ADAB MENULIS


ADAB MENULIS


Aku rasa antara si penulis dan mereka si pencakap punya bezanya. Kalau orang yang bercakap , kita boleh dengar intonasi dan nadanya. Dari situ kita boleh klasifikasikan mood dia dalam keadaan apa. Berbeza dengan si penulis.


Si penulis ini menulis dan nada serta lenggok nya diklasifikasikan oleh perbezaan pembaca. Kalau tegas lah karakter si pembaca itu , maka tak hairanlah konklusinya menghasilkan sesuatu yang tegas.


Berat sebenarnya menjadi penulis. Padahal kita tulis dalam adabnya yang terpelihara, tapi bila dibaca oleh mood manusia yang berbeza. Akhirnya jadi maksud yang berbeza. Aku baru sedar semua perbezaan ini.


Bila mana aku boleh "tidak bias" dalam dua jiwa ini. Diantara bercakap dan juga menulis.  Untuk aku yang lebih kepada bercakap senang cerita orang yang jenis tangkap melalui pendengaran , aku cenderung untuk membaca karya penulis itu berdasarkan cara tingkahlaku penulis tersebut. Sebab tu aku jenis suka kenal siapa penulis tu dulu. Supaya tak salah tafsir cara dan nada membaca karya nya.


Adab! Mak bapak kita selalu pesan , jaga adab. Jaga tingkahlaku. Aku perasan orang kita sekarang banyak terlepas pandang tentang ini. Adab menulis! Ditulisnya ikut suka rasa hati mood ketika itu. Sampai terlondeh biadap nya perangai.


Mungkin sebab itu dulunya arwah ibu kurang setuju aku menulis. Sebab selalunya orang yang menulis ini dilontarkan segala macam perasaannya. Aku rasa beza orang sekarang dengan orang dulu dalam menulis ialah tentang adab.


Ditulisnya mengikut sesedap hati. Astagfirullah, kadangnya aku sendiri langsung tak nak baca. Sebab itu aku sangat pilih apa yang aku baca. I dont say aku ni positive thinking je setiap masa. TAK! Untuk waktu yang moden kini , tolong lah sendiri kawal apa yang kita baca. Makin kita baca benda tak senonoh , jadi tak senonoh tahap pemikiran kita.


"Dewasa kan lah" dalam memilih apa yang kita baca. Supaya "bodoh" kita ni makin kurang. Mungkin kelihatan kasar perkataan bodoh itu . Tapi jelas terpampang , makin kita baca benda yang bergosip , makin tu lah kita jadi manusia membawang. Jangan marah orang cop kita "makcik bawang" Sendiri yang tidak bertanggungjawab pada diri sendiri.


Orang dulu-dulu sangat menjaga tatasusila dalam menulis. Aku tahu kenapa..Orang dulu betul-betul "menulis". Ada daya tenaga mencari pen dan kertas. Kalau salah tulis nak padam rasa kena fikir sepuluh dua puluh kali. Orang sekarang senang. Tulis nya dalam bentuk menaip. Kata kuncinya SENANG!. Benda kalau senang, jadi sambil lewa. Alaa , nanti aku "delete" .


Sebab tu boleh selamba badak hantar Whatsapp tanpa fikir dulu.. Nanti boleh delete. Komen dekat social media macam tak perasan terlondehkan "bodoh" sendiri. Sebab apa ? You dont need any efforts macam org dulu. Susah payah untuk menulis. Orang sekarang tak payah try hard sangat!


Butang Delete kan ade!


Kan. Kita sedar tak semua tu? Mintak maaf bukan aku sombong dalam menjadi komuniti blogger , tak blogwalking semenjak dua menjak , tak komen tak aktif dalam dunia menulis ini. Sebab aku rasa dah tiba untuk "dewasakan" apa yang dilihat setiap hari.  Dekat semua social media pun aku pilih-pilih mana yang aku nak taip. Tak salah kan rasanya being "choosy" .


Ku kira ini rupanya sebab paling besar kenapa arwah ibu melarang aku menulis diari. Takut satu hari nanti , bila ade yang membaca ... Tersalah tafsir.. Yang menangungnya ialah si penulis.


Untuk sekarang, Jaga lah adab menulis. Oh ADAB MENAIP. Itu mungkin frasa yang sesuai. Macam aku, aku selalu taip HAHAHHA maksudnya memang aku gelak dulu masa tengah menaip.


Tapi , setengah orang tak suka. Dikatanya "apa yang lawak?". Setengah orang rasa itu kurang adab. "Ingat semua benda ni kelakar ke?". Walhal ketika itu aku tengah rasa happy. Nampak apa yang cuba aku nak sampaikan? Adab!  Lebih senang erti kata lain Tertib dan tatacara kita melakukan sesuatu.


Kalau orang solat , mak bapak kita suh senyap. Sebab apa? Adab kita menghormati orang yang sedang dengan TuhanNya. Supaya dia lebih khusyuk. Sama juga kalau kita pergi rumah orang. Mak pak kita pesan jangan sibuk tanya itu ini tentang cacat cela dalam rumah tu. Sebab apa ? Setiap dari kita ada yang mampu dan tidak. Bila kita datang rumah orang secara tak langsung kita boleh nampak sedikit "keadaan keluarga atau isi rumah dalam tu".


