HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF

akuainkausiapa

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF 

Yeay, its a day! Saya tunggu hari ini. Tanggal 8 Februari 1991, waktu itu arwah ibu bertarung nyawa melahirkan satu-satunya puteri yang dia ada. Diberi nama Nur Farahain. Sebagai pemegang amanah kepada maksud nama ini iaitu , “Cahaya Kegirangan Mata” , alhamdulilah! Aku bersyukur sangat kini aku sudah berusia 28tahun. 

Pejam celik pejam celik dah masuk 28tahun dah aku hidup. Kenapa ibu dan ayah letak nama itu? Kerana mereka berminat dengan pengacara yang bernama Nurfarahin jamsari. Betul la orang kata,  nama ni memang refleksi diri kita. Kegirangan itu sudah bukti yang nyata. Aku memang suka gelak dan bercakap.

Itulah personaliti sebenar aku. Jangan bagi aku stop bercakap dengan kau. Itu makna nya aku dah tak berminat dengan kau. Seketul Farahain ni senang je nak detect mood dia. Dia bukan lah complicated untuk dikenali. 😂 

What is my dream for being 28?


I need to find more happiness and love! Simple je kan. Tapi kau hingat senang ke nak jumpa orang yang boleh buat kau bahagia? yang boleh menyayangi dan mengambil berat pasal kau? Yang akan jadi manusia bertanya “Ain are you okay?”. 

Aku dulu pernah punya ramai manusia disekeliling ku. Tapi, pada waktu sekarang, aku pilih untuk mendekati dan rapat dengan mereka yang sudi menerima lemah dan kurangnya aku. Terima kasih kerana sudi menerima seketul manusia yang bernama Nur Farahain ini.

I aim for love and happiness..Can YOU teach me how?🙈

Assalamualaikum buat diri ini yang kini berusia 28 tahun.🦋

LEPAS GIAN MAIN ROLLER COASTER DI LEGOLAND

legoland malaysia

LEPAS GIAN MAIN ROLLER COASTER DI LEGOLAND

Ceritanya begini. Kami semua terlibat untuk event media invitation sempena LEGO City 4D Movie. Nah, sekali tengok kitorang dapat combo ticket all access. Uish begitu teruja sekali rasanya. Selepas dari launching 4D Movie tu , kami makan tengah hari dulu memandangkan organizer menyediakan makanan. Apa lagi bedal lah kenyang-kenyang.

Selepas itu, tetiba kitorang semua sebulat suara nak lepas gian dekat sini memandangkan dapat tiket free kan. Alang-alang gunakan lah sepuasnya. First kitorang naik tower dulu. Dekat sini kita boleh nampak the whole Legoland itu dari pandangan yang lebih tinggi. Ee, seronok sangat seketul Farahain waktu itu. 
lego 4d movie legoland malaysia
Kami bergambar di depan Lego 4D Movie

legoland malaysia
Muka bahagia kekenyangan
legoland malaysia
tengah tunggu nak naik tower. Kesian Mak Lin dengan Kim tertinggal di bawah. Bye kak Hernee nak balik dah~
Kan tadi dah makan kenyang-kenyang serta badan pun dah terlebih kandungan gula, Jom kita serbu naik roller coaster pula! Fun fact about me, aku ni sebenarnya takut gayat! Hahaha. Perasaan ni datang disebabkan oleh badan aku yang gemuk. Aku dulu paling takut macam mana la ehk kalau aku terjatuh dah la gemuk. Hahaha. Dah la berat siapa je yang boleh angkat aku nanti. Sampai begitu sekali overthinking aku!

TAPI , i need to fight that fear!

 Itulah semangat seketul Farahain. Hahaha. Apalagi, cuba je la naik roller coaster tu. Semua roller coaster yang aku naik sebelah aku mesti ada si Fara didi. Gasak la pekak telinga dengar aku jerit! Hahaha. Paling siot si Mak Lin tu dok saiko kitorang roller coaster tu begini la begitu lah. Siap jerit mengilai lagi masa dekat atas tu. Siot!  Tips to fight that fear : cuba tengok kanak-kanak disekeliling kita pada waktu itu. Diorang yang kecil pun tak takut siap repeat banyak kali lagi naik roller coaster , tak kan kita yang besar gedabak ni nak takut jugak? Khenn.. 
roller coaster legoland malaysia
Ko tengok MAK LIN dia punya lompat!
 
roller coaster legoland malaysia
Eee, ni paling best!

legoland malaysia
Kanak-kanak ribena keriangan selepas naik roller coaster
Ikutkan hati nak jugak main water park. Basah pun lantak lah tapi waktu pun dah petang. Insyallah nak repeat lagi datang sini nak lepaskan gian sepuasnya. By the way , terima kasih kepada Sis Lin bertindak sebagai ketua rombongan sekolah pada waktu itu serta ketua jurugambar sepanjang kanak-kanak ribena yang bernama Farahain ni melepasi cabaran roller coaster nya! Muah ciked.
sislin
Sis Lin ketua rombongan. HAHAHA