TIPS BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOTEL DAN RESTORAN

Image may contain: people sitting, table and food

TIPS BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOTEL DAN RESTORAN


Assalamualaikum dan salam Ramadhan hari yang ketujuh. Cepat je masa berlalu. Sedar-sedar dah nak genap seminggu kan. Macam mana bulan Ramadhan korang semua? Aku pula ...alhamdulilah okay je ... cumanya kurang sihat! Tapi , bila dah kurang sihat ini sebenarnya Allah bagi peringatan mungkin. Untuk lebih 'sibukkan' diri KepadaNya.. Aku akui kadangnya aku terlampau mengejar duniawi. 


Alhamdulilah , tahun ni aku sebenarnya banyak mendapat jemputan preview buffet ramadhan. Bukan itu sahaja , pada sebelum puasa lagi sebenarnya dah cakap "Puasa nanti nak stop makan buffet ramadhan..nak banyak berbuka di rumah sahaja" Tapi, apakan daya! Aku lupa pula pada janji kepada diri sendiri . Kihkihkihkih.

Jadinya , sepanjang aku pergi ke buffet ramadhan , banyak sebenarnya pengalaman yang aku dapat. Aku terfikir nak berkongsi di dalam blog ini. Tips berbuka puasa di buffet ramadhan! Selalunya orang sibuk mempromosikan senarai menu yang dihidangkan. Tapi kali ini aku nak kongsikan tips.

  • Ambil buah-buahan terlebih dahulu
Aku perasan semenjak aku mengubah cara pemakanan aku , perut aku dah jarang kembung selepas berbuka. Hahaha. Kenapa sewaktu berpuasa , kita paling tak boleh kawal untuk minum air manis dan cari dessert? Ini kerana gula dalam badan kita berada pada kadar rendah. Sebab tu bila dengar je azan , terus 'saka' nak mintak yang manis-manis. So , pada ramadhan kali ini aku tukar terus kepada buah-buahan. Buah-buahan kan memang dah ada rasa manisnya.(jangan kecam pula cakap "eh, makan kurma dulu la") Ianya bergantung pada tekak masing-masing. Macam aku jujur cakap memang tak boleh nak telan kurma masa berbuka. Kurma dekat rumah aku tu biasa nya akan dibuat jus kurma. Habis terus stoknya.

Image may contain: people sitting and food
  • Ambil lauk dengan kadar paling sedikit
Bila dah nama pun buka puasa buffet , semestinya saka dalam badan tak boleh duduk diam. Hahaha. Mesti ler setiap hidangan kita nak cuba rasa. Cadangan aku ialah ambil apa yang kita memang nak makan sahaja. Kalau tekak memang tak makan , tak payah la ambil. Sebabnya kita memang tak akan pernah dapat merasa semuanya. 

  • Sharing is caring
Bila kita ke buffet ramadhan sudah pasti kita datang bersama dengan 'geng makan' kan. So, korang pakat-pakat la siapa nak ambil ni , lepastu bila makan korang kongsi-kongsi. Itu yang selalu aku buat bila pergi review makan dengan geng makan. Korang kena la bagitau dekat geng makan korang apa yang korang suka dan apa yang tak suka. Dari situ , kita boleh bajet-bajet untuk letak portion setiap kali kita senduk lauk yang dihidangkan.

  • JANGAN MEMBAZIR
Amaran keras! Kalau memang sejenis tak makan contohnya tak makan ketam , JANGAN AMBIL LANGSUNG! Aku rasa 'annoyed' gila pada orang yang ambil banyak-banyak pastu tak habis. Paling dasyat tak makan atau tak cuit langsung pun. Aku tahu korang bayar bukan murah , tapi elakkan pembaziran. Setiap kali apa yang korang tak habis tu , korang ingat la orang yang tak mampu untuk makan yang sedap-sedap. 


Pesan aku , makan-makan juga..Jangan lupa apa niat sebenar kita berpuasa..Kenapa kita umat Islam diwajibkan puasa pada bulan Ramdhan....Nasihat juga untuk diri sendiri. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rasa kesyukuran dan kebahagiaan untuk kita semua.

