I WANNA BE JUST LIKE YOU...IBU


akuainkausiapa
Majlis Aqiqah, sebelum pegang anak sendiri pegang teddy bear dulu
I WANNA BE JUST LIKE YOU...IBU

Orang tanya aku, macam mana aku boleh rapat dengan geng makcik-makcik?. Ini jawapan yang aku nak jawab ikhlas dari hati.

"I wanna be just like you..Ibu!"

Aku nak warisi keperibadian ibu. Arwah ibu seorang yang sangat friendly , dia juga boleh bercampur dengan ramai orang  Dia juga disayangi oleh ramai oleh disekeliling dia termasuk la di tempat kerjanya. Sampai dulu-dulu ramai yang offer diri nak jadi anak angkat ibu! Ibu ni juga dia suka senyum. Mana-mana gambar dia mesti senyum nampak gigi. Yela, gigi ibu cantik tersusun. Sebab tu aku kalau ambil gambar mesti nak senyum sampai nampak gigi walaupun gigi aku bersepah. Hahaha. 

Kalau siapa yang kenal aku dari sekolah dan dari zaman belajar mesti nampak perubahan yang sangat lain pada diri aku. Aku ni dulu mana friendly sangat yang terlampau. Sampai Huda ,(JDT Blogger) ya ng dulu junior masa sekolah SMKBBU pernah cakap "dulu ingat senang ke nak tengok Ain gelak-gelak buat lawak, dulu dia pengawas muka garang je muka ketat je". Aaah! Nasib ler dulu siapa yang penah kawan dengan aku. Pernah kena marah dengan aku. Sorry ! πŸ˜…

By the way, aku rasa bersyukur juga sebab makcik-makcik jiran aku ni semua sporting. Diorang jenis mak-mak moden. Bukan level-level makcik bawang. They really care each other. Buktinya, kalau ada program yang nak dilaksanakan, diorang ni  kemain bersepakat tolong menolong. Sebabtu aku sayang betul dengan Kejiranan Wanita ni. Kau tengok gambar aku tu.. Tu haa kan baju uniform kitorang. Aku cakap dekat kawan aku , dia tak percaya weh! Haa, ni buktinya. Hahaha. Tapi , aku buat baju kurung kedah so nampak sikit moden nya.. Lepastu boleh pakai ke macam-macam event.

Ibu, dulu Ain lain kan ibu..dulu Ain garang nak mampus.. ibu selalu tegur ain..kenapa garang sangat..nanti takde siapa nak kat Ain..Hahaha... Ibu, princess Ibu ni dah masuk 28 tahun dah.. Ibu dulu kan ibu nak jadi penulis novel tapi impian ibu terhalang..sekarang, ain penuh kan impian ibu tu tau.. Walaupun ain tak sehebat ibu dalam menulis..tapi ain cuba copy paste mana yang baik dari ibu..Dapat jadi penulis blog pun okay la kan ibu.. Ibu, Ain rindu sangat ibu. Love you! Semoga kita bertemu di Syurga πŸ’–

Al-Fatihah
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959- 17 November 2013

KALAU RINDU , AKU TERUS JE CAKAP...

akuainkausiapa

KALAU RINDU , AKU TERUS JE CAKAP...

Semalam , sebenarnya aku tak ada pun temujanji (temujanji kata dia) dengan dua ketul kakak kakak aku ni. Tapi , entah macam mana sehari sebelum tu Sis keep tanya aku nak ke tak pergi esok nya. Sekali terdetik dalam hati aku ni tetiba TERINDU diorang ni. Kah! Last-last aku pun cakap , iye la Sis , Ain pergi le besok."Rindu dekat Kak Sun ngan Sis Lin". Direct Sis reply , "poyo kau Ain" . HAHAHA.

Amek sebijik poyo terus dapat. Gitu ler perangai seketul penulis blog akuainkausiapa ni. Aku jenis kalau rindu , aku akan terus bagitau. Memang tak ada nya nak cover-cover. Buat apa nak cover-cover kan , makan dalam weh. Perasaan itu harus diluahkan bukan simpan. Dah kalau simpan pastu bagi hint -hint entah sampai ke sudah tak terluahkan. Kah!. Teringat dedulu aku ni ego tinggi melangit weh. Aku susah nak cakap yang aku rindu terutama masa ibu masih ada. Sewaktu aku belajar jauh dulu , ibu ni selalu ler tepon aku walaupun cakap hanya seketul dua je. Tapi , aku ni malu nak mengaku malu nak luahkan yang aku rindu dia. Padahal lepas letak tepon tu aku menangis sebab rindu. Hahaha.

Kesimpulannya , kalau rindu bagi
tahu je  Jangan simpan dalam hati. Bila kita dah luahkan akan jadi lebih lega dan tenang. Bukan itu sahaja , luahkan perasaan kita itu selagi orang yang kita rindu itu masih ada di depan mata kita. Nanti bila dia dah tiada , baru kita rasa menyesal. Sesal di kemudian hari sudah tidak berguna lagi. Chow !

*Padahal selalu je jumpa diorang ni! Kah!

SORRY , TAK ANGKAT VIDEO CALL



SORRY , TAK ANGKAT VIDEO CALL

Hmm, betul kot aku ni jenis perempuan yang keras dan sukar untuk difahami. Susah juga kadang memegang nama Nur Farahain ni. Dia ni jenis kalau tengah tak nak diganggu , habis memang call sepuluh juta kali pun dia tak pick up. Tapi, bila tadi aku tengok list missed video call ni, aku secara tiba-tiba rasa sebak dan sedih. They have their time to remember me. 😭 They have “me” eventhough diorang tengah jauh bercuti masing-masing dengan keluarga. Kepada BFF jiranku, Kak Ain say sorry.. Let me confess!! Kak Ain jenis cepat rimas. Hahaha. Lagi-lagi kalau kita dah jumpa , pastu balik dekat rumah pun nak still sembang lagi. Omg, that was not me. πŸ˜† Sorry!! 

I think that is what we call have a quality communication with only quality people. Sorry sangat sebab dah lama Kak Ain tak rasa macam gini. Rasanya dah almost 5 tahun. Korang tau siapa yang selalu keep contact aku tanpa rasa jemu? Ibu aku. Dia selalu call aku setiap hari. Dapat cakap 2 3 minit pun dia akan buat. 

Bukan tu sahaja, dapat reply sms aku (since dulu-dulu mana ada whatsapp kan) .. Ibu reply “K” je aku rasa okay.. Ibu really faham apa yang aku text. Tu belum masuk lagi typo nya. Hahaha. I think almost 5 years I lost it.. Tengok balik list missed video call ni, aku secara tiba-tiba mengalirkan air mata. Aku teringat bersungguh gila ibu aku buat perkara yang sama dekat aku. Sekarang, Tuhan tu kirimkan hambaNya untuk make their effort to me.

Kak Ain nak mintak maaf if kak Ain tak hargai apa yang korang buat. Cuma tu la, bila kita dah banyak kali rasa kehilangan, kita sampai jadi tak sedar yang kita sebenarnya menghilangkan diri kita daripada orang yang sayang dan peduli tentang kita. Sorry! 😭 

Terima kasih sebab peduli tentang Kak Ain. Balik bercuti nanti, kita spent time bersama okay. Miss you BFF Jiranku ❤

psst:: aku taip pada waktu 12:55pagi. mengalir jugak la air mata ni.