Assalamualaikum. lamanya rasa tak bukak blog ni. Hmmm.. Tak nak cakap panjang, cuma nak bagitahu aku tiada azam untuk tahun 2020. Tema untuk tahun ini ialah “Just Go With The Flow”. Simple je!
Tak nak kusutkan kepala otak. Teringat dalam satu interview Misha Omar bersama Dj Nazz Gegar Fm , dia cakap “pada saya hidup ini jangan berat -beratkan..jangan mencari jawapan yang tiada..kadang kadang dia akan datang dengan sendiri”
Persoalan jodoh, rezeki, ajal , maut itu kita tak tahu jawapannya kan. Jangan difikir. (nasihat untuk diri sendiri) Aku selalu fikir lagi lagi bab jodoh tu. Tapi, bila dengar kak Mish cakap begitu, aku pun teringat apa yang dia cakap tu.
Untuk tahun 2020, semoga banyak yang baik untuk diri ini. Ya Tuhan, andai aku jauh dari Mu, panggil lah aku selalu. Aku takut , aku resah, aku hilang diri aku bila aku jauh dari Mu ya Allah.
Hai gais! Tahun 2019 dah nak pun melabuhkan tirainya. Tahun 2020 akhirnya hendak mendekati kita semua. Adakah korang semua dah bersedia? Aku sebenarnya nervous nak hadap tahun 2020 ni. Bimbang ada kereta terbang betul-betul atas kepala kita , melayang tudung aku nanti. HAHAHHA. Okay gurau!
Sepanjang kurang lebih dua minggu untuk ke tahun 2020 ni , aku banyak menghabiskan masa aku untuk belajar selok belok tentang Youtube. Iyer , gais! Aku dah penat nak jadi Blogger! HAHAHAHHA. Penat dah nak menulis!
TIPU JE! Aku masih lagi menulis sekiranya ada idea yang datang , cumanya aku lebih banyak membuat video selepas ini. Sebenarnya itu lah minat aku. I love to talk! Aku akan kurang bercakap sekiranya aku penat , tengah tidur dan aku tak ada mood nak bercakap. HAHAHHAA.
Tahun 2020 is a big start for me sebagai content creator. Apakah isi kandungan untuk video-video aku nanti? Insyallah , mungkin sharing aku tentang beberapa pengalaman dan nantikan jelah apa yang aku nak buat yer. Sebagai pembaca blog akuainkausiapa ini , aku hanya minta korang untuk SUBSCRIBE aku gais! HAHAHAA.
Subscribe sebagai tanda sokongan padu! Gitu. Aku takkan berhenti dari menulis , cumanya akan kurang menulis la. Lebih banyak fokus kepada menghasilkan video. Sejujurnya , aku memang tak pandai langsung tentang dunia Youtube , aku just buat dan menonton tutorial.
Samalah macam dalam blog. Aku buat je dan tak pernah langsung tahu macam mana mahu menghasilkan penulisan yang menarik. Senang cakap orang macam aku ni bodoh teori , tapi aku lebih suka kepada praktikal.
Jadi tak nak sembang banyak . aku nak mintak korang untuk sokong aku yer! HEHEHEHE. Subscribe Youtube aku , jangan lupa untuk like dan komen di setiap video aku dan SHARE kepada kawan-kawan semua.
ISTANBUL OTTOMAN TURKISH : RESTORAN MAKANAN TURKI DI JOHOR BAHRU
Terletak di Horizon Hills , restoran makanan Turki ni menyediakan pelbagai menu sehingga kenyang bak ular sawa. Hahaha. Itu pengalaman aku ketika mencuba makanan disini. Aku selalu sangat menonton filem Istanbul Aku Datang , yang Lisa Surihani berlakon tu. Sampai teringin sangat nak kesana. Tapi , bila berpeluang merasa dulu makanan yang ada disana , wow! mungkin lepas ni boleh la lepas ke sana ye. Hahhaa.
ni lah kedainya
kitorang makan-makan disini
Kedainya kecil sahaja , tapi 'selera' makanannya bukan main besar woi. Mungkin portion makanan orang sana memang banyak. Apa yang aku suka disini? Aku ni jenis suka makan roti dan cicah cicah dengan pelbagai kuah. Aku belanja gambar je lah korang apa yang aku makan okay. Nanti kalau tak tahu nak order yang mana tunjuk je gambar ni dekat waiter. Kan senang! Lagipun menunya dah la susah nak sebut woi . HAHAHHA.
By the way , jangan datang sini sorang berdua gais, datanglah ramai-ramai jadinya tak ada lah terpaksa nak kena habiskan makanan tu. Daripada appetizer , ke main course dan sampai ke dessert inilah yang aku kongsikan untuk korang semua yer! Ingat , tunjuk je gambar-gambar di sini , settle!
semua ni yang aku cakap cicah-cicap dan dihidangkan bersama homemade roti
Fasulya (traditional bean ) , Mangal Salata(charcoal grilles vegetables) , Saksuka(mixed vegetables ,oven baked in olive oil) , Muhammara (flavorful red pepper dip , topped with pomegranate molasses)
Kurban Corba (Lamb Soup)
Balik Bugulama(traditional oven baked in tava fish)
Istanbul Ozel Karisik Izgara (Traditional Mixed Grill Platter)
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~