KEEP JOHOR COVID FREE

KEEP JOHOR COVID FREE

Gambar diambil di City Square Johor Bahru . Sekitar bulan September 2020. Bandar raya Johor Bahru kini semakin sepi. Dulu-dulu memang selalu la jem disebabkan oleh orang dari Singapura  yang keluar masuk ke sini. Bukan itu sahaja , orang Johor Bahru yang bekerja di Singapura pun dah tak boleh ulang-alik masuk setiap hari. Ini terus menjadikan bandar raya JB semakin sendu dan terus sepi.

Sedih juga bila dilihat dari mata kasar JB yang terkini. Teringat dulu-dulu masa kecik kecik paling tak sabar nak capai tahun 2020. Tak sangka kan covid 19 melanda satu dunia dan beri kesan yang sangat dasyat kepada bandar JB.
Banyak juga kedai-kedai di City Square Johor Bahru ni dah tutup . Kalau masuk ke mall ni komfom sunyi sendu je.  Mcdonald pun dah takde dalam mall ni. 

Waktu dulu CS ni lah yang paling legend tempat lepak kalau di bandar. Aku berjalan sekali ke Bangunan JB Sentral dan CIQ yang mana dekat sini la tempat nak masuk ke Singapura. 
Hmm.. semoga Johor bebas Covid . Insyallah.. Kita Jaga Kita ! Stay Safe semua. 

TRAINING MAIN GAME PUBG

TRAINING MAIN GAME PUBG

Boleh dikatakan setiap minggu anak-anak jiran kerap ke rumah aku. Aku tahu walaupun sekarang masih dalam suasana yang tidak sesuai untuk berjumpa , tetapi kami banyak berada dikawasan perumahan sahaja. Bila hujung minggu je , memang akan ade anak-anak jiran yang bagi salam dekat rumah Kak Ain diorang ni.

Bukan hujung minggu je , tapi kalau sebelah petang diorang tak sekolah agama ... pun nanti diorang bagi salam. Hahaha . Jadinya main game PUBG la penghubung yang boleh satukan mereka. Iye , siapa kata main game tu entah apa -apa. Tak! Main game PUBG la mengajar diorang lagi teamwork untuk mendapatkan Chicken Dinner ! 
Daripada tak pandai main sampai dah tahu dah skill menembak dengan betul . Hahaha. Yang paling kelakar perempuan pun sama naik main PUBG . Tapi bukan aku lah ketuanya . Aku manager je . Mana tahu jadi professional gamers nanti . Aku manage je lah. Hahaha . Yang jadi ketua abang aku . Dia yang power main game-game ni . 

Kesian la juga pada diorang yang tiada wifi di rumah dan hanya guna hotspot je .Guna data mak untuk main game sampai habis . Hahaha. Apa salah nya kan aku berkongsi rezeki kat rumah ade wifi . Tapi aku memang  pesan main game main game juga , solat jangan lupa . 

Jangan la marah generasi yang sekarang ni main game , dah diorang Google Generation. Tapi , kena ada ketegasan dan ambil tahu dengan siapa dia main game , dengan siapa dia chat . Sila pantau handphone , tab , laptop dan computer anak-anak. 

PUTU BAMBU JURIAH DI AYER HITAM


PUTU BAMBU JURIAH DI AYER HITAM

Siapa tak kenal dengan putu bambu Juriah.. Kalau exit tol ayer hitam di Johor ni pasti boleh nampak. Rasanya putu bambu ni memang popular. Tersangat popular!

Cumanya , aku jenis memang tak makan. Hahaha. Sejenis aku ni kalau tak makan memang tak ade teringin nak merasa. Sebab tu kalau singgah ke Ayer Hitam , memang langsung tak berhenti disini.


Tapi , haritu tersinggah! Singgah memnag disengajakan. Waktu tu aku teman huda pergi wedding kawan dia. Jadinya Huda daj pesan sesiap , kalau balik kita nak beli putu bambu! Kah!

Mula-mula dah sampai rasa macam ermmm.. teman jelah! Teman punya teman sekali bawak balik coconut shake! Hahaha. Paling kelako check in Putu Bambu tapi dekat tangan coconut shake.


Teringat lagi waktu tu huda cakap " ain nak coconut shake?" mula-mula kemain belagak cakap taknak! Kali kedua baru aku cakap NAK! Tau sebab ape ? Sebab presentation coconut Shake nya sangatlah menarik. Diletakkan di dalam peti macam peti aiskrim gitu , lepastu dah siap-siap banyak-banyak. Kau rasa tak tergoda?

Kitorang beli take away je , tak duduk makan situ pun. Sempat lah aku menangkap beberapa gambar buat tatapan. Senang je nak cari lokasi Putu Bambu Juriah ni. Memang terletak di tepi jalan. Kalau exit tol Ayer Hitam memang akan nampak.