INDAHNYA AGAMA ISLAM

My roomate Kak Sunah Sakura for this trip. 😊

INDAHNYA AGAMA ISLAM


Sewaktu aku menaip ini , aku sedang dalam trip ke Pulau Belitung. Kami naik flight dari Changi Airport Singapore. Sewaktu di Changi ni lah aku nampak betapa indah sebenarnya agama Islam. Subhanallah. Aku kagum sangat. Terus aku rasa memang benarlah aku ini sangatlah kerdil. Sangatlah tak ada apa-apa melainkan semuanya pertolongan dariNya. Tuhan.

Kita sememangnya HambaNya...

Sampai je di Changi Airport ,kami check in luggage dulu. Selepas itu terus cari surau. Okay, pertama kalinya aku bukan mahu nak menunjuk-nunjuk solat ke apa. Tidak. Aku seboleh yang mungkin mahu sorok hubungan solatku kepada Tuhan. Tapi, sewaktu di surau itu , aku terpegun. Ya Allah , aku melihat pelbagai pelusuk manusia sedang solat.

Tak kira la warna kulitnya bagaimana, pakaiannya macam mana dan pelbagai pelusuk negara. Well, no doubt . Changi Airport is one of the best airport yang aku pernah tengok. Maka nya dengan itu, kita boleh nampak lah macam-macam Negara sedang berkumpul disitu. Wahai manusia , janganlah kita padang sesama kita hanya kerana pakaiannya. Janganlah kita pandang rendah kepada dia hanya kerana dia tidak menutup aurat dengan sempurna. Kerana tidak ada manusia yang sememangnya sempurna. 

Tentang hubungan kita dengan Tuhan. Itu tak usahlah kau orang canang satu dunia. Itu rahsia kita dengan Sang Pencipta. Aku nampak ramai pramugari solat. Dari mata kasar, mestilah aku boleh nampak macam mana khusyuk nya dia solat. Allahuakbar. Dalam hati aku terus rasa sayu. Masa nak sarung tudung berdiri depan cermin, aku lihat diri aku. Banyak yang perlu diperbaiki. Aku nak sangat jadi hambaNya yang benar-benar taat pada perintahNya.

Itulah kesempurnaan yang boleh kita dapat di dunia ini kan. Betul la orang kata, jangan nilai seseorang hanya pada luaran yang kita lihat. Tapi pandanglah dia dari hati. Salam rindu Ain dari bilik berita Pulau Belitung, Indonesia. ❤️

TENTANG LAGU LASKAR PELANGI DAN KEINDAHAN PULAU BELITUNG

TENTANG LAGU LASKAR PELANGI DAN KEINDAHAN PULAU BELITUNG


Terasa sayu pulak mendengar bait bait lirik lagu Laskar Pelangi ini. Aku terasa di bahagian lirik nya "menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga...bersyukurlah pada yang kuasa...cinta kita di dunia....selamanya.." . Well , seakan-akan kena pada diri Ain iaitu "i love to talk and laugh". Ini lah aku. Jenis yang kalau gelak memang sumpah tak cover. Pecah habis weh kalau kau orang dengar. 

Betul lah , syurga lebih indah daripada dunia. Walaupun kita belum boleh rasa, tapi nikmatilah dunia pemberian Tuhan ini kepada kita. Lalu apa kaitannya dengan Pulau Belitung? Kalau korang tengok muzik video Laskar Pelangi ni, itulah tempat yang diorang shoot. Pulau Belitung. Aku pun memula tak pernah dengar. Tapi lepas baca blog Sis Lin #siswalkwalk di Pulau Belitung, barulah ku tahu betapa indahnya seindah lirik lagu itu. *klik dekat #siswalkwalk tuh , pergi baca macam mana bestnya Sis walk walk di Pulau Belitung tuh.. Hehehe.

Jom layan muzik video Laskar Pelangi ini.

