KISAH ANAK JIRAN..UNTUK CIPTA CERITA KITA..

KISAH ANAK JIRAN..UNTUK CIPTA CERITA KITA..

Aku belek-belek blog aku semalam sebelum tido..Wow diam tak diam, dah nak masuk dua tahun aku tulis tentang kisah anak jiran ni. Where do all start ?

Ianya bermula dengan jiran sebelah The NF Generation. Masa mula-mula ade keluar bersama , lepas tu keluarga diorang banyak kongsi makanan dengan aku..Yelah.. Kak Ain diorang ni kan anak yatim. Duduk pulak seketul perempuan je dalam rumah dan serumah dengan semua lelaki.. Jadinya bila dapat makanan rasa bahagianya. Dari situ , aku pulak merajinkan diri untuk sertai aktiviti-aktiviti dari program kejiranan disini..

Jadinya disitulah semakin rapat. Mula-mula biasalah tak tahu nak sembang ape , lama-lama dah makin ramai pulak join. Bila semalam baca semula kisah diorang, ya Allah..mungkin nanti bila diorang dah habis sekolah...bila belek semula disini...mesti rasa rindu zaman childhood..

Aku selalu pesan dekat diorang untuk betul-betul enjoy zaman childhood..Jangan terus nak cepat jadi dewasa.. Enjoy selagi boleh..Tapi..jangan buat benda merepek.. Once aku perasan ade je gejala-gejala bukan-bukan.. Kem salam kak Ain nak tegur kau dik!.*Haaa.. Jaga-jaga!!!

Mula-mula dulu aku banyak bagi muka sikit dekat diorang. Tapi aku sedar sekarang , tak boleh sangat. Kena jugak ade ketegasan. Kak Ain garang okay!. Hahaha. 

So , insyallah.. rasanya banyak je story nak cerita dekat sini... Kita up satu-satu mana yang ingat yer..Lagi satu...geng-geng anak jiran dah semakin bertambah okay uolls...

Bak kata salah seorang anak jiran "Kak Ain dah boleh dah beli Starex...angkut kitorang nanti..tak muat dah ni keta kak Ain". Hahahhaa.. Untuk anak jiran yang membaca di blog kak ain ni...Terima kasih...kerana menjadi penceria hari-hari kak Ain.. Doakan Kak Ain dapat suami yang boleh menerima keadaan kak Ain ni.. yang jenis boleh geng dengan anak-anak jiran.. Nanti kalau kak Ain kawen.. Korang standby beratur kutip duit tol okay! Kah..

Baca semua cerita disini : Kisah Anak Jiran

HANTU LAKSA , KEPALA DAN EKOR IKAN

HANTU LAKSA , KEPALA DAN EKOR IKAN

I used to call myself as "Princess Ibu". Sebabnya ibu memang selalu panggil aku princess. Well , dibesarkan sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mestilah menjadi princess di hati ibu nya kan. So , aku rasa its time for me to say it all things which aku rasa can be share to the public about being myself as a "Princess" Gituw! Tak payah duduk dekat buai sambil nyanyi lagu "laju laju buai ku laju, aku nak kawen dengan anak raja". 

So, this is my story! Mungkin berepisod .Hahaha. Ade ke yang sudi nak mengikuti nya ? Kahkahkahkah. 

Where should i start first ? 

Okay, let me think.. No need to think yer Nur Farahain..Just write it all.. *tak!* Aku kena fikir. sebab itu yang diajar oleh ibu. Dia tak suka anaknya jadi penulis. 

Dari kecik lagi bila kantoi aku ada diari sendiri , ibu marah aku! Aku tak faham dulu nya kenapa ibu marah sangat dan langsung tak bagi aku tulis diari lagi. TAPI! Aku buat jugak.Hahaha. Di blog! Kejap!! nak ingat balik arwah ibu tahu ke tak ehk anak dia ni ade blog? aku lupa.

Anyway , best ke jadi princess ibu ? Of course lah best. Tapi arwah ibu jadikan aku sebagai princess nya tapi tak lah sampai melampau semua kehendak aku diturutkan. Ibu selalu cakap dalam ketiga-tiga anaknya , anak seorang perempuan dia ni yang paling boleh berdikari. (bukan memuji diri sendiri tapi ini hakikat sebenar) Kenapa dari kecik lagi ibu dah sedar semua tentang princess nya? 

