3 HARI 2 MALAM DI KELANTAN YANG MENYERONOKKAN

akuainkausiapa

3 HARI 2 MALAM DI KELANTAN YANG MENYERONOKKAN
Alhamdulilah, pada 12-14 April Ain dan beberapa rakan media dari Negeri Johor telah mengikuti Fam Media Trip ke Kelantan bersempena dengan Surfasting Tour. Kami bertolak dari JB seawal jam 5 pagi. Wow, perjalanan mengambil masa yang boleh tahan lama. Dasyat sungguh. Sepanjang berada di sana, ianya meninggalkan satu pengalaman yang indah. Apa yang aku pelajari di sana? Indahnya keseniaan dan kebudayaan. 

Aku memang sukakan pada semua yang berkait rapat tentang seni! Some people said that , art cannot be sold! Tapi orang macam aku ni percaya yang art itu boleh dijual! Its how you present to the right people and the people who believe your art. Gituww yer Farahain balik dari Kelate kecek english ke.Kah! (tiber rasa poyo sket nak speaking london) 

Pada hari pertama , sampai je di Kelantan mata aku banyak tertumpu pada ruang-ruang iklan di billboard  , banner dan bunting. TULISAN JAWI! Wow, ianya satu perkara yang sangat unik. Terkial-kial aku nak membacanya. Walaupun dekat iklan tu siap letak lagi ejaan dalam melayu ataupun english. Tapi, mata kita akan tetap tertumpu pada tulisan jawi. (Walaupun aku banyak membuta tapi nyempat juga buat market observation okay) hahaha. 🤣

Next, pada hari kedua aku menyaksikan persembahan MakYung di Jabatan Keseniaan dan Kebudayaan Kelantan. Impressive! Walaupun aku ni tak ade la faham sangat bahasa ore kelate tapi nasib ler dulu pernah ade roomate orang kelate, so faham ler jugak. Aku rasa wow giler pada effort JKKN untuk buat tayangan secara terbuka kepada orang awam dan rakyat Kelantan. Aku pasti ore kelate mesti rasa bangga dengan adanya persembahan-persembahan kesenian sebegini. Bukan makyung sahaja ada juga wayang kulit dan sebagainya.

Pada hari ketiga , aku dibawa ke galeri Wau dan tempat mencetak dan menghasilkan batik. One word to say , Colorful! Tiber speaking balik.Hahaha. Aku ni pulak jenis manusia yang suka kan warna warni. Makanya aku sangat ler excited. Oh lupa , masa malam kedua juga kitorang sempat cuci mata di Wakaf Che Yeh. OMG , very the kalerful woi tudung-tudung dan kain pasang serta baju dekat situ. Tu belum cerita blink-blink nya lagi. Nasib aku ni dah mampu kawal perasaan shophaholic aku ni. Kalau tak mampus memborong sebanyak yang mungkin. Hahaha.

Cukup la sampai sini je aku story okay. Actually penat tu masih tak habis lagi.. Nanti aku cerita lagi lebih details. Terima kasih pihak Tourism Malaysia kerana memberi peluang ini kepada seketul Farahain ni. 💕 

PEREMPUAN DAN COKLAT CRUNCHIE

PEREMPUAN DAN COKLAT CRUNCHIE 🤩
Aku dalam perjalanan pulang  dari mengikuti Trip bersama dengan Tourism Malaysia ke Kelantan. Fuh, bayangkan berapa jam duduk dalam kereta. Aku ni dahla duduk penghujung selatan JB. Nak sampai ke Kelantan hany tuhan saja yang tahu. Alhamdulilah  , trip berjalan dengan lancar.

Aku ni nyambil menaip ni masa dalam kereta. OMG, bila la nak sampai JB?. Dah berapa puluh ke ratus lagu dekat dalam kereta ni aku dok nyanyi. Hahaha . Itu menunjukkan aku memang tak leh duduk diam.

Tiba di satu stesen minyak kami berhenti,aku pun keluar. Lepas dah kencing Sis Lin tanya jom masuk dalam kejap tengok apa yang boleh shopping🤣
Pusing punya pusing mata ku terpandang cekelat itu.

Crunchie Cadbury! 

Favorite cekelat woi. Lama aku berdiri depan tu, nak ke tak nak  Sebab aku memang dah lama stop makan cekelat. Hahaha. Sis tanya ,"nak ape ain?".

Terus aku tunjuk , nak tuuuu.(gaya macam budak mintak mak belikan cekelat.) Hahaha. Sebenarnya, aku rasa stress kot  Stress bontot dah kematu lama duduk dalam kereta. Hahaha. Dalam kereta punya la aku enjoy makan. Hilang ler rasa stress tu. Mungkin betul perempuan kalau stress mesti cari coklat. Maceh sis🤩

Okay bye..sambungg cerita jalan jalan cuti cuti Malaysia Kelantan trip nanti okay💕