MENU JUADAH BERBUKA YANG SIMPLE , MURAH DAN SENANG DIMASAK

MENU JUADAH BERBUKA YANG SIMPLE , MURAH DAN SENANG DIMASAK


Alhamdulilah , kita telah pun berpuasa masuk hari kelima pada hari ini. Dugaan untuk awal Ramadhan aku kali ini ialah demam sekejap badan ni rasa panas ,sekejap badan rasa sejuk. Itu belum masuk pening kepala dan sakit tekak. Dugaan betul. So far , yang paling aku tak boleh nak tahan sangat ialah bila sakit kepala. Pening head ni kalau datang serang , memang ubat dia aku tidur je la. Lepas tidur komfom lega. Jadinya bila dugaan sakit time puasa ni , selera makan pun tak sama lah kan. 

Tekak ni rasa tawar teruk juga , tapi aku makan juga ,sebab perlukan tenaga kan . Aku pula kalau sakit jenis tak suka nak lembik je , aku lawan balik. So, sepanjang berpuasa ni ..Jom aku kongsikan antara menu juadah berbuka. Menu aku semuanya simple , murah dan senang dimasak. Lupa nak cakap yang penting KENYANG! Hahaha.
Image may contain: food
  • Menu hari pertama Ramadhan
Berdasarkan gambar yang tertera , hahaha juadah yang tersedia ialah Mee goreng bodoh (digoreng bodoh je sebab bahan apa yang ada je) . Apa yang specialnya mee goreng ni? Ayah aku yang masak. Sebabnya , aku macam tak larat sangat nak masak, so aku just tolong-tolong potong je yang menumis semua ayah aku yang buat. Sebijik rasa dia macam mee goreng dalam kuali besar jual dekat bazaar ramadhan tu woi. Hahaha. Ayah aku kalau bab goreng-goreng ni dia power sikit. Seterusnya , aku tambah lagi juadah kitorang dengan ayam goreng. Ayam goreng tu salut je dengan tepung yang dibeli peket. Aku pun tak ingat jenama apa. Tak lupa juga , buah epal hijau sebagai makanan pertama yang aku makan selepas minum air masak. Ada juga kurma dan beberapa keping kek lapis dari SDS. Pstt; aku sebenarnya tak berapa nak reti nak makan kurma gituw.Lebih suka dibuat jus, haaa cepat je habis stok kurma dalam peti ais tu.

  • Menu hari kedua Ramadhan
Seterusnya pada hari kedua , aku terasa malas nya nak masuk dapur. Dengan keadaan tak sihat tu, lalu membuat keputusan semua menu param pada hari tersebut. Hahaha. Apa yang kami beli? Nasi Ambeng Daging Kicap RM5 sebungkus , kami beli 2 bungkus untuk dimakan kongsi-kongsi , ayam goreng spicy RM1 (8ketul) , Kebab daging 3 bungkus RM 8 . Tak dilupakan juga buah epal hijau sebagai pencuci mulut. Hehehe.
Image may contain: food
  • Menu hari ketiga Ramadhan
Pada hari ketiga pula , dapur aku kembali berasap. Apa yang aku masak? Nasi goreng tomyam serta nugget. Sangat simple dan ringkas. Pada aku janji kenyang. Kalau nak diikutkan nafsu , memang ler kalau cuci mata di bazar ramadhan tu , habis semuanya nampak sedap. Tapi , aku boleh saiko diri aku balik. Paling aku ngeri kalau tengok air yang penuh kaler-kaler tu, aku dok bayangkan berapa gelen gula dan pewarna dia letak ehk , pastu masuk dalam badan aku! Eeeee, seraammm..
  • Menu hari keempat Ramadhan
Alhamdulilah , masuk hari keempat , jiran aku bagi sedulang nasi ayam! Alahai , terima kasih jiran saya yang baik hati itu. Aku sempat ke bazar juga sebab melayankan anak jiran aku si Asyira untuk buat RM10 challenge!. Aku beli kuih cara berlauk je. Kemain sekarang , harga kuih dekat param harga yahudi. 5 ketul RM3 yer! Yahudi tak yahudi. Sebenarnya , aku memang ada masak juga , lauk ayam kari dan sayur campur. Tapi aku simpan tu buat lauk untuk bersahur,
Image may contain: food

Tak tahu nak makan ape?>> Follow instagram @awakmakanape sekarang!!!
Menu hari ini , hari kelima? Hurmm....Alhamdulilah..berbuka dekat hotel..Rezeki Ramadhan!
Jangan lupa untuk tonton RM10 Challenge ....berjaya ke tidakkk berbelanja dengan RM10 tuuu..

