KETAGIH CERITA DARI NEGARA THAILAND

KETAGIH CERITA DARI NEGARA THAILAND 

Beberapa minggu lepas aku tinggalkan dunia blog sekejap! Entah aku macam mood swing , tiber kan Ain ko dah kenapa? 😅 Sometime the only thing you can do is remain silent dan layan kan sendiri perangai pelik kau tu. One thing tentang aku ialah aku kalau tengah macam gini, aku tak kan dekat dengan orang, tak akan bercakap dengan orang sebab aku takut aku terlukakan hati orang. So, nak layan perangai pelik aku ni aku akan scroll Twitter sampailah aku jumpa few movie yang dicadangkan untuk tengok.

Movie thailand! Bila entah aku minat tengok Kapkumkap tuh..Sawadikap! 🤣 Aku tekanla link  yang diberi. Mampus subtitle Indon woi! Apa kejadah semua ini? Hahaha. Tapi, aku boleh layan pulak tu! Giler pelik kan kau Nur Farahain! 🤣 Gais, ini antara movie yang telah selamat aku tonton!


Movie Thailand level-level International

Aku tak tahu kenapa aku rasa wow giler terhadap semua movie yang aku tengok ni! Sebab the way diorang paparkan dalam movie-movie ni semua pemikiran level-level International Aku sangat-sangat rekomen kan korang untuk wajib tengok this few movies. Sumpah terbaik gila weh.

1-Mr Hurt
Selalu tengok perempuan yang putus cinta kan, kali ni tengok macam mana lelaki pulak yang putus cinta. Peh, habis karier semua kelaut dan macam mana dia get back semula?



2- I Fine.. Thank You Love You
Kisah seorang lelaki Thailand yang belajar bahasa inggeris hanya untuk menawan cinta seorang perempuan dan lelaki tuh desperate gila nak ke US. Tetapi, lain pulak jadi nya.


3-Bangkok Traffic
OMG, aku memang banyak gila belajar dari cerita ni in term of macam mana nak balance kan masa when you are in a relationship. Lagi-lagi aku ni yang night person bukannya morning person. Hahaha. Tengok tau cerita ni.

4-Heart Attack
Seorang freelancer yang terlibat dalam designer dan editing yang sangat sibuk sampai tak jaga makan dan tak cukup tidur. Akibatnya terdapat banyak bintik-bintik gatal dekat badan lelaki tu lalu di pergi ke Hospital Kerajaan dan berjumpa dengan soerang doktor perempuan. Lalu terus merubah hidupnya yang sentiasa workaholic. Jengjeng jengg....


Cukup lah dulu empat #rekomenfilem yang aku nak share dengan korang. Pergh, tak sangka aku boleh gigih layan movie Thailand ni. #ainisnowmoreopenminded 😂

AQMAL DANIEL PEMAIN BIOLA KEBANGGAAN NEGERI JOHOR

AQMAL DANIEL PEMAIN BIOLA KEBANGGAAN NEGERI JOHOR


Gais, aku ni sejenis manusia yang memang addicted kepada muzik. I just simply fallin in love like OMG, this song is so mean to me! Nampak tak tiber aku speaking, habis kelaut. Hahaha. Kepada yang mengenali aku memang tahu aku ni jenis suka menyanyi suka tahap jatuh cinta pada muzik. Please dont  judge me first gais! Hahaha.

Tahap obses nya aku pada muzik ialah sampai tengah makan dengar lagu or any instrumental siap sambil kunyah pun aku boleh layan. Selalu gak kena tegur “Ain nak makan,makan jelah tak payah sampai nak menyanyi”🤪 Maafkan saya yang terlampau obses ini. Mungkin memang orang cakap tak senonoh kan. Tapi itu lah ain.
aqmal daniel pemain biola
siap dapat poster dengan poskad lagi

So, aku jugak memang sangat-sangat respect kepada orang yang boleh main instrumen. Gila boleh cair beb. Hahaha. Dan aku scroll lah Instagram sampai lah aku layan betul dengan bakat anak muda ni yang bernama Aqmal Daniel. Dia main biola. Perghhh,, layan beb..



Persembahan biola 

Kebetulan dia ada buat show dekat Dr Martens cawangan Komtar JBCC di Johor Bahru. Aku pun apa lagi, terus ajak abang aku teman. Sebab abang aku pun sekepala suka muzik jugak. Hahaha. Kemain aku berdiri paling depan kau dan rekod hampir semua persembahan dia. Hahaha. Bosan-bosan boleh dengar semula. Hahaha. Ada jugak yang aku masukkan dalam Instagram aku. Nanti korang tengok lah yer.


