AKHIRNYA DAPAT JUGA BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU
Semenjak aku rapat dengan Sis Lindan Kak Sunah Sakura ni, aku jadi semakin kenal ramai blogger-blogger di Malaysia ni. Ain ni sebenarnya main bodoh-bodoh je menulis blog. Bila dah start join JDT Blogger la baru makin upgrade sedikit pengetahuan tentang blog. Pada aku, Sis Lin dan Kak Sunah ni dah berada pada level-level atas. Aku ni tahap sendu paling dasyat. Respect juga pada diorang sebab tak aku nafikan, diorang antara “penggerak utama” aku yang sekarang. Hahaha.
tengok lah set hidangannya...pehhh,, sangat perfect!
Makanya, hari tu dapatlah aku berjumpa dengan blogger popular Mat Gebu. Pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan , tiffinbiru.com . Wah, excited kau rasanya. Aku ada buat short vlog, sudikan tengok yer uolls. Hehehe.
ni masa breakfast sebelum bergerak...
Okay, cerita di meja makan rumah Mat Gebu, aku dengan kak Sunah kemain dah dok amek gambar buat video, boomerang semua siap. Hahaha. Pada hari itu, Sis Lin tegok air kopi kemain lupa daratan terus. Hahaha. Okay, menu yang disediakan ialah Laksa Johor , Tauhu Bergedil , Kek Marble. Jujurnya, laksa johor tu memang sedap yang amat. Ain makan dua sanggul. Tak ada la banyak sangat. Opps yekeπ€£ Itu belum masuk tiga ketul Tauhu Bergedil selamat ku bedal dan sepotong kek marble.
okay, aku je makan 3 ketul.sekian.hahaha.
Selepas itu, aku tengok Kak Sunah dah macam nak tidur, aku pun terjoin sekali. Haaa, gasak aku jadi ular sawa kau slumber je tidur. Memang dah tak tahan sangat dah tu matanya. Hahaha. Nyempat Sis Lin tangkap gambar curi kitorang tengah membuta. Siot je!
kopi tuh Sis Lin tegok berapa gelas kan! eh.hahahaa.
Betul lah orang kata, orang popular pada bakatnya ni biasanya humble je. No wonder Sis Lin kata bertahun-tahun tau dia kenal Mat Gebu ni, sama juga dengan Kak Sunah. Diorang kenal daripada msjbox di blog. Nampak kan the power of blog! Akhir kata, terima kasih tuan rumah Mat Gebu kerana sudi menerima tetamu dari Johor Bahru ni. Semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya buat Mat Gebu sekeluarga.
muka aku bahagia betul lepas jadi ular sawa
Psst; tengah hari makan Laksa Johor, malam makan Laksa Penang. Berguling terus jadi ular sawa sepanjang hari.. hahahaha.
Semua orang pernah rasa hidup turun naik. Semua orang pernah rasa sakitnya jatuh, dan bestnya rasa hidup bahagia. Begitu juga dengan aku. Oh ya, kalau orang yang betul-betul kenal aku pasti tau aku ni jenis tak suka kongsi kisah peribadi aku. Sebab aku ni jenis kuat berahsia sikit. Tapi bab ini, tentang hilang keyakinan diri ni aku sebolehnya nak berkongsi dengan korang. Sudi kah awak membacanya? π
Bersenam dapat meningkatkan lagi keyakinan diri
Lepas ibu aku meninggal, aku pernah rasa tak nak hidup! Sumpah demi Allah. Bertahun jugak aku down gila babi kata orang. Maksudnya memang tahap down sangat ni. Sebut pasal ibu je aku nangis. Aku pernah attend satu program ni dan pengacara tu mintak aku kongsi kenapa graf hidup aku tetibe merundum. Dan aku nangis gais di depan ramai orang. Hanya kerana aku nak orang faham dan tahu “Aku tengah sedih, ko faham tak apa yang aku rasa”.
The choice is always yours
The truth is, nobody can understand you! Hanya diri kau je yang boleh faham kau. Qoute ni aku selalu cakap ,”The choice is always yours!”. Aku silap buat pilihan gais. Aku pilih untuk meratapi rasa sedih. Aku biar perasaan sedih tu dalam hidup aku sampai tahap aku hilang keyakinan diri. Aku taknak jumpa semua orang. Aku elak kalau terserempak dengan orang yang aku kenal. Aku buat-buat tak kenal, buat-buat tak nampak kalau aku keluar mana-mana. Sampai berat badan aku naik cecah hampir 90Kg. Kau rasa best ke tu? Tu belum lagi aku terus tak ada confident nak bawak kereta. Padahal dulu slumber je boleh drive long distance jb-kedah. Kau rasa best ke ?
Ingat senang ke ?
Ingat senang ke nak get back being the real of me? The person who always talk and laugh! Sampai orang pernah cakap dekat aku “Ain kau tak penat ke gelak?”. Deep down into my heart, orang tak tahu apa yang aku rasa. Apa yang aku tengah bertarung. Sakit sangat bila meratapi orang yang kau sayang tu dah meninggal. Sampailah aku decide i wanna take a move. Tak boleh ni. Aku jenis ada prinsip gais! Aku tak suka tipu diri aku sendiri. At that time aku memang bedal je makan ikut suka tu yang sampai berat badan naik kebabom. Hahaha. Sampai aku start rasa mengah, tak larat berjalan dan baju banyak dah tak muat. Hahaha. Uish, aku memang tak sedar weh bapak besar badan aku. Lalu, aku buat keputusan aku kena exercise ni. Yes exactly, bila aku dah tahu cara yang betul untuk turunkan berat badan, perasaan sedih tu mula hilang sedikit demi sedikit. Masa aku join JK1M pada tahun 2016 tu pun sebenarnya aku belum jadi diri aku yang sebenar. Aku masih cover line lagi tu. Mesti geng-geng sado kata aku sombong. Hahaha. Fun fact about me, aku memang saja je mula-mula untuk acah-acah buat muka sombong kalau permulaan perkenalan.
masa ni aku tengah period pain, tapi aku boleh gagah workout jugak.