Kenapa terkait semua ini? Itulah kita manusia. Sila jaga adab! Jangan biadap. Kita tak sama antara satu sama yang lain.


Tulis yang baik-baik kalau kita nak yang baik-baik datang dekat kepada Kita. Kalau yang jahat mendekati , sila spotcheck diri sendiri dulu. Mungkin kita tulis eh kita taip benda tak senonoh, yang tak senonoh lah yang akan datang kepada kita.


*mintak maaf laras bahasa aku dinilai dari bezanya kau membaca. Seboleh mungkin aku tulis dalam adab yang terpelihara. Moga kita sentiasa menjaga etika itu. 

"KAK AIN NAK SIKIT HOTSPOT"

"KAK AIN NAK SIKIT HOTSPOT"

Oh iya, since Covid19 ni sebenarnya aku lagi kenal ramai jiran. Sudah semestinya anak-anak jiran. Makin lama makin bertambah jumlah yang aku kenal. Iyelah , time kita tak bergerak ke sana ke sini tu la kita banyak melekat dekat rumah. Rasanya semenjak majlis Yassin Dan Tahlil yang memang sudah menjadi kebiasaan kejiranan dekat sini yang menyatukan kami semua.

Lepastu baru-baru ni ade program hari malaysia di kawasan rukun tetangga ni. Paling meriah sangat rasanya. Time tu lah dapat berkumpul. Oh ya by the way , kawasan rumah aku ni dari dulu memang aktif dengan perkumpulan kompang. Ayah dan Abang aku sendiri dulu-dulu memang join sampai lah tenggelam dan kini nampaknya semakin timbul. Ini kerana anak-anak muda mula kembali. Wah gitu.

Dari program hari malaysia tu la kitorang semakin rapat. Dah bertambah yer jumlah adik-adik Kak Ain. Hahaha. Dulu-dulu mungkin seketul dua tapi sekarang segerombolan.Gituwww. Kebiasaannya , selepas program yassin dan tahlil akan ada latihan kompang. Selalunya aku lah yang tukang rekod video dan ambil gambar diorang. 

Tetiba pada hari itu , "Kak Ain....kak ain kan blogger..nak sikit hotspot". Hahahaha. Tergelak aku! Okay aku reply "boleh bayar seringgit.." Hahahha. (gurau je) . Aku gelak bukan sebab mintak hotspot tapi sebab dia cakap aku blogger! Jadinya geng-geng blogger ni memang jenis internet power lah ehk? Hahahaha.

Pastu aku keluarkan lah aku punya broadband dan bagi password. Diorang macam pelik ni ape. Pastu aku cakaplah "kalau hotspot akak tak lepas dik nak main game awak, yang sorang nak tiktok yang sorang nak main Instagram yang sorang nak   tengok Youtube" Hahaha.

Jujurnya , aku memang bukan lah peminat kanak-kanak tapi entahlah, diorang ni ibarat penyejuk hati gituw. Pada aku diorang ni sumber kebahagiaan.

Dasyat jugak penangan blog akuainkausiapa ni sampai di "kak Ain kan Blogger" .Lepas ni haraplah dia cakap "Kak Ain kan bisneswoman yang berjaya". Aaaaaa.. mesti rasa lagi seronok!. Amin.

Okay till the next post..Jangan lupa like komen dan share...Tiberrrrrr.Tu Youtube She Is Farahain 😝

Bersihkan Habuk Blog

BERSIHKAN HABUK BLOG

Lamanya dah tak bukak blog akuainkausiapa ni.. Jadi tak salahkan hari ni kita bersihkan habuk-habuk dan sawang-sawang yang dah ada dalam blog ni. Sorry diari ku , lamanya saya tak carik awak. Ni kalau rumah yang dah tinggal lama silap hari bulan macam-macam hantu ade. Eh , binatang pun silap hari bulan boleh beranak pinak. Hahaha.

Rasanya kembali nya aku hanya satu sebab. Sepi dan sunyi! Eh dua sebab lah kan. Hahaha. Aku tak tahu tentang orang lain , tapi penulis akuainkausiapa ni kalau dia banyak menulis maksudnya dia dalam jiwa itu. Kalau dia banyak bercakap jiwa nya tengah bahagia. Aku rasa setiap dari kita punya jiwa dan sisi yang berbeza yang kadangnya orang sekeliling langsung tak sedar..itu lah kelebihan dia.

Aku tak suka rasa ini. Sepi dan sunyi! Sebab kalau aku dalam mood ini, mesti aku langsung tak rasa gembira. Mungkin orang tidak sedar tapi kepada "kau siapa" yang sedar pasti akan perasan "aku ain" ni macam  pelik. Hahaha. (Maaf bahasa aku boleh tahan rojak giler sebabnya baru lepas berak..perut tadi bergaduh) Tu yang ayat yang keluar terus rojak. Hahaha.

Lama nya tak update blog ni kan.. Nantilah aku bahagi satu persatu cerita.. Kita tengok gambar dulu baru boleh teringat semula disebalik cerita. 

Cuma nak bagi tahu, aku update guna handphone sebab laptop aku dh rosak. Sedih kan. Tapi , mana yang ada kita guna lah seeloknya. Okay nak bersihkan sawang-sawang yer. HAHAHAHA