2 HARI 1 MALAM AKU DI MELAKA..BARU LAH AKU TAHU YANG MELAKA SEBENARNYA...

Image may contain: 3 people, including Nur Farahain, people smiling, people standing and outdoor

2 HARI 1 MALAM AKU DI MELAKA..BARU LAH AKU TAHU YANG MELAKA SEBENARNYA...

Selama ini destinasi Johor Bahru-Melaka adalah perjalanan yang menjadi kebiasaan keluarga aku. Yelah, arwah ibu aku dibesarkan di negeri Melaka walaupun sebenarnya arwah ibu berasal dari Pulau Pinang. Walaupun begitu , selepas ibu meninggal , aku memang jarang sangat ke Melaka. Padahal masa aku belajar di Kedah sekitar tahun 2010-2013 , kebiasaan nya aku akan singgah mengambil housemate aku di Melaka dan kami akan bersama-sama balik ke Kedah.

Namun begitu, short vacation aku selama 2 hari 1 malam mengubah segalanya. Ku sangka kan bila berjalan pada hari orang bekerja , rasa seronok lah sebab tak perlu nak que ataupun bersesak dengan ramai orang. Rupa-rupanya HAMBAR!. Hahaha. Betul lah orang Melaka cakap , "Melaka ni kecik je woi , pusing-pusing dah habis! pastu jem!".

Aku , Sis Lin dan Kak Sunah kemain ler bersungguh nak jenjalan ke Melaka pada hari bekerja. Kononnya macam seronok ler nak merambu. Malam tu kami kemain beriya ler lalu ke Jonker Walk. Rasa macam pelik pulak sebabnya kenapa senang betul kereta boleh lalu lalang. Sangkaan kami mungkin diorang belum set up lagi kot barang-barang niaganya ataupun mungkin masih terlalu awal. Hahaha. Kami tertipu daaa! Kemain beriya diorang whatsapp dalam group tanya pasal ni. HAHAHA.  Rupa-rupanya kelauttt semuanya..

Image may contain: 3 people, including Nur Farahain and Suriani Samad, people smiling, people standing, sky and outdoor

Malam tu punah harapan nak merambu , alamatnya waktu tu tengok ler drama Nur 2 dekat TV3 tu. Emosi betul aku tengok Sis Lin dengan Kak Sun. Dasyat penangan drama tu. Hahaha. Sepanjang 2 hari 1 malam tu , pagi-pagi kami bertolak dari Johor Bahru dan pekena Kari Kambing 40 Hari . Sampai je Melaka kami check in di Hotel Sentral . Hotel pula memang lokasinya sangat strategik. Rehat-rehat dan photoshoot (aku bercuti dengan artis , jangan memain). Photoshoot untuk baju yang diperagakan oleh kak sunah , kami pun bersiap untuk ke Encore Melaka.




Malam itu ler kami ingat nak pi merambu last-last merambu dalam bilik je . Hahaha. Esoknya kami check out dan terus ke Melaka River Cruise. Kak Sunah la yang perasan aku asyik dok sebut pasal cruise ni. Tercapai juga impian aku tu. Lepastu kitorang ke Coconut Shake Klebang dan pulang semula ke Johor Bahru.

So, aku nak pesan dekat korang yang acah-acah nak merambu dekat Melaka pada hari bekerja , hentikan jela planning korang tu. Hehehe. Nanti kan mati kutu tak tau nak buat apa. Tapi , ada jer beberapa tempat yang best korang boleh pergi , tapi yang jenis macam aku yang suka jenjalan cuci mata dekat tempat macam jonker walk tu , hmmm..hampa juga ler.

Tapi , aku sempat ler juga cuci mata dekat Jonker Walk sambil pekena air kelapa bola. Hahaha, cantik je dia buat air kelapa tu bulat gitu. Masa ni aku join trip dengan Tourism Malaysia. Jom tengok di IGTV aku ni .