SENYUMAN LELAKI ITU

Gambar sekadar hiasan sebab minat kamal adliπŸ˜…


SENYUMAN LELAKI ITU


Aku teringat pada senyuman dia. Senyuman yang aku rasa wow, “cute jugak mamat ni ehk” hahaha. (okay ini cerita zaman dulu dulu okay) Tolong faham si pencerita yang bernama Farahain ni dia spesis susah nak lupa moment-moment indah.

Kisah throwback yer! Mohon jangan tanya lebih lebih. hahahahaha

Masa tu sekitar tahun 2009-2010 gitu. Waktu tu lepas habis SPM. Lepastu pulak aku masuk matrik. Aku dah nekad lepas aku habis SPM aku nak pakai contact lens. Sebab aku dah jemu pakai cermin mata. Dan ...

Aku pergi lah ke satu kedai cermin mata dekat Plaza Angsana JB ni. Dekat kedai tu lah aku beli cermin mata dan belajar pakai contact lens sekali. Mula-mula tu dekat satu jam lebih belajar nak masukkan sebijik lens je. Hahahah. Arwah ibu setia je teman princess dia ni.

Masa tu la aku jumpa mamat ni. Mamat ni kerja dekat Dunkin Donuts sebelah je kedai cermin mata tu. Setiap kali aku lalu , aku selalu nampak mamat tu. Mesti dia tak putus-putus bagi senyuman dia.    Dia senyum mungkin sebab dia nak suruh aku beli donut tu kot  mungkin dia memang senyum sebab tengah kerja. Ataupun mungkin dia senyum sebab aku! (okay , ni sumpah perasan nak mampus) . Tak yah risau. Mamat tu budak sekolah aku jugak! Hahahaha. Sebab tu aku acah-acah perasan masa tu.

Tapi, masa tu aku buat muka sombong nak mampus aku tu dekat dia. Macam pura-pura tak nampak dia pun aku pernah buat. Hahaha. POYO lah kau Ain. At the end, aku rasa sampai sekarang aku masih ingat senyuman tu.

Cute giler rasa bila tengok mamat tu senyum. Hahaha. Kitorang ade je contact dekat Instagram tu... Mamat tu pun antara manusia yang baca blog akuainkausiapa niπŸ˜‚... Boleh tak kalau nak tengok senyuman dia hari hari ?  (kalau awak baca ni, tolong bagi jawapan untuk soalan tu yer) 😜

KERANA TAJAMNYA SEBUAH PENA...

akuainkausiapa
gambar tiada kaitan di dalam ini tajuk. HAHAHA

KERANA TAJAMNYA SEBUAH PENA...

Lately ni aku memang TAK BUKAK BLOG LANGSUNG. Bila dah tak bukak, mana nya sempat nak terjah blogwalking blog blog kawan yang lain. Pada waktu sekarang ni , aku perlukan masa. Masa yang boleh mengatur semuanya.

Kenapa sampai jadi macam gini?! . Sejujurnya , sejenis aku yang kalau meluahkan segalanya bukan dalam bentuk penulisan tetapi dengan percakapan . Aku tak suka menulis di dalam keadaan yang aku sendiri menyampah terhadap diri sendiri. Gila complicated ayat kau Ain!! HAHAHA.

Iya, sebab itu lah tajuk aku pun kerana tajamnya sebuah pena. Pilihan yang terbaik untuk sekarang ini ialah dengan berdiam . Berdiam tidak semestinya kita benci kan pada sesuatu perkara.

Kita kadang begitu seronok menulis sampai kita tak sedar “judgemental” orang pada kita. Sebabnya, bila menulis . cara membaca adalah sangat berbeza dari setiap individu. Sebab tu aku lebih suka bercakap.

Atas sebab ini lah , aku tidaklah menghilangkan diri sebagai blogger, cumanya rehat. Hahaha. Aku sekarang banyak buat video. I love to talk! Rasa macam nikmat gila bila dapat bercakap banyak banyak setiap hari.

*nota pesan , kau orang jangan jelos nampak orang tu selalu gelak je manjang.. tapi kau orang kena juga tahu yang semakin kuat gelak seseorang tu, semakin banyak kesedihan yang dia cuba sorokkan. Tetapi , dia pilih untuk rasa bahagia. Bahagia dengan tertawa.

pssst; kbye, nak edit video. By the way , terima kasih kerana dengan sebuah blog ini dapat membawa seketul Farahain setapak kehadapan. Saya dah siap satu video ni .. Jom lah tengok!


THE CRAZINESS OF BEING ME!!!

akuainkausiapa

THE CRAZINESS OF BEING ME!!!

Hai , orang cakap tak kenal maka tak cinta. Setiap dari kita ni sebenarnya ade je perangai 'gila-gila' . Cumanya , kita kadang malu atau takut untuk keluarkan . Ataupun orang cakap being the real you. Kita selalu takut orang akan judge atau pun bash kita hanya disebabkan perangai gila-gila kita tu.

Dan , ini lah satu perangai gila-gila aku tu. Mungkin yang memang rapat dengan aku memang dah biasa sangat tengok. Aku ni jenis perangai gila-gila. Aku mula sedar perangai aku ni bila kau berada dalam kalangan geng geng yang sekepala. HAHAHA.

Dapat pulak geng kaki karoks! Oh yeah! Terus lah terkeluar semuanya. Aku memang suka karoks gais. Tolong lah faham. Perangai hyper tak boleh berhenti bila dah pegang mikrofon. Hahaha. So , yang video ini masa kitorang dalam kereta. Bosan kan , apa lagi.Karoks ler.... Kalau tengok mohon jangan kecam. THAT THE CRAZINESS OF BEING ME!!. hahahah. TAPI member aku tu lagi gila daripada aku. HAHAHAHA. kbye!

Psttt, siapa geng karoks kat sini ? Baik mengaku cepat..