"PAGI PETANG SIANG MALAM KAK AIN, KAK AIN DAN KAK AIN"
Petang tadi aku menjengah ke KRT kawasan rumah aku ni kerana ada gotong-royong santai-santai untuk program hari sabtu nanti. Aku ni memang dah berjanji dengan bff cilik aku ni. Siapa dia? Anak jiran aku la. Si Asyira tu. Semalam dia bagitahu aku yang dia pulang ke sekolah jam 3 petang , "Kak Ain , tunggu tau sampai Syira balik sekolah lepastu kita pergi sama-sama". Aku ni ia kan je la.
Hamek kau, balik je dari rumah sebatu aku dengar dia berlari, "Assalamualaikum Kak Ain , cepat lah". Aku nak pakai tudung pun tak senang! Sabar je la dengan dia ni. Hahaha. Kitorang pun jalan kaki menuju ke dewan KRT lepastu dah sampai aku pun bersalam-salam le dengan makcik-makcik ni semua. Sampai dekat nenek si Syira, "pagi petang siang malam sibuk dia tuu dengan kak ain dia". Aku dengar sampai tergelak-gelak.
Si Syira ni pandai tau dia nak 'cari' aku. Dia tahu aku ni suka on Instagram, dia akan SPAM video call sampai aku angkat. Hahaha. Sebab tu nenek dia sampai cakap pagi petang siang malam kak ain kak ain dan kak ain je!. Dia ler yang selalu teman aku berjoging manja demi menyahut cabaran aku nak kurus ni. Hahaha. Support kak Ain sampai kurus okay! Nanti aku update aku berjoging pusing satu kawasan taman dengan dia ni ehk okay!
yoo,,whatsupzzz |
pstt: aku ni sebenarnya tak suka pun budak-budak tapi entah macam mana anak-anak jiran boleh ngam dengan aku.