Maka,kenali lah aku. Dekatilah aku. Komfom lepastu takkan nyesal kenal dengan budak sombong akuainkausiapa niπ€£. Mark my words beb! You will be never regret. Aku bagi 100% jaminan. #omg #ainissoconfident π Bila kau tengah hilang keyakinan diri ni, nasihat aku keluar dari tempat yang kau tengah sedih tu. Contohnya kalau bile dekat rumah kau sedih, selalu lah keluar dari rumah pergi window shopping ke, exercise ke lepak dengan kawan-kawan ke. Buat something untuk diri kau. Make yourself busy. Cakap senanglah. Masa aku tengah down tu, aku masih jugak keep in touch dengan few close friends. Majoriti yang cakap “make yourself busy” So, first step aku buat ialah dengan turunkan berat badan. Memang fokus kaw-kaw waktu tu. Sampai sekarang aku boleh maintain la kawal pemakanan aku. Bukan lah selalu eat clean tapi kawal lah gula, garam, minyak dan lemak dalam badan tu. Lepastu aku make a move dengan fokus pada bisnes aku. Make a lot of networking dan jumpa ramai orang.
kau tengok, aku sanggup merangkak berguling dekat pasir.
Fun fact about me, aku memang paling suka pergi event. Jumpa ramai orang. Itu lah yang paling aku suka. Aku boleh spent time masa lama-lama buat benda ni. Aku nak ucap thanks banyak-banyak kepada geng JDT Blogger sebab small step dan keputusan yang aku buat sekarang sebenarnya banyak merubah hidup aku. The moment aku start aktif balik blog dan being in that community make my life so happy. A big applause to my team JDT Blogger ππΌππΌππΌ Kesimpulannya, ramai orang dia nak berubah. Bagus untuk ada perasaan nak berubah ke arah lebih baik tu. Tapi kalau NAK sahaja tak cukup gais! Nak itu perlu disertakan dengan tindakan. Tindakan tu kau kena beri 100% komitmen. Biasalah, manusia bila belum dapat merengek macam apa merayu pada tuhan, bila dah dapat adakah kau akan bersyukur dan masih taat kepadaNya? Tepuk dada tanya selera. Kalau nak belajar cara gelak dengan kuat, boleh tanya penulis akuainkausiapa. Nasib lah geng JDT Blogger habis pekak telinga dengar ain gelak π Share dekat ain, korang pun pernah ke hilang keyakinan diri? Jangan malu untuk komen, kita ni semua manusia biasa. Tetap sama taraf kita. Hamba Allah.π€
Beberapa minggu lepas aku tinggalkan dunia blog sekejap! Entah aku macam mood swing , tiber kan Ain ko dah kenapa? π Sometime the only thing you can do is remain silent dan layan kan sendiri perangai pelik kau tu. One thing tentang aku ialah aku kalau tengah macam gini, aku tak kan dekat dengan orang, tak akan bercakap dengan orang sebab aku takut aku terlukakan hati orang. So, nak layan perangai pelik aku ni aku akan scroll Twitter sampailah aku jumpa few movie yang dicadangkan untuk tengok.
Movie thailand! Bila entah aku minat tengok Kapkumkap tuh..Sawadikap! π€£ Aku tekanla link yang diberi. Mampus subtitle Indon woi! Apa kejadah semua ini? Hahaha. Tapi, aku boleh layan pulak tu! Giler pelik kan kau Nur Farahain! π€£ Gais, ini antara movie yang telah selamat aku tonton!
Movie Thailand level-level International
Aku tak tahu kenapa aku rasa wow giler terhadap semua movie yang aku tengok ni! Sebab the way diorang paparkan dalam movie-movie ni semua pemikiran level-level International Aku sangat-sangat rekomen kan korang untuk wajib tengok this few movies. Sumpah terbaik gila weh. 1-Mr Hurt
Selalu tengok perempuan yang putus cinta kan, kali ni tengok macam mana lelaki pulak yang putus cinta. Peh, habis karier semua kelaut dan macam mana dia get back semula?
2- I Fine.. Thank You Love You
Kisah seorang lelaki Thailand yang belajar bahasa inggeris hanya untuk menawan cinta seorang perempuan dan lelaki tuh desperate gila nak ke US. Tetapi, lain pulak jadi nya.
3-Bangkok Traffic
OMG, aku memang banyak gila belajar dari cerita ni in term of macam mana nak balance kan masa when you are in a relationship. Lagi-lagi aku ni yang night person bukannya morning person. Hahaha. Tengok tau cerita ni.
4-Heart Attack
Seorang freelancer yang terlibat dalam designer dan editing yang sangat sibuk sampai tak jaga makan dan tak cukup tidur. Akibatnya terdapat banyak bintik-bintik gatal dekat badan lelaki tu lalu di pergi ke Hospital Kerajaan dan berjumpa dengan soerang doktor perempuan. Lalu terus merubah hidupnya yang sentiasa workaholic. Jengjeng jengg....
Cukup lah dulu empat #rekomenfilem yang aku nak share dengan korang. Pergh, tak sangka aku boleh gigih layan movie Thailand ni. #ainisnowmoreopenminded π
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~