Mesti korang nak tahu kan macam mana lah ehk nak ke Pulau Belitung ni? Jawapannya korang search je Mtngetaways ni. Diorang dah siap sediakan pakej lengkap untuk korang. Tak payah pening-pening dah. Nak sambung nyanyi jap lah... "mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia, berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya... laskar pelangi, takkan terikat waktu, bebaskan mimpimu di angkasa,warnai bintang di jiwa..

belitung indonesia

Facebook : MTN Getaways
Instagram : @mtngetaways

NAH AKU BAGI KAD RAYA!

NAH AKU BAGI KAD RAYA!

kad raya kenangan 90an
Zaman dulu benda ni lah kenangan terindah. Padahal bagi depan-depan je. tak yah nak pos sangat!
Kalau tengok sekarang dah jarang orang nak bagi kad raya kan. Tiber kan kau ain cerita pasal raya. Raya krismas ke ape ni? Dah hujung tahun ni kan. Hahaha. Jawapannya ialah kita nak sembang throwback lah. Kisah zaman sekolah generasi budak-budak 90an. Beberapa hari lepas kawan sekolah Whatsapp benda peninggalan sejarah woi.
kad raya kenangan 90an

Kau jangan gelak Ain!

"Kau jangan gelak Ain" Whatsapp dia kepada aku. Kawan aku ni nama dia Fatin Atiqah. Aku start rapat dengan dia masa hujung-hujung tingkatan 2. Pastu masa tingkatan 3 dia duduk sebelah aku. Tulisan dia ni sumpah unik gila. Aku ni jenis pemalas nak tengok papan hitam. So,kalau waktu kena salin apa yang ditulis dekat board tu aku suka tengok dia la. Sebab aku duduk tepi tingkap. (Kuat berangan merenung masa depan) ahahaha. Dah aku cakap tulisan dia unik, kadang-kadang aku copy membabi buta je weh. Pastu dia tanya aku balik, "kau faham ke ?" Hahaha. Dasar copy membabi buta memang haram tak faham.

Lepas tingkatan 3 kitorang pindah sekolah. Pindah ke Teknik Perd JB. Tapi kitorang tak sama course. Dia ambil kejuruteraan awam , aku ambil perdagangan. Tapi kitorang boleh la selalu terserempak. Weh, ain kau ni nak bercerita pasal kad raya kan tadi. Huraian benda lain kemain panjang. Hahaha. Okay, sambung balik bab kad raya. Aku rasa dari darjah 6 kot aku dah start bagi kad-kad raya ni kepada kawan-kawan terdekat. Setiap tahun bagi pada yang sama.
kad raya kenangan 90an
Are-in , frens 4 evar!! kau tengok ayat budak Myspace.
Padahal member duduk sebelah je, kemain siap bagi kad raya. Paling tak boleh blah siap bubuh semua nama keluarga. Hahaha. Dahtu nama aku dulu nak kena sebut sebagai Are-in okay.

Are-in okay! 

Kau rasa? . Dasar budak Myspace macam gitu la. Hahaha. Weh , benda kad raya ni sangat nostalgik kan. Jujurnya dulu aku masih simpan weh. Setiap tahun kalau bosan aku baca semula kenangan zaman sekolah lah katakan. Itu belum lagi bab baca surat bila bergaduh dengan kawan-kawan. Hahaha. Tapi, aku dah pun buang kesemuanya. Sebab aku dah kosongkan bilik aku. Rasa macam biarkan jela memori itu dalam hati. Cehwah!
kad raya kenangan 90an
Alamat rumah kau aku tak tau, setem beli sendiri. Hahaha

kad raya kenangan 90an
kau tengok...siap highlight kaler pink dengan sign pun kaler pink.

Sebenarnya best kan bila kita dapat benda-benda macam ni, its so sincere! Walaupun berapa sen sangat je kad ni kan dengan setem nya lagi. Arggghh, rindu pulak zaman sekolah dulu. Sedar tak sedar , dah 10 tahun Nur Farahain meninggalkan zaman persekolahannya. (Kita sedar kita dah doploh tujuh)  Sekian melaporkan dari bilik berita Bandar Baru Uda untuk kengkawan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda 😆~ are-in