Pada aku Aqmal Daniel ni humble budaknya. Level adik-adik je ni woi. Hahaha. Dah dia umur 17tahun aku 27tahun. Tapi nampak sebaya kan. Eh,muntah jap🤮 Dah lama aku tak pergi persembahan dapat poskad dan poster. Tapi kali ni aku pergi kerlas kau dapat poskad dengan poster gambar Danny ni. Korang yang minat muzik tuh jangan lupa sokong dia ni tau.

Seronok tengok bakat-bakat muda boleh berani kehadapan. Adik, nanti wedding akak, main biola lagu jiwang-jiwang ehk..🙊 #lagupencurihatiaydajebat 💖

OPERASI X , HIMPUNKAN PELAKON HEBAT TAPI SAYANGNYA HURM....

OPERASI X , HIMPUNKAN PELAKON HEBAT TAPI SAYANGNYA HURM....

Dari awal lagi aku sememangnya tidak meletakkan "high expectation" kepada filem ini. Iya, aku harus akui aku antara manusia yang memang stereotaip tentang filem Malaysia. Mohon jangan dikecam dulu. Baca kasi habis dulu baru hentam. Hahaha. Terlebih dahulu, sejujurnya aku katakan aku memang tak rasa excited pun nak menonton filem ini. Aku tahu filem ini pun dari kawan-kawan blogger. 

Baru tengok thriller tapi sudah mendapat kencaman

Aku bukanlah sejenis manusia yang mengkritik terlebih dahulu. Aku tengok dulu thrillernya, nampak macam "hmm, ceritanya biasa je ni. Tak yah nak bersungguh sangat". Bukan itu sahaja, aku sempat membaca segala komen-komen netizen dekat video Youtube thriller Operasi X ni. Majoriti aku baca semuanya banyak menghentam kaw-kaw punya dasyat. Spontan aku cakap "peh "busuk" sangat ke filem ni? Sampai macam gitu sekali orang mengkritik" . Esoknya, aku pergi ke Paradigm Mall Johor Bahru dan aku buat keputusan untuk menontonya dengan berlapang dada. Aku pergi pada waktu pagi. Mahu aku jujur? Dalam wayang tu tak sampai pun 10 orang. Bersangka baik, mungkin waktu tayangan pagi orang sibuk bekerja.
bukti aku pegang tiket.hahaha

Permainan watak dan peranan yang aku suka dan tidak suka

Aku cerita kan bahagian yang aku suka dan aku tak suka. Sejujurnya, selepas habis menonton aku cenderung mengatakan aku boleh beri 4.5 daripada 10 bintang. Gais, aku bukan pengkritik filem. Aku tak ada semua pengetahuan tentang dunia perfileman. Aku nilai dari pandangan mata seorang manusia biasa yang santai-santai menonton filem. Aku simpulkan benda yang tak best dulu yer. Kata orang benda tak best ni cerita dulu biar orang lebih menyirap darah! Hahaha. Aku memang sumpah tak suka betul kesan letupan, tembak-menembak dan segala bunyi memang haram jadah teruk gila! Part last sekali tu lori meletup ya ampun, betul lah aku baca komen netizen "ni projek budak sekolah ke?", "cerita kartun apa yang tengah aku tengok ni?" . Aku rasa ini antara perkara paling busuk yang mencacatkan lagi filem ini. Seterusnya, nama watak. Maaf aku katakan, Awie ialah "King Of Smugglers" , secara logik akal lah takkan lah panggil Belut. Gangster kampung pun nickname dia canggih. Agak-agak lah bagi nama Belut woi. Nasib dia tak bagi nama Keli. Aje gilerr terus kena carut agaknya. Hahaha.

Sudah sampai waktunya filem Malaysia perlu menaikkan lagi "standard of humor level". Sama ada orang pembikin filem ni sedar ataupun tak yang filem kita banyak dicemari dengan "lawak bodoh". Sampai bila karya kita masih berada di standard sebegitu? Aku ini orangnya cepat terhibur, cepat gelak, jenis mudah ketawa. Tapi, aku rasa punchline dalam filem ni sangat tak cukup umphh. Bukan itu sahaja, wahai pembikin filem! Korang panggil orang-orang yang sudah ada nama, pelakon-pelakon boleh dikatakan 70% orang kenal, sayangnya watak-watak mereka malah boleh menjatuhkan kredibiliti mereka. Siapa tak kenal dengan Awie? Aaron Aziz? Nasir Bilal Khan? Malah, orang kita sekarang tengah salute pada Hairul Azreen. Kenapa pembikin filem himpunkan nama-nama gah tapi diletakkan bukan di liga mereka? Malah, kawan aku bersuara "Kenapa ehk pelakon-pelakon ni kan mesti sebelum shoot dah baca skrip dah tahu watak dan boleh dapat feel yang filem ini tak boleh go...tapi kenapa diorang masih melakukannya jugak?" Haaa, jawab! 

