juga pekerja foreigner tu boleh bercakap melayu. Orang indon. Hahaha. Makanya, dialah yang melayan kami. 
The Marcopolo Kitchen
nyum nyum nyumm..


Menu untuk diskaun 50%

Kami terus tanya menu mana yang boleh dapat 50% tu, kebetulan dulu Sis Lin memang duduk area Bukit Indah ni. So, dia memang tau lah restoran ni memang dah dikenali oleh penduduk dekat sini. By the way, Bukit Indah ni memang ramai foreigner. Aku memang suka lepak tempat ni sebabtu aku tau ler juga serba serbi Bukit Indah ni. 

Selepas bersembang dengan pelayan tu, inilah yang kami order. Biasalah konsep kami jenis kongsi-kongsi rasa. Haa, gituw.
The Marcopolo Kitchen
Spaghetti Bolognese

The Marcopolo Kitchen
Lamb Shank
The Marcopolo Kitchen
Grilled Chicken Gratin

Kesimpulannya, kalau korang yang orang have-have boleh la datang sini, kalau yang memang berkenan dengan restoran ni boleh terus buat member card. Bukan itu sahaja, aku nak bagi warning dekat kau orang yang memang tekak melayu tulen. Jangan komplain tak pedas, tak cukup kick lah, kang kena halau terus sebab orang Itali mana makan pedas teruk macam kita orang melayu. Hahaha. Macam spaghetti yang kitorang order tu, dia cakap pedas siap letak simbol ðŸŒķ dekat menu, tiber datang “tak pedas pun” 😂 Pada orang itali, tu dah cukup pedas woi jangan gatal pi mintak cili sos pulak kang jadi macam cerita Senario pulak nantiðŸĪĢ

📍 The Marcopolo Kitchen
35, Jalan Indah 15/2, 
Taman Bukit Indah 
81200 , Johor Bahru

jangan lupa untuk follow dan like instagram @awakmakanape dan facebook Awak Makan Ape