KALAU RINDU , AKU TERUS JE CAKAP...

akuainkausiapa

KALAU RINDU , AKU TERUS JE CAKAP...

Semalam , sebenarnya aku tak ada pun temujanji (temujanji kata dia) dengan dua ketul kakak kakak aku ni. Tapi , entah macam mana sehari sebelum tu Sis keep tanya aku nak ke tak pergi esok nya. Sekali terdetik dalam hati aku ni tetiba TERINDU diorang ni. Kah! Last-last aku pun cakap , iye la Sis , Ain pergi le besok."Rindu dekat Kak Sun ngan Sis Lin". Direct Sis reply , "poyo kau Ain" . HAHAHA.

Amek sebijik poyo terus dapat. Gitu ler perangai seketul penulis blog akuainkausiapa ni. Aku jenis kalau rindu , aku akan terus bagitau. Memang tak ada nya nak cover-cover. Buat apa nak cover-cover kan , makan dalam weh. Perasaan itu harus diluahkan bukan simpan. Dah kalau simpan pastu bagi hint -hint entah sampai ke sudah tak terluahkan. Kah!. Teringat dedulu aku ni ego tinggi melangit weh. Aku susah nak cakap yang aku rindu terutama masa ibu masih ada. Sewaktu aku belajar jauh dulu , ibu ni selalu ler tepon aku walaupun cakap hanya seketul dua je. Tapi , aku ni malu nak mengaku malu nak luahkan yang aku rindu dia. Padahal lepas letak tepon tu aku menangis sebab rindu. Hahaha.

Kesimpulannya , kalau rindu bagi
tahu je  Jangan simpan dalam hati. Bila kita dah luahkan akan jadi lebih lega dan tenang. Bukan itu sahaja , luahkan perasaan kita itu selagi orang yang kita rindu itu masih ada di depan mata kita. Nanti bila dia dah tiada , baru kita rasa menyesal. Sesal di kemudian hari sudah tidak berguna lagi. Chow !

*Padahal selalu je jumpa diorang ni! Kah!

SORRY , TAK ANGKAT VIDEO CALL



SORRY , TAK ANGKAT VIDEO CALL

Hmm, betul kot aku ni jenis perempuan yang keras dan sukar untuk difahami. Susah juga kadang memegang nama Nur Farahain ni. Dia ni jenis kalau tengah tak nak diganggu , habis memang call sepuluh juta kali pun dia tak pick up. Tapi, bila tadi aku tengok list missed video call ni, aku secara tiba-tiba rasa sebak dan sedih. They have their time to remember me. 😭 They have “me” eventhough diorang tengah jauh bercuti masing-masing dengan keluarga. Kepada BFF jiranku, Kak Ain say sorry.. Let me confess!! Kak Ain jenis cepat rimas. Hahaha. Lagi-lagi kalau kita dah jumpa , pastu balik dekat rumah pun nak still sembang lagi. Omg, that was not me. πŸ˜† Sorry!! 

I think that is what we call have a quality communication with only quality people. Sorry sangat sebab dah lama Kak Ain tak rasa macam gini. Rasanya dah almost 5 tahun. Korang tau siapa yang selalu keep contact aku tanpa rasa jemu? Ibu aku. Dia selalu call aku setiap hari. Dapat cakap 2 3 minit pun dia akan buat. 

Bukan tu sahaja, dapat reply sms aku (since dulu-dulu mana ada whatsapp kan) .. Ibu reply “K” je aku rasa okay.. Ibu really faham apa yang aku text. Tu belum masuk lagi typo nya. Hahaha. I think almost 5 years I lost it.. Tengok balik list missed video call ni, aku secara tiba-tiba mengalirkan air mata. Aku teringat bersungguh gila ibu aku buat perkara yang sama dekat aku. Sekarang, Tuhan tu kirimkan hambaNya untuk make their effort to me.

Kak Ain nak mintak maaf if kak Ain tak hargai apa yang korang buat. Cuma tu la, bila kita dah banyak kali rasa kehilangan, kita sampai jadi tak sedar yang kita sebenarnya menghilangkan diri kita daripada orang yang sayang dan peduli tentang kita. Sorry! 😭 

Terima kasih sebab peduli tentang Kak Ain. Balik bercuti nanti, kita spent time bersama okay. Miss you BFF Jiranku ❤

psst:: aku taip pada waktu 12:55pagi. mengalir jugak la air mata ni.

CRUSH NI MACAM CHIPSMORE

Image result for crush

CRUSH NI MACAM CHIPSMORE 

Hahaha. Eh tetiba muncul balik cerita tentang crush aku ni kan. Tiber! Ada yang pernah baca tentang crush ni siap tanya aku woi, “siapa dia” Kah!. Sebenarnya, aku memang dah lama move on. Sebab dah kena friendzone woi. Hahaha.

Lagipun, pada aku crush ni dia macam “suka sahaja-sahaja” je, kalau dapat alhamdulilah! Eh! πŸ™Š So, memandangkan aku dah lama move on aku pun dah tak cerita la kan. Eh,tiber hari ni terbukak balik story ni. Boleh pulak nampak dia tengah melepak.

Mungkin inikah yang dinamakan jodoh? Eh! Hahaha. Tapi aku pandang gitu-gitu aje. Dia lepak dekat-dekat pulak dengan rumah aku. Eh... Hahaha. Tau kenapa aku crush dekat dia? Aku suka lelaki yang from zero to hero. Aku nampak macam mana dia daripada kosong and dia develop kerjaya sampai sekarang kemain aku tengok dia. Wow! He deserve my attention. Tapi, tu la. Aku berani story dekat sini la kan. Untuk lelebih nanti, biarkan Tuhan yang laksanakan kerjaNya. #doayangbaikbaik #jodohtakpernahsalahalamat πŸ’•