Lepas aku lahir , abang aku ni dia manja sikit. Makan pun masih nak bersuap lepastu dalam banyak hal dia masih lagi nak "dimanjakan". Aku yang tengah ni memang banyak mengalah sampai ibu cakap aku pandai "bawa diri" , pandai cari baju sendiri masa kecik , makan sendiri dah tak harap bersuap. Lagi sekali nak pesan , ni bukan ayat bangga diri sendiri tapi ini yang dikata selalu oleh ibu princess ni.Hahaha.

Kalau dikatakan tentang makan pulak , selalunya kalau beli ayam seekor kan , time kecik-kecik mestilah nak makan ayam peha. Tapi, tulah. Lagi sekali , princess ibu ni banyak mengalah. Aku selalu ambil bahagian kepak dengan ibu. Selalu nya yang berebut antara aku dan ibu ialah kepala ikan. Hahaha. Takpun ekor ikan yang hujung-hujung tu. Ya Allah kalau diingat semula , rindu nya perasaan itu. 

Selalu kalau ikan contohnya macam makan ikan siakap stim limau di kedai makan , yang banyak carik isi ialah geng lelaki tetapi aku dengan ibu lebih suka meratah ekor dan kepala. Pada kami itulah kepuasan nikmat yang sebenar. Tentang makan ni, boleh dikatakan ibu dan princess nya banyak sangat persamaan dan kesukaan. Kitorang suka LAKSA! which is family yang lain tak suka.

Arwah ibu penggemar laksa penang. Ya Allah, everytime nampak laksa penang mesti teringat ibu. Tapi ibu lagi hantu laksa lah dari aku. Sebabnya ibu ni dilahirkan di Pulau Pinang. Dan.....

Beberapa hari sebelum ibu nak meninggal dia nak sangat makan laksa penang. Bayangkan waktu tu dah malam ibu mintak. Merata jugak aku carik. Tapi sempatlah ibu jamah terakhir kali. Cuma aku yang tak sempat suap ibu. Alaaa. sedihnya kalau diingat lagi. Orang mungkin cakap "tak baik meratap orang yang telah tiada". Tapi ...setelah kau habis baca kisah Princess Ibu ni.. nilaikan sendiri..

Allah ambil orang yang sangat menyayangi aku lebih dari dia sayang diri dia.. Allah ambil orang yang mengangkat aku sebagai "princess" nya.. How can i be so easy to delete the feelings? Its not easy.. 

Terima kasih ibu, kerana dia.. kerana bakatnya menulis tercantum dalam jasad anak perempuannya ini.. Kerana hati ini...hanya rindu.. ku tulis disini.. Kisah kita!

Bersambung ke episod nanti.. Princess Ibu..

ADAB MENULIS


ADAB MENULIS


Aku rasa antara si penulis dan mereka si pencakap punya bezanya. Kalau orang yang bercakap , kita boleh dengar intonasi dan nadanya. Dari situ kita boleh klasifikasikan mood dia dalam keadaan apa. Berbeza dengan si penulis.


Si penulis ini menulis dan nada serta lenggok nya diklasifikasikan oleh perbezaan pembaca. Kalau tegas lah karakter si pembaca itu , maka tak hairanlah konklusinya menghasilkan sesuatu yang tegas.


Berat sebenarnya menjadi penulis. Padahal kita tulis dalam adabnya yang terpelihara, tapi bila dibaca oleh mood manusia yang berbeza. Akhirnya jadi maksud yang berbeza. Aku baru sedar semua perbezaan ini.


Bila mana aku boleh "tidak bias" dalam dua jiwa ini. Diantara bercakap dan juga menulis.  Untuk aku yang lebih kepada bercakap senang cerita orang yang jenis tangkap melalui pendengaran , aku cenderung untuk membaca karya penulis itu berdasarkan cara tingkahlaku penulis tersebut. Sebab tu aku jenis suka kenal siapa penulis tu dulu. Supaya tak salah tafsir cara dan nada membaca karya nya.


Adab! Mak bapak kita selalu pesan , jaga adab. Jaga tingkahlaku. Aku perasan orang kita sekarang banyak terlepas pandang tentang ini. Adab menulis! Ditulisnya ikut suka rasa hati mood ketika itu. Sampai terlondeh biadap nya perangai.


