KELAB SARAPAN PAGI SIHAT DI JOHOR BAHRU

KELAB SARAPAN PAGI SIHAT DI JOHOR BAHRU

Kak Sunah , Ain , Sis Lin bersama dengan pemilik kelab

Pagi tu Sis Lin ajak aku dengan Kak Sunah breakfast. Dah namanya breakfast kan, haruslah bangun pagi. Kalau pukul 12 tu lunch namanya yer! Hahaha. Sis cakap “jumpa dekat Medan Niaga Kampung Melayu Majidee”

Bila dah masuk ke kelab ni, satu perkataan aku mampu cakap “Wow”. Tak sangka rupanya ada kelab sarapan pagi sihat. Biasanya sarapan pagi kita memang sihat-sihat belaka! Hahaha. Tak nak petik kang mengamuk geng nasi lemak, geng roti canai. Itu belum lagi geng lontong basah dan lontong kering orang-orang Johor tu. Aku letew geng lontong! Hahaha. #kitasedardiri

Datang singgah kelab untuk minum pagi

Seawal jam 8 pagi dah ada yang datang singgah ke sini hanya untuk “minum pagi katanya”. Datang minum macam pekena kopi gitu. Ni first time aku nampak konsep sarapan pagi sihat sebegini. Itu yang aku kena juga kasi tau sama orang-orang Johor Bahru terutama sekali orang-orang Kampung Melayu Majidee.
Konsep kelab ini sangat santai, ceria dan selesa untuk pelanggan

Pemilik kelab sedang meyiapkan pesanan minuman dari pelanggan

Untung korang tau ada kelab sarapan pagi sihat ni. Korang hanya  datang minum dan insyallah perut dah rasa kenyang. Rasa kenyang ni boleh membawak sampai ke tengah hari. Bukan itu sahaja, kalau berniat nak turunkan berat badan wajib datang “minum” dekat sini. Syaratnya, datang minum la! Jangan kau orang mintak nasi lemak pulak! Ada kena baling senduk nanti. Hahaha.

Jadi apa menu sarapan sihat yang disediakan oleh pemilik kelab ni? 1 gelas air mix tea dan 1 gelas besar air ala-ala shake blended gitu. Yang bestnya ada pelbagai flavor yang boleh dipilih. Kitorang memilih perisa strawberry, tropical fruit dan cookies n cream. Kalau yang mungkin terkejar-kejar untuk pergi ke tempat kerja, korang boleh juga datang singgah sini dan pemilik kelab akan tapaukan untuk korang. Jadinya di tempat kerja nanti boleh la minum sambil siapkan kerja tu.

"Peminum" tegar tidak rasa jemu dan muak

Oh ya, air shake ni akan diblend sekali dengan buah. Kata owner nya setiap hari akan diblend dengan buah-buahan yang berbeza. So, “peminum” tegar yang selalu datang minum disini tak ada la rasa jemu dan muak. Antara ketiga-tiga perisa yang kitorang rasa, pandangan aku cookies n cream sangat sedap. Perisa strawberry dan tropical fruit tu tak rasa sangat buahnya.
Inilah tiga perisa yang kami cuba. Nyum nyum..

Minum sekali dengan segelas tea ini tau

Pada aku kalau korang nak datang “minum” sini, pilih perisa yang tekak boleh terima. Kalau penggemar ice blended smooties yang selalu order perisa cekelat tu, datang sini minum je perisa coklat or cookies n cream. Bukan itu sahaja, minuman yang disediakan ni boleh buat korang kenyang. Biasanya, mereka yang datang ke sini akan bersarapan disini dahulu sebelum pergi ke kerja. Haa, bukan kah ini tergolong di dalam gaya hidup yang sihat. Tunggu apa lagi, kata nak hidup sihat. Inilah tempat yang paling sesuai untuk anda memulakan hari anda.

📍10, Arked Mara, Jalan Sekolah, 
Kampung Melayu Majidee,
Johor Bahru
016-7453991 atau 016-7817779 (Kak Abby)
 8.30am hingga 12pm

Di Kampung Melayu bukan hanya ada ABC Kampung Melayu, tapi ada juga kelab sarapan pagi yang sihat..Jangan segan nak kasi tahu orang kampung korang yer..

TEKAK MELAYU TAPI NAK MAKAN WESTERN? INILAH TEMPATNYA DI JOHOR BAHRU

TEKAK MELAYU TAPI NAK MAKAN WESTERN? INILAH TEMPATNYA DI JOHOR BAHRU

Aku semahunya lebih ramai orang-orang di Johor Bahru tahu akan tempat ini. Kenapa? Sebab aku faham tekak melayu macam aku ni tapi fefeling mat salleh nak makan western mesti kena ada rasa fusion.  Fusion ni binatang apakah? Hahaha. Ianya macam gabungan dua atau tiga rasa menjadi satu resepi. Gitulah maksudnya. Kalau salah ada aku kesah. Ini blog akuainkausiapa. #kaufikirkausiapa ðŸĪŠ

Ceritanya aku dan Sis Lin jejak ke sini sebelum ke Konsert Mestika tu. Kami pusing-pusing nampak kedai ni. Haa, masukla. Ain pernah dengar nama The Substitute ni sebelum-sebelum ni. Tak silap dulunya dia food truck. Tanya-tanya dengan pekerja situ rupanya dah lama dah buka kedai kat sini. Nampak benar kau ketinggalan zaman Ain woi. Kah!

