|
sunah sakura dan akuainkausiapa berjoging bersama kata nya! |
STAYCATION BERSAMA BLOGGER SUNAH SAKURA
Tiber tajuk entri kau ain...Dasyat sangat staycation kata dia. Hahaha. Seperti biasa, kadang nya tanpa perancangan semuanya terus menjadi. Maaf cerita ini dah basi sedikit sebab kejadian berlaku pada cuti chinese new year haritu. Biasalah kadang seketul Farahain ni datang mood berblogging dia ke laut , habis semuanya...Tetiba terngiang-ngiang suara Sis Lin "kau tangkap gambar tu untuk ape? nak simpan sampai bila? Update blog cepat!"(Sorry Sis mengata depan-depan.) Gais , dia ler orang cakap 'cikgu disiplin' aku. Berani ler malas nak update. "Nak berjaya kan?, sila buat kerja anda!" Terima kasih sis jadi cikgu disiplin saya!Hahaha.
So, dalam ini cerita tak ada kena mengena langsung dengan Sis Lin. Hahaha. Dia hanya ada pada permulaan ayat sahaja. Cerita kali ini antara aku dan kak Sun saya. Kak Sun saya ini atau nama glamer nya Sunah Sakura. Hehehe. Ceritanya masa 4 Februari haritu kak Sunah ngajak pergi teman dia breakfast makan kacang pol. Kita pun on saje. Tapi , pengakhirnya kacang pol kemana dan hanya tinggal impian kerana pada waktu tu ramai nya orang. Aku pi sampai dua cawangan kot kemain ramai pelusuk manusia yang mengidam makan kacang pol pada waktu tu. Hahaha. Last-last ajak pi makan dekat tempat lain. Sambil makan tu, tetiba Kak Sun tanya , "cuti ni buat ape?. Jom tidur rumah akak!" TIBER WEH! Aku pun sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan. Hahaha.
So , lepas habis je makan tu aku terus balik ke rumah dan mengambil barang-barang aku. Tak lupa juga bawa laptop. Hehehe. Kata blogger! Gituw. So sepanjang hari tu aku teman Kak Sun pergi barang-barang untuk buat brownies
Selera Sakura dia tu. Pusing sana sini mencari bahan , cadangnya nak pergi pasar malam untuk beli makanan makan malam tapi hujan pulak turun tapi rezeki datang bergolek bila housemate Kak Sun whatsapp dia dekat pasar malam nak kirim pape tak. Aku pun on jela nasi goreng dengan ayam goreng. Gituw ler seketul Farahain memang tak cerewet langsung bab makan ni. Patut ler bambam. HAHAHA.
|
Gilerr terliur tengok brownies Selera Sakura |
Pada malam hari tu, aku tak nak ler kacau Kak Sun sangat sebab dia tengah bertungkus lumus siapkan order, aku seperti biasa buat hal aku sendiri. Dah ada laptop dan broadband aku kemain laju terus aku melayan drama marathon sepuasnya. Malam tu kami tidur sambil berdendangkan bunyi mercun. Hahaha. Well, chinese new year kan . Kasi chance ler diorang tengah celebrate..Kita time raya kemain macam nak bergegar satu kawasan rumah tu tak ada nak kecoh pulak.
Keesokannya pada 5 Februari pula sebelah pagi sampai ke malam kami habiskan masa di rumah sebab Kak Sun menunggu customer untuk pick up order yang dibuat. Bukan sekotak dua woi , tapi bertingkat-tingkat. Tabahnya seorang Sunah Sakura. Kuatnya iman dia bila membrownies. Aku ni dah ler hantu coklat, sampaikan aku tanya dia "akak takde ke sambil-sambil siapkan order sambil tu terjilat sket coklat ke , nuttela ke , drizzle yang meleleh sket tuh..". Sebegitu sekali seorang Farahain kepoh nak ambil tahu. Hahaha. Pagi itu kami makan cheese cake caramel hasil air tangan Kak Ajan , geng JDT Blogger yang baru serta seketul kak Sunah memasak Spaghetti main hentam janji ade rasa. Bahagia nya perut pada ketika itu. Aku ni hantu spaghetti dan hantu cheese. Nampak tak kombinasi dia macam mana. Hahaha. Pada hari itu juga , Kak Sun meng edit blog akuainkausiapa ni. Eeee, rasa terharu gile!
|
spaghetti main hentam janji sedap!HAHAHA |
Pada sebelah malam pula, tuan rumah menghidangkan lauk-lauk bujang kepada tetamu dia ni. Ya Allah terima kasih kepada semua housemate kak Sun sebab melayan tetamu yang seketul ini dengan sebaiknya. Pada sebelah malam pula , secara spontan kami bersepakat untuk karoke lalu seketul Farahain berasa sangatlah gembira dapat lepas gian pegang mikrofon. Kihkihkih.
|
Kau tengok lauk orang bujang kata nya! |
Keesokannya pada 6 Februari, aku dan kak Sun memang dah sepakat nak joging-joging manja di Hutan Bandar Mutiara Rini. Selesai joging manja aku tu Kak Sun ngajak ke Tesco beli barang dapur. Lalu seketul Farahain pun bersetuju. Balik je dari Tesco terus masak untuk sarapan pagi kata nya. Nasi Goreng Tomyam hidangan pada waktu pagi tu. Nyambil makan , Kak Sun belek-belek showtime movie tetiba kami pun sebulat suara ke AEON Bukit Indah dan menonton cerita Alita pada ketika itu. Terima kasih belanja tiket wayang! Kah! Habis je wayang, its time to say good bye....Ceh macam tak jumpa je kan lepas-lepastu. Hahaha.
|
Nasi goreng tomyam hasil air tangan Sunah Sakura |
|
Berani dia suap nachos dengan cheese tu dekat kita? Eee, kita tengah diet okay! |
Terima kasih untuk 3hari 2malam itu , semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya untuk kak Sunah serta dilindungiNya. Ain ni tak ada adik beradik perempuan, maaf ler kalau perangai boyish tu terkeluar tanpa sengaja tapi yang pasti bukan kentut membabi buta secara sengaja yer! Itu orang lain. HAHAHAHA.