Mungkin sebab itu dulunya arwah ibu kurang setuju aku menulis. Sebab selalunya orang yang menulis ini dilontarkan segala macam perasaannya. Aku rasa beza orang sekarang dengan orang dulu dalam menulis ialah tentang adab.


Ditulisnya mengikut sesedap hati. Astagfirullah, kadangnya aku sendiri langsung tak nak baca. Sebab itu aku sangat pilih apa yang aku baca. I dont say aku ni positive thinking je setiap masa. TAK! Untuk waktu yang moden kini , tolong lah sendiri kawal apa yang kita baca. Makin kita baca benda tak senonoh , jadi tak senonoh tahap pemikiran kita.


"Dewasa kan lah" dalam memilih apa yang kita baca. Supaya "bodoh" kita ni makin kurang. Mungkin kelihatan kasar perkataan bodoh itu . Tapi jelas terpampang , makin kita baca benda yang bergosip , makin tu lah kita jadi manusia membawang. Jangan marah orang cop kita "makcik bawang" Sendiri yang tidak bertanggungjawab pada diri sendiri.


Orang dulu-dulu sangat menjaga tatasusila dalam menulis. Aku tahu kenapa..Orang dulu betul-betul "menulis". Ada daya tenaga mencari pen dan kertas. Kalau salah tulis nak padam rasa kena fikir sepuluh dua puluh kali. Orang sekarang senang. Tulis nya dalam bentuk menaip. Kata kuncinya SENANG!. Benda kalau senang, jadi sambil lewa. Alaa , nanti aku "delete" .


Sebab tu boleh selamba badak hantar Whatsapp tanpa fikir dulu.. Nanti boleh delete. Komen dekat social media macam tak perasan terlondehkan "bodoh" sendiri. Sebab apa ? You dont need any efforts macam org dulu. Susah payah untuk menulis. Orang sekarang tak payah try hard sangat!


Butang Delete kan ade!


Kan. Kita sedar tak semua tu? Mintak maaf bukan aku sombong dalam menjadi komuniti blogger , tak blogwalking semenjak dua menjak , tak komen tak aktif dalam dunia menulis ini. Sebab aku rasa dah tiba untuk "dewasakan" apa yang dilihat setiap hari.  Dekat semua social media pun aku pilih-pilih mana yang aku nak taip. Tak salah kan rasanya being "choosy" .


Ku kira ini rupanya sebab paling besar kenapa arwah ibu melarang aku menulis diari. Takut satu hari nanti , bila ade yang membaca ... Tersalah tafsir.. Yang menangungnya ialah si penulis.


Untuk sekarang, Jaga lah adab menulis. Oh ADAB MENAIP. Itu mungkin frasa yang sesuai. Macam aku, aku selalu taip HAHAHHA maksudnya memang aku gelak dulu masa tengah menaip.


Tapi , setengah orang tak suka. Dikatanya "apa yang lawak?". Setengah orang rasa itu kurang adab. "Ingat semua benda ni kelakar ke?". Walhal ketika itu aku tengah rasa happy. Nampak apa yang cuba aku nak sampaikan? Adab!  Lebih senang erti kata lain Tertib dan tatacara kita melakukan sesuatu.


Kalau orang solat , mak bapak kita suh senyap. Sebab apa? Adab kita menghormati orang yang sedang dengan TuhanNya. Supaya dia lebih khusyuk. Sama juga kalau kita pergi rumah orang. Mak pak kita pesan jangan sibuk tanya itu ini tentang cacat cela dalam rumah tu. Sebab apa ? Setiap dari kita ada yang mampu dan tidak. Bila kita datang rumah orang secara tak langsung kita boleh nampak sedikit "keadaan keluarga atau isi rumah dalam tu".


Kenapa terkait semua ini? Itulah kita manusia. Sila jaga adab! Jangan biadap. Kita tak sama antara satu sama yang lain.


Tulis yang baik-baik kalau kita nak yang baik-baik datang dekat kepada Kita. Kalau yang jahat mendekati , sila spotcheck diri sendiri dulu. Mungkin kita tulis eh kita taip benda tak senonoh, yang tak senonoh lah yang akan datang kepada kita.


*mintak maaf laras bahasa aku dinilai dari bezanya kau membaca. Seboleh mungkin aku tulis dalam adab yang terpelihara. Moga kita sentiasa menjaga etika itu.