Aku decide nak order yang menu berat terus sebab nak alas perut la. Kang kalau makan light-light mampus malam-malam kebulur kang. Makanya aku payung la korang gambar makanan yang diorder okay! Selamat menjamu mata 🙊
Sis Lin order yang ini , spagheti seafood

Terasa spicy ayamnya

Memula aku tak letak expectation yang tinggi tentang rasanya. Sebab pada aku level kedai-kedai kalau buat western mesti spicy nya sedang sedang aja. Tapi, my first bite definitely wrong! Kau, tiber aku speaking! Sumpah, ini memang citarasa aku. Sedap nak mati woi! Pergh, mulut aku ni kalau dah cakap sedap nak mati tu maksudnya ikhlas cakap memang sedap la. 
Kenyang betul makan set ni..harga pun berbaloi..

Aku mohon sangat korang-korang yang di JB selalu komplain nak makan western tapi nak spicy selevel tekak melayu ni datangla ke sini. #berbaloi #hargapunnotbad

Nachos yang super cheesy 

Pehh, aku selalu kalau nengok orang hidang nachos biasa buh cheese sos, hirisan daging dah settle. Tapi yang ni siap ada salad kau. Aku pulak tiber boleh makan salad. Tiber! Selama ni mampu ke nak makan salad gitu? Hahaha. Gais, the menu define the beauty of this restaurant. Definitely its Malaysia taste. Citarasa orang Malaysia ni memang banyak dah di fusion kan. Sebab kita punya pelbagai bangsa dan kaum kan. Tiber sejarah pulak!
Nachos dia siap ada salad.Sedap betul

Tak nak cakap banyak, aku for sure akan repeat sini lagi. Aku seru kepada semua orang-orang Johor Bahru yang tinggal di kawasan Bandar Baru Uda, Larkin, Kampung Melayu dan yang berdekatan datanglah ke sini. Pasti tak menyesal. 

📍 The Substitutes Kitchen
53, Jalan Dataran Larkin 1
Johor Bahru
Instagram: @thesubstitutes

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape dan follow Instagram @awakmakanape

KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD SEMPENA TEMASYA SEHATI@RTM DI JOHOR BAHRU

KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD  SEMPENA TEMASYA SEHATI@RTM DI JOHOR BAHRU

Johor Bahru, 13 Oktober 2018 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ini menjelajah ke Johor Bahru bagi menjayakan Temasya Sehati @RTM 'Menggamit Kenangan' anjuran stesen Radio Klasik dengan kerjasama johorfm, menghangatkan suasana Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 11 hingga 13 Oktober 2018 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Ain & Sis Lin sempat bergambar dengan Dato Nash & Abon

Menghargai peminat dan pendengar Radio Klasik "Menggamit Kenangan"

Sebagai menghargai peminat dan para pendengar Radio Klasik 'Menggamit Kenangan' bersempena meraikan 20 tahun siarannya, stesen paling digemari rakyat Malaysia itu menerbitkan 'Konsert Mestika D'Klasik 2 Dekad' yang dipersembahkan secara langsung pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) jam 8.30 malam menerusi saluran TV2, FBLive dan Radio Klasik.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Konsert ini disiarkan live juga di TV2

Buat julung kalinya, pentas konsert terbesar pernah dianjurkan oleh stesen radio berkenaan dihiburkan oleh barisan artis popular tanahair dengan menggabungkan artis baharu dan veteran dari Malaysia dan Singapura iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah M Amin, Jay Jay, Nona Ushera, Abon dan Radhi P. Ramlee.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK

Himpunan lagu-lagu popular

Pelbagai himpunan lagu-lagu popular dan malar segar yang merentas zaman dari era 50-an hingga awal tahun 2000 dipersembahkan dalam bentuk orkestra dengan iringan Orkestra RTM dan Orkestra Tradisional Malaysia.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Kau Mawarku -dinyanyikan oleh Dato Seri Siti Nurhaliza & Hael Husaini

Pelbagai aktiviti

Sementara itu, antara aktiviti yang telah pun berlangsung sepanjang Temasya Sehati @RTM Menggamit Kenangan ialah Pameran dan Pertandingan Vespa & Lambretta D'Klasik dengan kerjasama Kelab VespaLambretta Johor, Showcase Suara 90-an D'Klasik, Ceramah Agama Mustaqeem bersama YBhg Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Kejohanan Bola Jaring D'Klasik, Pertandingan Busana & Mekap Tradisional, D'Klasik Fun Run 2018 dengan tema pakaian batik dan pelikat, Pertandingan Memasak Asam Pedas dan Mee Bandung, Pertandingan Gubahan Sireh serta banyak lagi aktiviti, pameran dan jualan yang menarik di Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru.
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Kak Engku sebagai pengacara

Barisan tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian (Menteri Besar Johor) dan Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia.

Disiarkan SECARA LANGSUNG di TV2 / Radio Klasik / myklik.rtm.gov.my / RTM Mobile

FB Live: TV2 dan Radio Klasik
KONSERT MESTIKA D'KLASIK
Geng JDT Blogger

Konsert ni sumpah best teroks woi , bila legend menyanyi , pergh suara semua macam tertelan kaset kau!