Sebenarnya dari awal filem bermula lagi aku memang dah boleh baca si Bashah tu yang punca segalanya. Tak payah tunggu sampai habis kau dah boleh teka. Bukan tu je, aku sampai tahap "bila ehk Bashah ni nak kantoi?" , kau kata kau "King Of Smugglers" , takkan tak boleh baca orang. Please put a high standard kepada watak Belut itu. Lebih baik watak Belut itu korang jadikan dia gangster kampung Aman tu je. Habis bab watak, oh ada lagi watak yang aku suka. Kejap lagi aku cerita mana yang aku suka ye. Ada satu lagi bahagian yang paling aku menyampah wahai pembikin filem Malaysia. Sudah sampai masanya waktu kau orang stop rosakkan pemikiran orang kita dengan mengugut orang dengan cara nak "merogol" dan membunuh orang. Murahnya maruah orang kita. Aku rasa kenapa orang kita selalu mengkritik filem kita sebab skripnya "poyo" tapi tindakan nya kalah kura-kura. Bercakap kemain gah, padahal sendu je. Buktinya? Watak utama je nama Belut woi. Cuba korang dengar skripnya.. Memang poyo, tapi betul ke level-level "King of Smugglers" begitu?
operasi x the movie
watak Lady Lion ini memang terbaik.

Okay, cukup itu mahu aku luahkan. Seterusnya part yang aku suka. Hahaha. Redakan hati yang menggelegak itu. Lagi sekali aku mahu petik watak. Lady Lion. Kau sebut je dah nampak macam "peh jangan main-main dengan perempuan ni". Aku suka cara dia carry watak ni walaupun skrip dia biasa-biasa je. Tapi the way she potray herself as Lady Lion impress me. Lagi, aku suka kombinasi team Operasi X. Mereka disatukan untuk menyelesaikan misi membanteras Belut. Disitu aku nampak "wah bijaknya filem ini" . Nampak lah dekat sini, dengan kerjasama daripada mereka yang pakar, peh settle terus misinya. Aku suka gabungan 4 watak Nash, Ali Mat , Pablo dan Janggut. Pada aku, tekan kan je watak ni. Tak payah nak angkut banyak watak sampai tak nampak betapa powernya team operasi X ini. Cuba korang tengok cerita The A Team, haa nampak gila kehebatan dan kepakaran team masing-masing. Apa lagi yang mahu aku puji? Sememangnya lokasi Pulau Pinang. Ya Allah sumpah terbaik dan ianya lambang "the beauty of Malaysia". Terima kasih kepada yang ini. Aku benar-benar suka, shoot dekat feri dan sekitar Pulau Pinang memang mampu buat aku beri point suka dekat filem ini.
operasi x the movie
watak wak doyok yang dilakonkan oleh Zaidi Omar

Apalagi? Aku harus kasi tabik hormat dengan kemerduan suara Awie. Ya Allah dia nyanyi lagu Tragedi Oktober siot, memang aku sampai nyanyi sekali dalam wayang tadi malah aku dengar ada yang nyanyi juga bersama. Hahaha. Nampak tak pelakon-pelakon dalam cerita ini semua dah ada standard dan kredibiliti mereka masing-masing. Sekali kau petik nama dia Belut. Angin betul aku tau. Hahaha. Aku suka disebalik watak Wak Doyok itu. Memang la dia sama mangkuk hayun buat kerja-kerja kotor dengan Belut, tapi cuba kau nilai karakter Wak Doyok tu. Dia cakap penuh dengan sindiran, malah dia siap dah bagi hint awal-awal dah pada Belut "apa kau pun mahu mati juga". Aku suka watak Wak Doyok ni. Diam-diam ubi berisi orang kata. Malah dia tak ada pun nak marah-marah. Jujur aku katakan tak perlu pun sebenarnya kalau nak tekankan watak penjahat mesti kena marah-marah. Orang yang marah tu lah mati cepat seperti Belut. Kau tengok Wak Doyok dia pun layan "bisnes" kotor, tapi relaks je dia dengan berbaju batik. Hahaha. 

Kesimpulannya, filem ni adalah sebuah karya yang sangat ringan, mudah faham dan untuk orang yang saja-saja nak tengok dan sokong filem Malaysia boleh lah pergi tengok. Cuma cadangan aku level-level cerita macam ni boleh letak dekat Telemovie dulu kot sebelum nak masuk ke level Pawagam. Sebagaimana kau orang penat satukan pelakon-pelakon hebat, kenapa kau orang tak bikin terus filem hebat? They are well great player. Selamatkan kualiti filem kita. Itu aku mahu sampaikan kepada semua. Lepastu jangan petik kata orang kita tak sokong karya tempatan jikalau masih mengeluarkan kualiti sebegini. Operasi X , aku bagi 4.5/10 bintang.