SEPETANG BERSIDANG DENGAN GENG KATAK

AROI THAI JOHOR BAHRU
Bersidang dengan Geng Katak

SEPETANG BERSIDANG DENGAN GENG KATAK

Bersidang tanpa dirancang, aku yang tengah syok memasak memang letak tepi henset. Bukan tu sahaja, siap tutup internet lagi. Hahaha. Tetiba dengar bunyi tepon , tau siapa yang call? Kak Sunah! Hahaha.
"Ain , Sis Lin ajak pergi Aroi Thai so kita pun macm blur blur ...haa kejap Ain bukak whatsapp jap"
Amek kau , Sis cakap "Sesiap sekarang!". Aku terus berdesup siap haa kau cepat gila. For your information, aku ni tak pernah try makan boat noodle. Aku ni sejenis kalau orang ajak baru aku cuba. Kalau tak memang tak la nak mencuba makanan pelik-pelik ni. Pelik ke? Hahaha.
So, apa yang kami makan? Haaa, tengok jelah gambar nya. Kebetulan aku memang tak makan langsung dari pagi. Haa, tadah perut jelah. Alhamdulilah, so far makan dekat sini kenyang yang amat. Kata Sis Lin dan Kak Sunah portion dekat sini boleh tahan banyak. Memang boleh kenyang ler. Ermm, apa lagi nak membebel, aiskrim durian dia sedap betul. Chicken wing dia sedap jugak. Apa lagi ? Nothing to komen. Aku rekomen lah korang untuk makan dekat sini . 

Eh lupa nak share location. Korang boleh je waze Trove Hotel Johor Bahru...Komfom jumpa..
AROI THAI JOHOR BAHRU
Jom tengok menu nya...

AROI THAI JOHOR BAHRU
I geram betul tengok ciken wing tuh!

AROI THAI JOHOR BAHRU
Cer kira berapa mangkuk semuanya

AROI THAI JOHOR BAHRU
Huwaa,,Sis Lin order set ni sekali

AROI THAI JOHOR BAHRU
Lepas ni , menu kita rampas siap-siap..Jangan kasi Sis pegang...Habis dia order ...
kita yang kena habiskan.HAHAHA.

AROI THAI JOHOR BAHRU
Nyempat posing comel dia tuuuu...

AROI THAI JOHOR BAHRU
Tapi tetap Ain paling comel. Sekian puji diri sendiri. kBYE!
Pesanan penaja : Aku selalu lepak dengan diorang sebab diorang selalu buat aku tergelak..Kan dah cakap , tahun ni "I just wanna be Happy!" . Tapi, gelak-gelak jugak.. Sekali Sis Lin tanya , "blog dah update?" ...Haa , berani nak main-main.. Kesimpulannya , lepak bersidang pun iyer jugak , main-main jugak ....update blog tetap kena buat... Lagi-lagi kau yang pilih nak being a blogger kan!(Pesan pada diri sendiri...)

WORDLESS WEDNESDAY: AKIBAT TERLEBIH EXCITED

WORDLESS WEDNESDAY:  AKIBAT TERLEBIH EXCITED

akuainkausiapa
Ni view masa 30hb haritu dekat blog kak Sunah

Ni lah dia.. sebenarnya posting Assalamualaikum 2019! ni aku dah taip-taip masa 30hb haritu... Konon henset bau kedai kan.. Sekali, tertekan publish. Hahaha. Gelabah terus aku delete.. Ni lah akibatnya, nasib tengah malam gitu. Sis Lin kata aku gelojoh sangat!

ASSALAMUALAIKUM 2019!

Assalamualaikum tahun 2019... Alhamdulilah, diam tak diam kita dah masuk tahun baru. Tahun ni juga aku akan berusia 28 tahun. By the way, this is my favourite number. Nak tahu kenapa? Sebab birthday aku 8 Februari 1991. So, nombor lapan dan nombor dua ialah menjadi nombor kegemaran aku. Nombor dua pula membawa satu lagi maksud iaitu aku anak nombor dua. Betul ke orang kata anak nombor dua ni dia jenis pelik sedikit? Jenis suka buat hal sendiri dan keras kepala. Kahkahkahkah .(Ain, kau tengah menganjing diri sendiri ke ape ni?) Hahaha.

Talking bout favourite number ni juga aku pernah ada impian nak letak nombor flat kenderaan 82. So doakanlah aku dapat pakai my dream car tu yer. Kereta ape? Rahsia. Hahaha. Next , pada 30hb haritu aku berkesempatan singgah ke Paradigm Mall Johor Bahru. Aku dah niat nak beli smartphone bajet RM500 je. Yezza, akhirnya jumpa juga. Its Oppo A3s yang berwarna merah.
oppo a3s
Screen dia besar kau

Reason aku nak beli? I am back with "lady who have two phone". The last time aku pakai dua phone ni masa belajar dulu. Teringat dulu kemain pakai Blackberry dan Sony. Sampai la tahun 2015 kot aku dah stick to one phone and now i'm back again with two phone. Memula godek-godek phone Android ni alahai kekoknya rasa. Sebab aku dah selesa dengan Apple sistem. Sorry, bukan belagak! Hahaha. 

Another reason aku beli sebab aku nak jadikan phone tu untuk kegunaan bisnes.2019, I am going to FULL my schedule. Kasi tapau kawkaw orang kata! No more masih bersantai dan bermain biola di tepi katil lagi. Hahahaha. Next reason, aku nak kerap update online diary ku ini iaitu akuainkausiapa. Well, this is where i can express my feelings. Gittew!  Kalau pakai Iphone tak ada apps Blogger. Sedih betul. Before this aku akan taip dekat notes dan copy paste masuk blog. Macam kena buat manually sikit lah. Kena on laptop untuk update. Bila dah  ada phone ni, hajat dihati nak terus taip haa publish gittew terus. So, doakan semoga ain keep update diari untuk hiburan korang semua ni yer! Dont worry , i can be such a great online entertainer to you! (statement puji diri sendiri)  Sebab tu la nama blog ni akuainkausiapa . Selalu sangat nak tahu siapa lah kan pembaca kita ni. Hahaha.
oppo a3s
Merah mak ngah kau kaler dia

Last but not least, pecah kaca pecah gelas... Lepas baca tolong doakan Ain yer! Semoga impian Ain tercapai dan istiqamah bersungguh-sungguh in chasing my dreams.
Lots of love -ain-

Assalamualaikum hari pertama 2019!